Beberapa hari lepas saya accident. Saya yang cuai. Reverse tak tengok betul-betul. Kemek la sikit seketul Porsche. Saya bawak Myvi cabuk je.
Kejadian dekat taman perumahan betul-betul depan rumah saya. Sebenarnya saya dah nampak kereta jiran sebelah, pastu kereta tu dah masuk parking rumah.
So kepala saya duk toleh kanan, sengal tak tengok dah cermin kiri sisi dan cermin pandang belakang, dengan penuh confident saya reverse. Bersyukur jugak tak laju.
Pap! Rupanya ada kereta lain menyusul belakang jiran yang baru masuk tu. Tapi Myvi saya langsung takde kesan, Porsche member tu kemek atas tayar depan besar tapak tangan newborn.
Siapa saya langgar? Bini jiran sebelah jugak. Laki bini naik kereta asing-asing, kereta yang saya duk fokus masuk parking tu laki dia yang bawak.
Saya rushing time tu so saya ambil gambar kesan langgar, minta maaf dan mintak gerak dulu.
Dalam setengah jam lepas sampai destinasi saya whatsapp dia cakap sorry, dia online tapi tak reply. Sejam kemudian dia balas cakap dia nak hantar ke bengkel pastu bagi resit,
Saya bagi emoji thumbs up tapi lepas tu family nasihat saya bukan langgar kancil so 10 minit lepas thumbs up saya cakap la saya ni takde cash segedebuk, jadi nak kena claim insurance. Dia langsung tak reply.
3 jam kemudian saya cakap nak gi report kat balai. Baru la dia cakap kereta dah masuk bengkel, pastu cakap habis la ncd saya kalau claim insurance.
Dia insist kereta dah kat bengkel nak gi balai kena bawa kereta pulak, saya explain lagi sekali saya ni takde duit, lagi sekali dia tak reply.
Kat balai saya cerita ja semua, pegawai polis cakap kalau dia tak datang buat report jugak, saya tak kena saman.
Saya cakap bini jiran nak suruh saya bayar sendiri, pegawai tu cakap tak payah layan sepatutnya insurans bayar. So saya hantar salinan report. Macam biasa, dia tak reply.
Saya teruskan hari-hari selepas kejadian tu dengan aman sampai la pagi ni dia whatsapp bagitau total RM1100 nanti dia hantar resit. Murung saya seharian.
Saya terangkan lagi sekali kat dia, saya takde duit sebab tu nak claim insurance, lagi pun settle luar ni biasanya nilai repair tu tak lebih dari nilai saman.
Dia cakap kalau claim insurance jadi lama dan complicated, nanti dia takde kereta nak pergi kerja so nanti kena naik Grab.
Ayat seterusnya ni saya copy sebijik, dia kata dia nak settle luar sebab ni dia dah cuba senangkan keadaan.
Dia harap kereta dia boleh kembali seperti normal dan dia tak boleh bayangkan kalau anak dia ada kat passenger seat masa saya langgar hari tu.
Saya macam, aik pintu dia tak kena dah la Myvi saya takde kesan, kenapa react macam kereta dia total loss.
Tapi selaku pihak bersalah, saya nak kata apa. Benda dah menyusahkan orang. Kalau saya reply ikut rasa mesti la saya yang tak guna.
Kali ni saya pulak yang tak reply, sebab saya terkedu dan suami saya suruh biar dulu nak tengok apa lagi dia nak cakap.
Family saya geram, diorang kata memang la saya salah tapi nak paksa saya bayar cash kenapa. Family saya cakap saya dah cuba nak betulkan keadaan ikut undang-undang, dia yang tak nak.
Sekarang ni saya tak boleh tidur, sebab saya dihurung rasa bersalah.
Betul je point dia, nanti dia takde kereta la apa la lepas tu dia dah kena buang masa urus pergi bengkel. Benda-benda libat masa menyusahkan orang ni nak compensate dengan duit pun takkan boleh sampai bila-bila.
Ikut hati saya nak bayar secara ansuran, family saya cakap patut bayar kat dia takat yang sama dengan jumlah saman je memandangkan dia yang degil tak nak report, dan buat sia-sia je bayar insurans tahunan.
Saya ni suri rumah ya, entah macam mana saya nak bayar 1100 pun saya tak tahu, dan entah dia nak terima ke tidak kalau saya nak bayar ansuran.
Kalau boleh tepek sini kesan langgar tu kan senang. Kalau pembaca budiman sekalian ada kat tempat saya, apa kalian buat?
Sebarang pendapat, nasihat ataupun tohmahan sekalipun saya terima dengan terbuka.
– Kura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit