Salam semua. Semoga semua dalam keberkatan Allah. Aku ni berfikir berkali kali nak post dalam ni tapi memandangkan aku memerlukan pandangan maka terpaksa la luahkan juga apa yang terbuku dalam hati aku ni. Lagipun aku sedang dalam fasa dilema ni.
Aku dah kahwin, ada anak. Hubungan kami Suami isteri pun ok. Masalah yang aku hadapi ni aku dah hadap hampir berbelas tahun. Aku ringkaskan cerita dulu ya..
Hampir berbelas tahun yang lepas aku ditakdirkan berjumpa dengan suami aku yang aku sendiri dari kecil tak pernah bayangkan suami aku macam ni.
Cuma aku ringkaskan dia suami dan lelaki yang baik, dia terima aku dari aku tak ada apa, sokong aku belajar sampai ke tahap tinggi. Dia rajin jaga anak dan rajin uruskan hal rumah.
Masa awal dulu kahwin, suami aku suruh juga aku habiskan pengajian sementara dia bekerja dan dia tanggung semua perbelanjaan aku.
Bagi sokongan moral dan nasihat aku yang asyik terkena je dengan orang sekeliling maksudnya aku ni jenis orang suka ambik kesempatan pada aku tapi lama lama aku belajar sesuatu aku jadi tegas dan tetap pendirian itu pun bila asyik dah terkena sahaja.
Aku ramai kawan tapi dalam semua kawan tu belum pasti lagi betul ke ramai yang betul betul ikhlas kawan tapi paling ikhlas dengan aku semestinya suami aku sendiri di samping keluarga aku.
Awal kahwin dulu, aku ni selalu kena sindir dengan adik beradik suami aku tapi mereka tak sindir depan depan tapi belakang aku. Aku tak serkap jarang tapi aku banyak bukti. Depan aku semuanya baik baik belaka. Tapi aku ni bodoh agaknya, suka sangat sangka baik je.
Sampailah satu hari terjadi peristiwa besar yang aku tak boleh terima adik beradik suami aku berpakat mengata aku dikatanya laki aku ni takut bini, anak aku hitam, aku ni jenis mengada padahal laki aku kerja memang tak boleh nak balik selalu sebab kami jauh di selatan johor,
Anak aku baru lahir dikata dan diumpat katanya hitam dan tak handsome, tapi sekarang anak aku dah besar makin cerah, bijak dan handsome, masa aku dalam pantang aku rasa nak meroyan je.
Ibu bapa mentua aku ni jenis kategori mak ayah baik yang anak anak mereka ni mengumpat mengata orang lain tapi mak ayah tak tahu.
Mak ayah mertua aku layan aku baik dan mereka faham keadaan suami aku yang sibuk kerja dan aku sibuk uruskan keluarga kecil dan habiskan pengajian.
Aku simpan kemas rapi setiap apa yang mereka katakan, mereka mengumpat aku dan aku betul betul doa pada Allah agar Allah berikan petunjuk dan hidayah pada mereka. Keluarga aku sendiri tak tahu kejadian ni.
Dalam keluarga aku sendiri, aku sejenis yang tak suka bercakap buruk dan jika ada orang cerita pasal orang lain contohnya abang aku berselisih faham dengan kakak ipar aku, abang pula meluahkan pada mak ayah dan mak meluahkan pada kami adik beradik,
Kami sedikit pun tidak menyebelahi abang atau kakak, kami dengar saja dua dua pihak untuk tidak terus hukum siapa salah siapa betul dan aku tak ambil pusing sebab bagi aku mereka punya urusan rumah tangga kami hormati apa saja keputusan.
Dalam situasi aku pula, Suami aku ambik pendekatan tak menangkan isteri dan tak menangkan keluarga dia. Dia tengah2.
Ya masa tu aku ni bodoh umur pun muda lagi. Aku tak balik kampung tapi lama lama suami aku pujuk dan cakap balik la demi mak ayah. Sebab mak ayah aku langsung tak tahu sikap anak anak mereka yang depan macam malaikat tapi belakang macam. Aku malas nak sebut.
Kemudian, aku pun balik la dan macam aku jangkakan adik beradik semua bermuka depan aku baik sangat. Orang yang kata anak aku hitam tu, dia susah beranak berkali kali, tumpah darah, dia la antara punca dan kepala laga laga kan adik beradik.
Pelik aku orang macam ni bagaimana cara dia hidup. Tapi bila dia dah dapat kifarah nya, aku ni bodoh. Aku pergi baik teramat amat sangat tanpa ada batasan aku sayangkan mereka.
Dalam masa sama ada lagi peristiwa hitam terjadi dalam keluarga mereka aku tak nak cerita teliti sebab aib manusia. Sebab aku luahkan pun sini sebab aku nak pandangan korang yang bijak pandai.
Selepas kejadian tu, mak ayah mentua minta maaf pada aku bagi pihak anak nya, aku betul2 terasa dan aku maafkan.
Kerana aku maafkan sebab mak ayah sahaja. Sebab mereka masing masing dah terima kifarah nya. Tapi awal tahun haritu aku terkena lagi.
Jahat betul mulut yang sorang tu, dia buat lagi cerita buruk tentang aku tapi kalini aku tak diam.
Aku cakap terus terang, betapa aku kecewa dengan mereka, aku tak faham apa yang korang dengki kan sangat. Sedangkan aku ikhlas dan aku sayangkan keluarga ni, aku berjalan pergi mana mana aku ingat mereka.
Aku lupakan kejadian lama tapi kalini terjadi lagi tapi kalini bukan la aku yang berbelas tahun dulu kalini aku nekad dan aku sembur semua terutama suami aku dan keluarganya.
Aku cakapkan pada dia kau memang suami yang baik tapi sekarang kau wahai suami suka jadi konon konon atas pagar sedangkan kau nampak sendiri mereka mengata isteri kau ni. Aku beranakkan anak anak kau, aku korban banyak, aku pilih kau di antara ramai lelaki.
Malam tu aku nangis sepenuh hati dan suami aku balik kampung dan cakap direct pada adik beradiknya bersemuka suruh minta maaf kalau siapa salah. Macam biasa lah adik beradik nya play victim cakap salah faham. Salah faham kepala angguk dia.
Aku sendiri terbaca perbualan tu dan mereka salahkan aku sebab baca perbualan mereka.
Aku cakap terus terang kalau tak kerana Allah gerakkan hati aku untuk membaca perbualan tu sampai sekarang aku tak tahu kau semua mengata asyik cerita buruk orang sedangkan aku tahu semua setiap keburukan masing masing aib masing masing tapi aku diamkan aja.
Semua berselindung atas nama silaturrahim depan mak ayah. Berpura pura. Bagi aku apa yang Allah tunjukkan ni adalah petunjuk bukannya aku yang selidik tanpa bukti. Betul betul aku kecewa sebab aku sayangkan mereka.
Aku faham kita semua bukan manusia sempurna tapi aku sendiri tidak jadikan point keburukan dan keaiban masing masing untuk aku cerita pada orang lain. Kenapa kita ni semua tak boleh cerita benda baik sahaja.
Dalam keluarga aku sendiri, kalau siapa cerita keburukan pada telinga aku, aku dengar dan aku alihkan benda lain kalau keluarga aku cerita tentang adik beradik lain.
Kami jenis matikan dengan air perbualan tu bukan lagi mengapi apikan. Aku kecewa sebab berbelas tahun aku sayangkan adik beradik suami aku. Tapi kalini suami aku menyokong aku selepas aku menangis 2 hari.
Aku cakap aku betul betul tak boleh terima. Dulu berbelas tahun lepas aku dah kena ni aku kena lagi, apa salah aku. Ini yang aku tahu cerita dengan bukti mana sebelum ni lagi banyak cerita tanpa aku selidik.
Aku nekad tak nak balik kampung. Biarlah apa jadi pun. Mereka memang education tak tinggi mana tapi aku tak boleh salahkan education ini memang sikap personaliti.
Semua sejenis baik berdepan sahaja belakang habis diumpatnya.
Aku diamkan diri, kemudian mak ayah nya ingat aku berasa hati dan jauh hati maka mereka datang jumpa tanpa tahu dan selidik kisah nya macam aku cakap tadi sorang pun tak ada yang cakap kisah benar semua cakap itu salah faham.
Aku pun memang dah tawar hati aku jadi malas nak bercerita takut dikatanya aku ni lebih mengata buruk anak anak nya.
Maka aku layan sebaik la mak ayah mentua aku. Sikit lagi nak habis persoalan aku ni.
Masalahnya sekarang aku dah buat istharah dan aku dinasihatkan oleh orang sekeliling kepercayaan aku untuk tidak dekatkan diri sangat cuma sekarang ada salah seorang ahli mereka dia masuk tiba tiba dalam drama ni dengan buat status2 bodoh dan tuduh aku aniaya orang.
Tapi status tu hilang esoknya. memang dia sekarang menjadi orang konon rapat dengan adik beradik tu. Aku sedikit pun tak cemburu malah aku suka sebab dia tak tahu pokok pangkal cerita dan terus hentam aku sedangkan dia punya hidup pun carca marba.
Sedangkan aku tahu awal awal dia kahwin pun dia dijadikan bahan umpatan yang lain tapi aku diamkn sahaja.
Aku baca setiap status dia tu dan aku fahamkan betul2 maksud dia dan suami aku cakap abaikan sebab suami pun baca juga cuma suami sejenis yang lebih suka elak dari berjumpa orang macam ni kerana suami kalau bertindak lebih jauh lagi dari apa aku jangkakan.
Salah ke kalau aku jauhkan diri untuk jaga emosi aku, keluarga buat apa apa gathering, aku tak hadirkan diri tak apa ke.
Tempoh hari, ada salah seorang dari mereka yang tanya pada aku secara bersemuka kenapa aku diam selama ni, aku jawab spontan sengaja diamkan diri jauhkan diri. Dia pun diam dan pergi dan aku berlalu begitu saja.
Sehingga kini, belum sorang pun mintak maaf lagi dan aku maafkan sahaja cuma aku tetap tak boleh lupakan semua ini sebab aku terlalu kecewa.
Boleh ke sesiapa berikan pandangan, nasihat dan cadangan yang murni tolong jangan komen bukan bukan dengan menambah lara dalam hati ini, aku bukan tidak maafkan tapi bila terkena berkali kali aku jadi sedih dan aku tak tahu nak hadap macam mana akan datang.
Jujur aku cerita aku sangat marah dan kecewa pada kepala yang buat cerita buruk dan yang melaga lagakan.
Yang selebihnya kaki mendengar umpatan tanpa menegakkan kebenaran tu aku tak marah sangat kerana mungkin dia bukan macam aku, kalau di tempat kerja kalau ada orang cerita buruk tentang sesorang dan benda tu salah aku bingkas bangun dan ceritakan benda betul.
Tapi aku kecewa sangat pada yang kepala melagakan fitnah ni semua. Aku kecewa pada dia teramat. Macam mana aku nak hadap perkara ni tanpa orang tua faham situasi aku sesungguhnya dilema.
Mereka tak mengerti dan kalau aku cerita lebih lebih pun sudah pasti la darah daging mereka juga disokong.
Untuk aku pula, aku elak dari cerita pada keluarga aku kerana aku tak nak mereka bersangka buruk sebab rupanya aku duduk dalam keluarga toksin bertahun tahun.
Siapa ada zikir, nasihat yang terbaik dan pandangan mohon berikan cadangan.
Aku nak jauhkan diri sebab serik tapi banyak faktor yang tak faham situasi aku. Aku dilema.
Mohon kalian doakan aku dipermudahkan urusan, rezeki yang luas asbab kejadian ni ya.
– MELUR MERAH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit