Hi tolong aku kejap boleh?
Aku Zee. Student master di sebuah universiti di pantai timur.
Cerita nya macam ni. Aku dah habiskan masa 4 tahun untuk dapatkan master aku ni.
Dengan kekangan covid, duit, masalah dgn pihak atasan (including sv yang suka ambil kesempatan sampai aku punya master delay).
Supposedly aku dah habis master tahun ni. Tapi atas asbab sv aku ni bila aku send paper untuk dia check, dia tak check buat jeruk, aku punya tajuk tah berapa kali tukar.
Aku rasa aku dah fed up dengan master aku.
Dia suruh jugak buat kerja dian yang lain. Siapkan kerja dia.
Kalau tak siapkan kerja dia, dia akan ‘hukum’ dengan cara yang kita tak sangka (means, susahkan student), sampai ada kawan aku terketar ketar tiap tiap kali lecturer tu sergah/ torture dia).
Apa aku nak buat ya, aku terfikir kalau berhenti aku nak buat keje apa pulak. Mana nak cari duit?
Tangga gaji kerja level degree tinggi tak untuk aku nayar semua hutan pembiayaan pelajaran aku (PTPTN).
Aku tak lah good looking, kalau petik jari terus dapat keje.
Tapi bila fikir otak aku sakit dengan sv aku yang suka ambil kesempatan ni, aku rasa macam tak ikhlas dah nak sambung belajar. Mungin aku akan sambung belajar di tempat lain one day (sebab sini culture toxic)
Niat aku mula dulu berkobar kobar nak sambung belajar. Target aku just nak habis kan dalam masa 3 tahun.
Sekarang SV aku duk drag aku sebab perangai dia yang lepas tangan, dengan tak nak check paper aku. Aku nak publish paper tu as soon as possible. Sebab syarat nak grad kena publish paper dulu.
Aku kecewa. Apa aku nak buat ya. Aku takut aku kecewakan mak ayah aku. Aku bukan orang senang. Aku pun takut otak aku jadi gila.
Aku pun dah putus tunang sebab master aku delay. Tunang aku takut nak sara aku kut if aku kahwin dengan dia.
(Doakan aku jumpa jodoh yang sudi bagi sokongan moral dekat aku). Aku tersepit dan kecewa sangat bila nasib aku buruk macam ni.
Tu belum masuk part buat research tapi dana ke lain, elaun langsung tak ada. 100%duit sendiri dan pinjaman pengajian. Ikat perut. Kalau lama lagi aku teruskan, membazir ke?
Equipment banyak rosak. Barang barang kajian keluar duit sendiri. Sv pulak asyik tukar tukar objektif apa yang aku buat sampai banyak gila kos aku kena cover sendiri. Aku rasa dipijak pijak.
Korang yang ada pengalaman, please tolong aku.
Kekadang aku rasa toxic gila sv aku. Berbanding sv aku yang sebelum ni. Tapi sv aku yang sebelum ni meninggal. Sebab sakit, dah tua.
Aku nak buat apa ya? Bantu aku…
– Zee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit