Hi. Nama aku Luna (bukan nama sebenar). Aku merupakan seorang mahasiswa universiti yang berada di semester pertama. Ini kisah aku..
Kisahnya bermula semasa aku berada di Tingkatan 6. Pada masa tu, aku tidaklah ramai kawan sangat sebab aku ni memang introvert dan tak banyak cakap dengan orang.
Pada masa tu, ada seorang kawan aku ni. Dia ni lelaki lah. Dia ni pun sama macam aku, introvert juga. Kami pun, mulalah bersembang slow-slow dan mula rapat.
Dia pun selalu bagi semangat kat aku, selalu sokong aku dalam apa saja yang aku buat, selalu support aku dan macam-macam lagilah. Kami pun lama-lama jadi semakin rapat.
Aku pun mula rasa selesa untuk share semua benda dengan dia. Lama-lama, aku mula jatuh hati kat dia. Aku mula rasa dialah orang yang terbaik untuk aku.
Sumpah aku cakap, dia memang baik. Sopan santun, hormat orang lain, rajin solat, senang cerita pakej lengkaplah untuk jadikan calon suami.
Dia pun selalu message aku dan kami pun bersembanglah selalu. Sampai satu tahap tu kan, aku dah mula rasa kalau aku kahwin satu hari nanti, aku akan kahwin dengan dia.
Aku pun dah beritahu Mak aku dan Mak aku pun setujulah dengan pilihan aku. Sebab Mak aku pernah jumpa dia dan pernah juga Mak aku cakap message dengan dia semualah.
Sampailah sekarang dah nak masuk 4 tahun dah hubungan kami. Tapi, sekarang aku dah masuk U untuk degree dan baru je habis semester 1 dan nak masuk semester 2.
Di sini pula, aku ada jumpa seorang lelaki ni. Dia ni semester 3 nak masuk semester 4 lah. Kira senior akulah. Dia pun rapat juga dengan aku.
Aku pun mula selesa dengan dia. Sebab samalah dia pun perangai sama je dengan lelaki yang aku kenal masa Form 6 dulu.
So, aku pun mula jatuh hati kat lelaki kedua ni. Let’s say kita bagi nama lelaki pertama sebagai A dan lelaki kedua sebagai B.
Walau aku cuba tepis banyak kali pun perasaan ni, aku tetap rasa benda yang sama juga. Tapi, aku dah ada A. Aku tak naklah cari lelaki lainkan.
Aku nak A tapi pada masa yang sama aku tak boleh lupakan B.
Aku sangat perlukan nasihat kalian. Apakah yang patut aku buat sekarang? Kalian juga tolong doakan aku ya supaya aku dapat yang tepat untuk aku.
– Luna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit