Hi semua. Nama aku Jalen, umur awal 30an, dah berkahwin dan ada 4 orang anak. Tahun ni, masuk tahun ke 10 perkahwinan aku dengan suami.
Aku intro serba sedikit point yang aku rasa berkait dengan apa yang aku nak cerita. Tiap kali masuk bulan Ramadhan, hati aku akan jadi berat sebab dah tahu apa yang perlu aku hadap Syawal nanti. Alu datang dari keluarga yang boleh dikatakan senang. Ibu dan ayah aku make sure tiap dari kami ada bilik sendiri, privacy untuk diri dan pasangan sangat diambil berat. Bukan jenis yang terjah masuk bilik kelamin anak2 walaupun bilik tu dlm rumah mereka.
Aku dan suami aku tinggal di sebuah negeri du pantai timur jauh dari kedua2 keluarga. Kedua2 keluarga kami tinggal dalam sebuah negeri di selatan. Sudah menjadi kebiasaan kami setiap tahun bila menjelang Aidilfitri untuk pulang ke kedua2 kampung. Cuma raya pertama dan kedua dimana tu selalunya mengikut giliran. Kalau tahun ni raya pertama dan kedua di rumah ibu ayah aku, tahun hadapan akan beraya di rumah mertua dulu, dan raya ketiga keempat dirumah ibu ayah.
Aku kahwin muda masa usia di awal 20an. Waktu tu, aku baru habis degree dan ibu ayah buat keputusan untuk kahwinkan aku. Ibu ayah mendirikan rumahtangga lewat. Jadi, sebagai satu2 nya anak perempuan ibu ayah, mereka nak aku kahwin awal, nak menimang cucu katanya. Aku kenal suami aku pun daripada kenalan kami. Kenal tak lama, dan berkahwin. Aku pun tak sempat kenal keluarga suami sebelum berkahwin.
Okay, berbalik pada cerita asal. Suami aku berasal dari kampung. Keluarganya tinggal di rumah warisan atok neneknya. Aku tak kisah bab tu sebab walaupun aku dibesarkan dengan keselesaan, ibu ayah juga didik aku untuk sentiasa hormat situasi orang lain. Yang menjadi isu bagi aku ialah, rumah mertua aku hanya ada 2 bilik yang boleh digunakan. 2 lagi bilik lain, aku tak tahu disimpan apa. More to barang2 yang dah tak boleh digunakan. Mak mertua aku suka simpan barang2. Barang2 yang disimpan tu mostly dah tak boleh guna/dimakan anai2 dan kebanyakannya barang arwah bapa mertua yang disimpan sebagai kenangan. Masa aku kenal dgn suami aku pun, arwah dah lama meninggal.
Jadi, bila raya, adik beradik suami aku semua dah kahwin. And adik beradiknya yang lain pesen raya rumah mertua aku dulu. Aku pun tak faham kenapa diorang tak beraya rumah mertua diorang. Sebab alasan yang aku selalu dengar ialah diorang tak selesa rumah mertua diorang. So tiap tahun, rumah mak mertua aku ni memang meriah la. Korang bayangkan la cucu je ada 13 orang. Dewasa pulak ada 9 orang. Adik ipar aku yang bongsu, duduk dengan mertua. Jadi dari 2 bilik yang boleh digunakan, 1 adik ipar aku dah ambil as bilik dia. Tinggal lah 1 bilik lagi untuk kami menyusu baby, tukar baju, etc. Bilik air ada 1 dan 1 tulah berebut semua.
Adik ipar yang stay dengan mertua tu, ada anak2 kecik yang masih pakai pempes. Satu benda yang aku tak selesa ialah, pempes yang bernajis tu dibiarkan berlonggok depan bilik air. Aku pun ada anak kecik. Tapi tiap kali balik kampung, memang suami aku kumpul pempes anak aku and buang kat tong depan. Tapi adik ipar aku dgn suami dia tak. Selagi mak mertua aku tak buang, dia memang biar je berlonggok penuh and busuk. Aku tak boleh tau bab2 kebersihan ni. Sebab aku ni cepat geli. Kat rumah aku, suami aku memang dh tahu aku tak suka benda kotor dibiar tak dibuang. Empat2 anak aku pun aku train jaga kebersihan.
Puas dah tegur bab ni, tapi effect dia macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sampai kadang ada antara beradik yang tolong buangkan sebab penuh berlonggok tepi bilik air.
Lagisatu, aku datang dari family yang menjaga batas, jaga aurat. Ibu ayah aku memang tekankan isu mahram, isu aurat ni. Tapi berbeza dengan keluarga mertua aku. Biras2 dan ipar2 aku jenis selamba je keluar bilik air berkemban. Plus bila berkumpul ramai2 time raya, aku je yang bertudung tapi yang lain sorang pun tak pakai tudung. Tapi bila keluar berjalan, masing2 pakai tudung. Aku lemas dengan situasi macam ni. Sebab aku tak biasa, aku tahu benda tu dosa, aku rasa macam aku termasuk dalam golongsn tu sekali walaupun aku jaga batas2 tu. Anak2 buah aku yang dh besar2 pun selamba je tukar baju open depan2 hall. Aku yang malu tengok. Mak2 diorang relax je.
Satu lagi bab ibadah. Family aku dah biasa solat jemaah, pergi tarawikh, malam raya bertakbir raya sama2. Tapi berbeza dengan family mertua aku. 10 ramadhan terakhir tu memang diorang isi dengan kejar buat kuih raya, anyam ketupat. Malam raya takde takbir. And part yang sedih, ada yang tak jaga solat pun. Serious aku benci tau. Aku benci bila tiap tahun aku kena hadap benda tu. And aku tak boleh nak luah yang aku tak suka benda2 tu.
Belum masuk lagi bab menyusu. Bila bilik ada 1 je, semua lah kejap2 masuk bilik tu. Suami aku biasa akan suruh aku n anak4 tidur bilik tu sebab aku menyusu. Kadang tu malam2, aurat ada lah terbuka sikit sebab menyusu. Tapi ada je yang menjengah masuk. Kadang tu ada yang saja2 ngendap tengok kita buat apa. Kita tengah sel*k nak menyusu orang ngendap, kita nak tukar baju orang masuk je. Alasan alaaa sama je kau punya aku punya, kau punya bini aku punya. Stress tau. Kalau korang seorang yang menjaga aurat, korang mesti faham. Aku tak suka situasi tu. Tapi aku tak boleh nak ckap pada suami aku yang aku tak suka beraya sana. Mesti suami aku akan kecil hati kan.
Korang mesti ada yang fikir, part family sendiri aku tak complaint pulak. Bukan tak complaint, tp rumah ibu ayah, masing2 ada bilik masing2, privacy masing2. Ibu ayah n adik beradik aku takkan saja2 jengah bilik kelamin beradik lain. Plus rumah ibu ayah, memang ibu ayah dah pesan, pempes anak masing2, tanggungjawab masing2, jangan sampai ibu ayah pula kena buangkan. Ibu ayah aku tegas. Jadi kami adik beradik memang berdisiplin n cukup jaga bab aurat dah batas sesama bukan mahram.
Masa awal aku kahwin dengan suami dulu pun, cukup payah aku nak ubah dia. Suami aku dulu bukan orang yang jaga solat. Sebab dia sendiri mengaku dia tak diajar solat. Suami aku pun tak pandai mengaji. Dulu masa awal kenal, suami pakai seluar pendek, pakai rantai. Akulah yang usaha ubah dia, tegur dia, and ingatkan dia bab tak boleh salam bukan mahram. Masa awal kahwin dulu, suami aku memang zero. Duit pun takde. Duit hantaran pun dia buat loan. Masetu pendidikan dia pun di tahap sijil sahaja. Tapi Alhamdulillah aku dorong dia dan sokong dia. Tahun lepas, dia berjaya menamatkan pengajian di peringkat master dan sekarang mempunyak kerjaya yang baik.
Belum masuk lagi bab pilih kasih. Mak mertua aku ni, ada sikap pilih kasih sikit. Cucu dari anak perempuan dia cukup ditatang2. Tapi cucu dari menantu perempuan, dia buat tak layan. Sedangkan kalau ikut dari 12 orang cucu dia, hanya anak2 aku je penyambung keturunan dia, sebab suami aku sahaja yang ada anak2 lelaki.
Ada tak korang yang lalui situasi macam ni? Kadang tu time Syawal aku rasa nak lari je. Aku taknak balik dua2 kampung bagi adil. Sebab aku letih hadap situasi yang sama tiap tahun. Tapi aku kesian suami aku. Sebabtu even dah 10 tahun aku hadap situasi ni, aku tetap sabar. Aku tahu korang akan judge aku. Tapi aku yang lalui situasi ni, penat.
– Jalen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
book la hotel berdekatan..
suami tidurlah rumah parent dia..
awak dan anak2 tidur hotel, time masak mengemas datang tunjuk muka.. time nak tidur lari pergi hotel..
Lamanya bertahan kak oi. Booked la homestay/hotel sis, bab aurat jangan main2 dah la anak2 ramai rimasnya
Saya rasa pun camtu gak, cari homestay atau hotel yang berdekatan, tapi yalahkan nanti timbul isu awak sombong pulak sebb balik kampung tapi dok homestay atau hotel