Dilema Praktikal

Assalamualaikum hai semua. Thanks admin sebab siarkan confession saya. Saya seorang pelajar praktikal diploma yang cuma tinggal 10 hari bekerja sebelum tamat latihan. Namun saya sekarang disentak oleh dugaan yang tak saya sangka.

Setelah 3 bulan bertungkus lumus berulang alik sejauh 76 kilometer sehari dan hujung minggu pula dihabiskan dengan kerja part time untuk menampung perbelanjaan minyak moto kerana tiada elaun langsung (kerajaan). Bekerja pula strictly mengikut arahan secara professional kerana saya lebih mengutamakan kerja dari diri sendiri.

Untuk dijadikan luahan. Saya daftar praktikal dibawah pegawai pengurusan maklumat, yang jarang menyelia kami dan melepaskan tanggungjawab memberi kerja/projek pada kuli bawahan beliau yakni juruteknik. Jadi selama 3 bulan lebih sebelum ini kami 3 orang praktikal diberikan task daripada pegawai MELALUI juruteknik.

Beberapa hari lepas saya diberikan task TERUS daripada pegawai yang sememangnya penyelia rasmi, yg cop buku jurnal kami setiap minggu dan memberi markah kami. Selepas saya melakukan task tersebut dan melaporkan hasil task yang dilaksanakan dengan cemerlang tersebut kepada juruteknik, dia secara beremosi telah memarahi saya secara berterusan sehingga ke hari ini :'(

Saya telah difahamkan melalui timbalan pengarah organisasi ini, bahawa arus persefahaman antara pegawai kami dan juruteknik yang telah memberi task selama ini. Memang tidak baik.

Jadi saya yang sememangnya freshmen berasa saya cuma menjadi mangsa keadaan kerana setelah dua hari berfikir saya tidak dapat mengenalpasti kesilapan saya. Sungguhpun benar juruteknik ini pernah (sebulan lepas) memberi arahan SECARA CAKAP, untuk melaporkan segala kerja yang hendak dilakukan. Yang mana telah dipatuhi selama ini. Akan tetapi dalam kes ini saya telah menerima task direct dari pegawai rasmi saya yang juga merupakan BOS juruteknik tersebut.

Sehingga kini juruteknik terus memarahi dan mencari salah saya walaupun sebab punch card keluar awal seminit dijadikan point untuknya menengking saya, sedangkan 2 orang praktikal yang lain tidak menerima nasib seperti saya meskipun mereka juga mempunyai rekod punch card yang hampir sama dgn saya. (mereka hilang semasa pegawai memberi tugas pada hari sy kena)

Kini keadaan semakin memburuk apabila juruteknik tersebut mengugut untuk mengagalkan latihan industri saya kerana hal remeh ini.

Saya dengan rendah hati memohon sesiapa untuk memberi nasihat kepada saya agar dapat saya buat keputusan yang betul dalam menangani masalah diugut gagal li ini. Sungguh saya ketakutan kerana kerja, masa, keringat perit jerih saya selama hampir 4 bulan akan sia-sia dan saya perlu mengulang li hanya kerana emosi seorang juruteknik.

Selain itu saya nak juga bertanya pendapat pembaca sekalian :

1. Perintah siapa yang lebih mutlak? Pegawai rasmi yang cop dan bagi markah atau juruteknik yang cuma menjadi pengantara untuk memberi task/projek?

2. Adakah orang yang tiada kuasa memberi markah pelajar intern boleh mengagalkan seseorang pelajar itu? Kalau Ya, bagaimana?

3. Adakah saya mempunyai hak untuk membuat rayuan atau bantahan jika saya dipecat tanpa sebab yang munasabah?

– Shah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *