Dilema Perasaan Sendiri

Salam, hi reader IIUM Confessions. Saya kenalkan diri saya sebagai Hazel (nama samaran). Umur 30. Ada kerjaya dan masih belum berkahwin. Tapi saya dah ada pasangan, dengan izin Allah… sedang merancang untuk bersatu.

Tapi saya ada satu masalah, melibatkan diri sendiri, emosi sendiri. Kadang saya terfikir, saya ni ada masalah mental ke?

Begini ceritanya. Saya dah bercinta dengan boyfriend (saya gelarkan A) selama hampir 2 tahun lebih. Kami berkenalan thru dating apps. Umur A, setahun tua dari saya. A juga berstatus duda tanpa anak. Masa saya kenal A ni, dia baru setahun lebih berpisah dengan bekas isteri.

Jujur saya cakap, sepanjang perkenalan dengan A, saya nampak keseriusan dia. Dia dah jumpa keluarga saya, dan saya pun sebaliknya. Cuma kami sekarang ni sedang di fasa mengumpul duit untuk majlis, jadi proses untuk halal tu agak makan masa.

Kesilapan saya adalah… ‘tak ada sakit, tapi saja nak cari penyakit’. Sebab apa? Sebab saya yang berusaha gali semula sejarah perkahwinannya tanpa A tahu pada awal. Tapi lepas tu, saya beritahu sendiri yang saya dah tahu tentang B (gelaran untuk bekas isteri A).

Kenapa saya berusaha nak korek pasal hubungan dia yang lepas? Sebab saya nak selidik tentang A. Manalah tahu A ni berpisah sebab panas baran ke, kaki pukul ke, kaki botol ke, drug addict ke, jadi konon nak selidik dari side bekas isteri la.

Kalau tanya direct to A, dia tak akan mengakulah keburukan tu kan. Plus, A tak ada cerita langsung tentang B.

Awalnya bila saya desak, dia cakap nak jaga emosi saya. Sebab dia tahu wanita mudah jealous bila melibatkan hal-hal macam ni.

Acap kali saya tanya dari semasa ke semasa alasan kenapa dia berpisah, tapi jawapan dia hanya ‘tak ada jodoh’ atau pun ‘tak nak ingat kisah lama’.

Jujur saya cakap, saya respect dengan A sebab dia tak pernah langsung buruk burukkan bekas isteri dia. Tapi berbeza bila saya stalk B, B ni ada up beberapa status yang ‘mengata’ tentang A. Tetapi bukanlah melibatkan KDRT. Ianya pada saya hanya isu biasa perpisahan.

Keresahan saya bermula bila semakin dalam saya menggali. B, merupakan first love bagi A. Sejak zaman sekolah lagi. Hubungan mereka berdua pernah terputus dan bertaut semula sehingga berkahwin untuk beberapa tahun dan kemudian berpisah (sekarang).

Saya jadi insecure dengan beberapa keadaan. B, his first love dan pernah ada sejarah getback. B juga, tinggal berdekatan sedangkan kami LDR.

B, cantik orangnya dan bekerjaya. B, anak orang senang. Pendek kata, B di mata saya ni, seolah sempurna. Dan benda ni buat saya mula melihat kekurangan diri sendiri pula.

Sedangkan saya? Saya kurang segala-galanya. Saya tak cantik, saya bekerja biasa-biasa saja, anak orang susah.

Terkadang saya overthink sendiri, A ni mungkin menerima diri saya untuk dia move on dari mengingati B. Lebih lagi, saya yang buat first move. Saya yang confess dan saya yang mengejar A.

Benda ni lagi buat saya rasa down. Sebab saya sedar, bukan A yang kejar diri saya. Saya yang terhegeh-hegeh.

Fikiran saya ni kan, seolah digazetkan dengan kata-kata ‘cinta pertama bagi lelaki ada pada masa lalunya. Yang tinggal sekarang ni, hanyalah untuk lanjutkan hidup’. Entah kenapa, saya terkadang rasa dia sayangkan saya, terkadang saya rasa dia tak sayang. Normal ke macam tu?

Emosi saya bercelaru bila saya teringat tentang B, sebab tahu saya tak ada pun kelebihan macam tu. Bila-bila masa je A boleh tinggalkan saya dan getback to B, lebih lagi sekarang ni B single mom.

Saya ni bodoh ke? Sebab saya rasa cemburu dengan masa lalu A yang tak dapat diubah? :( perasaan ni bukanlah ada tiap masa, kadang-kala je datang menyerang. Tapi bila rasa tu, hati jadi sakit sangat :( tapi saya sembunyikan apa saya rasa dari pengetahuan A.

Saya tahu A sayangkan saya. Saya nampak effort dia pada saya dalam masa 2 tahun kami bercinta ni. Tapi entah la, mata saya ni lebih banyak dikaburi dengan rasa cemburu dan lebih memilih untuk fokus dengan sejarah hubungannya yang lepas.

Hubungan percintaan saya dengan A, alhamdulillah baik-baik saja. Cuma saya yang banyak tantrum. Saya mengakui yang saya seorang pencemburu (agak teruk).

That’s why, dia pernah cakap dulu dia nak jaga emosi saya. Bahkan dia pernah cakap, dia risau saya ni tak mampu handle perasaan bila ada hal yang mengguris hati.

Baru-baru ni pun, sebab dibayangi dengan rasa cemburu, saya buat hal. Selama 2 tahun bercinta, saya ni tak pernah cakap nak break. Tapi untuk pertama kali dalam hubungan kami, saya cakap nak break dengan alasan yang agak tak kukuh.

Tapi kemudian saya jadikan situasi tu sebagai prank, sebab bila dia suruh saya jelaskan apa punca saya nak break, saya tak ada pun jawapannya. Itu cuma sebab saya yang cemburu tiba-tiba. Mujur dia tak layan permintaan saya tu, sebab saya ni nak tengok respon dia je.

And then, saya minta pula masa nak diamkan diri untuk seminggu dari contact dia (saya dan A memang ws setiap hari, dan agak kerap call selama 2 tahun ni: kami konsisten dengan hal ni) jadi dia memang agak pelik bila saya minta tempoh bertenang seminggu tu.

Hakikatnya, permintaan break tu dia tak layan, dan permintaan saya nak menjauh tu pun dia tak layan. Dia buat macam tak ada apa dan kami dah pun selesaikannya dengan cara yang baik.

Saya hanya nak minta sedikit nasihat. Tentang diri saya. Apa saya nak buat untuk kurangkan perasaan macam ni?

Saya sekarang sedangkan gunakan hati, sebab tu saya jadi macam ni. Saya risau kalau saya ni dah mula fikir guna logik, saya tak ada hati pada dia pula. Rumit betul nak handle emosi sendiri.

Dan saya ada sedikit soalan. Macam mana nak tahu kalau someone tu dah betul-betul move on dari ex? Atau kita takkan pernah tahu?

Tolonglah nasihatkan saya ni, jangan kecam ya..

– Hazel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Jgn sesekali ‘bandingkn’ diri awk dgn org lain, apatah lg dgn xbf awk skrg.. ia akn memburukkn lg keadaan, bla dia tau yg awk ‘stalk’ ex-wife dia.. awak adalh diri awk dan dia telah memilih awk utk jd isterinya.. mngkin ada kisah pahit yg menjadi punca mrk bercerai, lbh baik awk x prlu amk tahu, krn awk akn cba ‘korek’ lbh dlm dan akhir nya akn memakan diri sendiri.. lbh baik awk focus dgn wedding awk yg akn berlangsung dan kehidupan lps kawen yg bnyak perkara nk diselesaikn – hal rumah, kerja, bila ada ank dsb.. di samping tu cari ilmu tentang munakahat dan juga ilmu Akhirat, hidup kita ni bkn stakat ‘berseronok2’ di dunia ini shj, malah Akhirat lbh utama.. Wallahua’lam

  2. Serabut la. Sendiri yg buat pilihan. Knp tanya org lagi. dh tahu rasa2 kaut cemburu and mcm tak leg go kenapa paksa diri

  3. Salam,

    Suka untuk saya mengingatkan kepada wanita di luar sana kalau masih belum matang, masih childish, masih tak pandai hormat orang, tolong jauhi yang namanya duda. Seorang duda nih, dia orang yang pernah gagal dalam rumahtangga, tak ada siapa di dunia yang suka orang ingati kembali kegagalannya. Luka bertahun yang dia tanggung sendiri, ambil masa yang lama untuk dia sembuh sendiri, bila dibuka kembali, ini sangat tragis.

    Bayangkan anda ditempat seorang duda, sudah lah gagal cinta pertama, get back, gagal lagi, gagal pula di ambang perkahwinan, kat mana nak letak muka, kawan kawan tahu, family saudara mara tahu, co worker tahu, kemain lovely dari kecik, tiba tiba cerai. Dikenali sebagai ketua keluarga yang gagal nih sangat memakan jiwa seorang lelaki. Kalau ada anak lebih menyakitkan lagi, segala trauma, kisah sedih, kenangan lama, semua duda simpan kemas dalam diri, dengan niat tak nak terulang kembali. Wanita boleh open story dengan family & kawan, lelaki pula terpaksa pendam, kalau tak akan nampak lembik & memalukan, itu realitinya.

    Bayangkan anda seorang duda yang sudah sembuh dari luka, dalam era yang tenang, dalam keadaan senang hati, dalam situasi yang damai, dah bersedia untuk buka hati pada perempuan lain, anda di kejar ramai wanita, ada yang cantik persis Fazura, anda tolak, yang gaya model persis Mimi Lana, anda tak mau, yang pan asia persis Amelia Henderson pun anda tak ndak, tapis punya tapis, pilih punya pilih, terpilih Dora The Explora, yang dari kecik bercita cita nak jadi ahli sejarah. Sesuai dengan cita citanya, habis semua sejarah silam anda, fosil fosil dinasour digalinya, tak bersisa, tinggal tunggu panggilan dari muzium negara jer, semua barang purba ada.

    Para wanita, di dunia nih cuma wujud dua jenis manusia sahaja, yang pertama, perempuan yang kehadirannya membawa pelangi dalam hidup lelaki, tak kira awak nombor berapa, bila lelaki dah pilih awak, maksudnya dia memang nak hidup dengan awak, yang kedua perempuan yang bawa ribut petir dalam hidup lelaki, tak kira awak nombor berapa, bila lelaki dah lepaskan awak, maksudnya dia dah nekad nak hidup sendiri.

    Jadi para wanita, belajar hormat orang yang awak dampungi, belajar jangan suka untuk masuk campur urusan orang lain, urusan lelaki belum tentu urusan perempuan dan urusan perempuan belum tentu urusan lelaki. Jangan buang buang masa dan tenaga pada pekara yang tak membantu perhubungan, yang tak baik manfaat untuk masa depan, yang tak bagi nilai tambah dalam kehidupan berdua. Mana wujud orang yang nak bina masa depan, akan guna formula masa lalu.

    Pesan saya kepada duda duda diluar sana, bro kalau nak pilih calon isteri, pilih lah yang hormat bro, perempuan yang tak hormat bro sebagai teman lelaki, tak akan hormat bro sebagai tunang apatah lagi bila dah jadi suami. Kadang kadang pengajaran hidup nih datang dua kali, pertama dengan isteri yang lama. Kedua dengan bakal isteri yang baru, selagi bro tak ambil pengajaran selagi tuh benda akan berulang ulang untuk buat bro faham. Supaya bro tak repeat cycle lama, masalah lama.

    Tutup salam.

    • lurve la comment ni!

      utk sis bingung di atas, kalau awak tak boleh terima masa lalu dan perkahwinan lalu dia, and mmg jenis tak boleh berdamai dgn takdir, saya rasa seeloknya awak batalkan niat nak berkahwin dgn dia. sbb skrg ni isu dia bukan awak vs dia, tapi awak vs diri awak sendiri. seeloknya awak cari je la lelaki yg tak pernah ada past relationship. kalau tak, selamanya la awak ni hidup dalam insecurity. if you cant beat it, then leave it. itu je ubatnya. awak tak boleh selamanya mengharapkan comfort dan validation dari org lain, sbb mental awak sendiri yg sepatutnya kena kuat tepis semua negativity awak tu kalau awak betul nak dgn dia. kalau dah start rasa ragu-ragu, i dont think you guys were meant for each other. dua-dua akan end up makan hati je.

    • Setuju, sy sendiri berkahwin dengan duda kematian isteri.. nampak senang kan yelah mati bini tak ada persaingan, tapi salah ya..kita akan didampingi ipar duai yang akan banding kita dgn arwah isteri dia, cuma yg bagus suami sy awal2 masa kawin dia dh igtkan ahli keluarga dia supaya tidak menyebut apa2 sahaja berkaitan arwah isteri dia dan awl perkenalan dia berterus terang dgn status dia, bagi suami sy cinta dia dgn arwah isterinya dah terputus sejak isterinya meninggal.. tiada apa yg sy perlu cemburu katanya.. dan kita sebagai perempuan kena terima silam dia.. itu takdir dia pernah berkahwin.. kami mmg decide utk tidak cerita psgn silam kami, waima sy sendiri tak cerita kisah kegagalan percintaan sy dgn ex bf dulu…ada hati yg perlu kita jaga, kita boleh belajar dari masa silam sahaja bukan pilih untuk “stay” di masa silam dan tak move on…. semoga confessor dan psgnnya temui kebahagiaan bersama. :)

  4. Nasihat saya kepada sister Hazel.

    please be matured. semua yg sis huraikan, semua sis dah jawab. tepuk dada tanya iman. kesian boyfriend tu, man is a very simple being, kalau dia sayang tu makna dia sayang. kalau dia tak suka, cantik macam mana pun dia x layan. Overly Jealous ni is such a turn off for man. kadang dia tak fikir pun senario yang kita risau tu, tp sebab sis terlalu risau pasal tu, buat dia terfikir. jadi kat situ sis yg salah, sebab create the scenario dalam kepala dia. saya as a wife, suami selalu je cerita pasal makwe2 dia yg lepas, saya dengar je dan saya bergelak sekali dgn dia, sbb saya fikir dalam byk2 perempuan kejar dia, dia pilih saya. dan jodoh pertemuan dah ditentukan Allah. lagi satu sis, you should protect what you can protect. which is yourself from thinking things that beyond your control. sayangi diri anda, take care of your mental health, automatically love will come your way.

  5. adoii gelak sensorang baca komen ultraman taro, haha
    sabo aje la
    terkenan pulak kat dora the explorer

  6. Sis, fokus kepada usaha untuk menjadi surihati dan isteri yang terbaik kepada suami nanti. Ujian dalam rumah tangga itu pasti akan datang. Soal hati tu serahkan kepada Allah. Jangan overthinking lagi. Yang penting banyakkan tawakal pada Allah kerana Allah lah yang Maha Berkuasa membolak balikkan hati manusia. Semoga sis jadi isteri yang solehah dan penyejuk hati suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *