Salam. Pertama sekali, terima kasih kepada admin sekiranya confession ini disiarkan. Aku Q, 24 tahun, grad medik salah satu ipta kat malaysia ni, bukan iium. Dan sekarang sedang menunggu panggilan penempatan untuk housemanship. Aku ada terbaca satu confession mengenai ibunya yang sedang mengalami simptom2 menopause, so terdetik hati aku untuk menulis serba sedikit mengenai menopause ni. Sebabnya, aku juga mengalami benda yang sama, iaitu mama aku sendiri.
Mama aku seorang wanita yang berkerjaya, penyayang dan sentiasa supportive dalam apa jua benda yang kami adik-beradik lakukan. Tapi entah kenapa, sejak setahun lalu, sikapnya berubah. Aku boleh kata secara drastik. Mama menjadi lebih cepat moody, cepat merajuk, cepat melenting, tak pernah2 aku nampak dia menangis, kini kerap menangis jika tersalah kata, setiap benda mesti ada benda yang tak kena, semuanya salah. Aku pada mulanya tak perasan sangat, tapi lama-kelamaan, ya, mama memang berubah, seperti orang lain, bukan lagi mama yang aku kenal. Inilah yang kita panggil sebagai perimeopause.
Apa itu Perimenopause?
Perimenopause ialah waktu transisi sebelum seorang wanita mengalami menopause. Purata wanita di Malaysia mengalami menopause pada umur 51 tahun, jadi, pada umur 40-an mereka akan melalui perimenopause ini. Pada waktu ini, pengeluaran estrogen mejadi berkurangan dan disebabkan perubahan hormon yang berlaku, mereka akan mengalami beberapa symptoms. Antaranya:
1. Simptoms psikologi : mood swings, mudah risau dan mudah menangis. Inilah simptoms yang paling ketara yang aku nampak. Semua benda serba tak kena, semua salah. Dan disebakan ini, aku, adik-beradik and ayah selalu kena marah2, kadang2 takde sebab pun kena marah2 juga. Tapi dalam ramai2 orang yang kena marah ni, ayah aku paling cool.
2. Loss of concentration- Tidak dapat memberi fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan dan mudah lupa. Sebelum ni mama aku seorang yang cekap, biasalah orang perempuan naturenya memang multitasking. Boleh buat dan fikir banyak benda dalam satu masa dan mama aku adalah someone yang aku kagum dengan kemahiran multitaskingnya. Tapi sekarang tidak lagi, selalu lupa. ‘Hp mama mana?, nampak tak handbag mama? Cari cermin mata mama (padahal cermin mata kat atas kepala), dll..
3. Sakit-sakit sendi. Dulu mama aktif bersukan, boleh berjoging bersama, boleh bermain bersama. Sekarang, panjat tangga satu tingkat pun tak larat. Sakit lutut. Hmm, mungkin faktor umur ataupun boleh suspek penyakit lain, osteoarthritis mungkin?
4. Kulit kering dan gatal2. Yang ni aku x nampak sangat. Kalau garu2 badan tu biasalah kan, aku pun selalu menggaru.
5. Perubahan rambut. Hitam jadi putih, kerinting jadi lurus, panjang jadi pendek, banyak jadi sikit. Ehh.
6. Decreased sexual desire.
So, apa yang aku nak sampaikan kat sini, setiap perempuan akan melalui benda ini. Dan benda ni bukanlah sesuatu yang kita boleh kawal dengan sendiri, sebaliknya proses semulajadi, yang berlaku tanpa kehendak kita sendiri. Kalau mak kita selalu marah2, semua benda tak kena, cepat merajuk, menangis, kita sebagai anak janganlah melawan apatah lagi membalas balik dengan kata-kata yang kasar atau meninggi suara. SABAR. Tenang dan tabah je hadap, sebabnya mereka sedang berada dalam satu fasa perubahan. Mereka juga tertekan, kadang2 mereka sendiri tak mampu mengawal emosi mereka.
So please pay attention guys. Especially anak2, anak perempuan dan anak lelaki. Kepada yang lelaki korang pun akan laluinya satu masa nanti dengan bini korang. Selain bersabar, cuba jaga hati dia, buat apa yang dia suka. Ambil hati, sesekali bawa mak kita berjalan, bersantai, shopping bagi yang dah berduit. Jangan lokek, wajib bagi duit bulan2 walaupun tak diminta. Sebab redha mak ayah especially mak sumber keberkatan kita.
– Q
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit