Dilema Sebagai Seorang Pendidik Di Borneo

Assalamualaikum.

Harap admin sudi siarkan confession ini. Thank you :)

Untuk pengetahuan, aku merupakan seorang guru perempuan di Borneo. Dah dua tahun aku posting kat Sarawak ni. Aku seronok di sini kerana orangnya baik-baik, peramah sangat, hampir takde kes jenayah seperti pecah rumah, samun, kes ragut walaupun aku ni mmg careless habis. Kalau keluar malam2 pun tak rasa bimbang ke apa walaupun kalau tgk dari luaran agak scary sebab orang kat sini mmg bertatu penuh badan. Mcm gangster tapi hati baik wooo. Kalau bercakap nada lembut je. Hihi. So far mmg rasa secure walaupun berhadapan dgn masalah makanan halal. Yg tu mmg kena be extra careful la. Part semangat kenegerian tu mmg ada di kalangan cikgu2 local dekat sini, means bila ada guru semenanjung baru masuk, haa bersedia lah korang utk kena gosip macam2. Tapi since aku ni jenis malas nak amik port, dorang nak mengata ke mengumpat ke aku peduli apa. Yg penting aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. So masalah ni takdela besar sgt pun sbb bukan semua jenis macam tu. Ada je yg jenis baik, caring, friendly dengan kami golongan minoriti kat sini. Pendek kata aku memang selesa disini walaupun kami agak jauh dengan bandar. Tapi alah bisa tegal biasa.

Tu bukan cerita utama yg ingin aku sampaikan. Point utama kat sini ialah bila berhadapan dgn pelajar muslim yakni golongan minoriti kt sekolah ni. Sekolah aku (menengah) mempunyai student lebih 2400 orang. Setiap tingkatan ada hampir 400 student. Ramai kan. Tapi bila campur dgn pelajar muslim sebenarnya dlm 20 orang je. Sikit sangat. Berapa percent je kalau diikutkan.

Tu bagi aku okay lagi sebab dah ni tempat orang iban bidayuh, takpe la it’s not a big deal pun. Aku treat student sama rata je tak kirala dorang ni bangsa apa pun. Tapi yg tak bestnya walaupun muslim, tapi cara hidup dorang mmg tak menggambarkan seorang muslim langsung.

Aku bukan ustazah. Hanya cikgu math yg ilmu agama pun biasa2 je. Tapi bila tengok betapa payahnya ustazah diorang didik diorang, aku terpanggil utk mendekati ustazah tersebut. Sebab kadang-kadang tengok ustazah tu menangis sebab terlampau stres dengan budak-budak Muslim sini. Menurutnya, student muslim kat sini mostly hanya Islam pd nama. Solat tak pandai, mengaji jauh sekali, tudung pun tak pakai, kalau pakai pun kat sekolah tu pun sebab takut kena denda. Ada student form 3 yg aku kenal baru belajar iqra 2 secara merangkak rangkak. Bila ditanya, katanya di rumah dia tak pernah buat semua tu. Solat, mengaji, puasa, dll. Kat sekolah dia dipaksa buat semua tu, tu pun kadang2 dia skip.

So, ada suatu hari tu aku terdetik utk panggil seorang budak perempuan muslim ni. Tu pun sebab tengok selamba je dia freehair walaupun dah teruk kena denda pakai telekung dalam kelas sbb tak pakai tudung. Aku ni jenis curious kalau tgk ada student yg jenis lain macam ni. So aku interview dia. Bila ditanya, jawapannya memang mengejutkan. Apa taknya, ibunya seorang wanita Melayu berkahwin dgn seorang lelaki iban. Lelaki tu pun convert la. Tapi lepas tu Islam dia hanya tinggal pada nama. Setiap hari Ahad mereka sekeluarga ke gereja berdekatan, minum arak, makan bab*, sambut gawai, sambut krismas mcm ahli kristian yang lain. Bila ditanya, katanya suatu hari nanti dia pun nak jadi Kristian sebab lebih bebas, sama mcm ibunya yg dah murtad. Tapi ic itu masih lagi belum ditukar. Masih lagi mengekalkan agama Islam.

Ada lagi student lain yg aku saja borak-borak kosong dgn dia (walhal mmg nak korek maklumat pasal ni) huhu. Mula-mula sembang biasa, sampai la beralih kepada beberapa soalan tentang dirinya. Katanya ibu bapanya dah bercerai. Bapanya seorang Muslim tapi ibunya non muslim. Jadi ibunya terpaksa menukar agamanya utk berkahwin dgn bapanya. Tapi walaupun bapanya muslim, dia tak pernah pun mengamalkan cara hidup Islam. Ditakdirkan bila student aku lahir, ibu bapanya bercerai. So ibunya kembali murtad dan entah mcm mana dia dijaga oleh datuk dan neneknya yang terang2 merupakan orang kristian. So, walaupun namanya Islam, dari kecil dia dibawa ke gereja, makan makanan yang tak sepatutnya, solat mengaji dan puasa tu jauh sekali lah.

Banyak lagi lah yang sempat aku korek dari budak2 ni. Dorang sendiri mengaku Islam hanya pada nama, selebihnya cara hidup dorang lebih menjurus kepada agama lain. Dah masuk form 5 tapi surah AlFatihah langsung tak tahu. Time puasa makan selamba je bersama2 kawan-kawan non muslim yang lain. Solat hanya di sekolah, tu pun sebab takut ustaz denda dorang. Selebihnya tutup aurat jauh sekali. Cara hidup mereka sangat2 kebaratan, termasukla parents dorang.

Luluh hati aku bila dengar semua tu. Rasa lemah urat sendi. Sebegitu dahsyat rupanya keadaan dorang. Aku rasa kalau kat semenanjung maybe taklah seteruk ni sebab kt sana masih lagi ada kelas agama or fardhu ain, ada ustaz ustazah yg mencukupi untuk mendidik dan membimbing and at least mereka masih lagi tahu mengucap kalimah syahadah dan membaca Al Fatihah walaupun ramai je yang tak solat or mengaji. Sekurang-kurangnya mereka banyak diberi pendedahan tentang hukum hakam. Tapi disini? Berbeza sangat.

Aku tak tahu mcm mana nak bagi student aku ni kembali kepada Islam. At least bagi dorang sedar betapa bertuahnya menjadi seorang Muslim dgn nikmat iman dan islam yang tak semua mampu orang dapat. Aku akui aku pun banyak sangat cacat celanya tapi Alhamdulillah aku diajar dari kecil mengaji, solat, puasa, menutup aurat dgn sempurna dan tahu halal haram sesuatu perkara. Tapi mereka? Sayang seribu kali sayang. Mereka anak yg suci takde dosa ,tapi bila dicorakkan begitu, apa lagi nilai yg ada pada mereka?

Kalau korang jadi aku, apa perlu korang buat utk bagi mereka sedar? Kalau setakat nak bagi ceramah kt dorang or ibu bapa dorang mmg jauh panggang dari api la. Awal2 lagi kami kena sound sbb menganggu ketenteraman mereka. Tapi sebagai pendidik, aku tak sanggup tengok students aku hanyut mcm ni. Seolah2 takde pegangan langsung. Aku tak salahkan mereka seratus peratus sebab tau environment yg membuatkan mereka jadi camtu. Nak ubah tapi tak tau mcm mana.

Please, bagi cadangan or idea bernas. Dah buntu ni. Takut sangat bila fikir bagaimana nasib dorang nanti.

P/s: Lagi satu pasal student muslim yg aku ceritakan tu berlaku dkt sekolah aku. Kat tempat lain, wallahualam tak berani nak cakap. Tapi yang aku tahu kalau area Kuching tu mmg ramai student Muslim yang bagus2 sebab situ ramai Melayu Sarawak. Cara hidup mereka pun okay sangat Alhamdulillah.

– cikgu prihatin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit