Assalamualaikum namaku N. Aku anak sulung daripada 3 beradik. Aku telah berkahwin selama 4 tahun.
Dilema aku sebagai seorang anak adalah kerana ibuku yang sepatutnya memberi dorongan dan contoh yang baik tetapi menjadi seorang yang suka mengatur hidup anak-anak dan suka menghasut.
Masa aku mula ditawarkan bekerja di sektor awam aku ditempatkan di Selangor dan agak jauh dari kampungku iaitu di Utara.
Ibu seolah tidak redha dan bising-bising suruh mintak tukar ke Utara secepat mungkin sedangkan dia tahu semua itu bukan kehendak aku. Itu keputusan daripada pihak Kerajaan.
Tidak lama selepas bekerja aku membuat loan untuk baikpulih keadaan rumah yang agak usang untuk keselesaan ibu dan abah.
Abah (tiri) tiada masalah langsung dengan aku malah apa sahaja yang aku buat abah akan bagi sokongan asalkan tidak menyalahi hukum.
Berbalik pada ibu, setelah diberi keselesaan pada dia, ibu semakin lupa diri kerana adik aku telah bekerja dengan gaji yang agak lumayan.
Alhamdulillah kami adik beradik tak pernah lupa akan tanggungjawab apa sahaja keperluan keluarga kami akan tunaikan.
Segala bil, barang dapur kami tolong abah untuk selesaikan kerana abah hanya bekerja sendiri sebagai seorang nelayan dengan pendapatan yang hanya cukup-cukup makan.
Sehingga aku berkahwin (wang simpanan sendiri tanpa bantuan dari sesiapa) dan aku menjalani hari-hari seperti biasa. Waktu itu satu persatu perangai pelik ibuku yang aku nampak.
Dia cuba menghasut dan mengajar aku supaya tidak terlalu percayakan suami, tidak terlalu rapat dengan keluarga suami, tidak terlalu mengikut telunjuk suami.
Aku faham maksud ibuku bukanlah untuk menyuruhku untuk jadi isteri derhaka tapi ibuku terlalu kerap menghasut dan fitnah suamiku.
Sehingga aku mengambil keputusan untuk minta tukar kerja ke Utara kerana salah faham pada suami.
Dan setelah pertukaran aku diluluskan, ibuku pula menghasut suamiku mengatakan aku nie seorang isteri derhaka kerana lari dari tanggungjawab seorang isteri sedangkan pertukaran itu telah dibincangkan bersama antara aku dan suami dan dipersetujui oleh suamiku.
Malah dituduhnya aku anak derhaka kerana tidak ikut cakap beliau (ibu).
Dulu aku ditempatkan di Selangor ibuku bising-bising sekarang dah dapat bertukar dekat dengan kampung pun ibuku tidak tahu bersyukur malah aku dilabel anak derhaka kerana tidak ikut cakap dia (ibu) kerana dia selalu mengarahkan itu ini mengikut telunjuknya.
Adikku pun tidak tahan dengan perangai ibu. Malah abah juga turut dijadikan musuh oleh ibu.
Semua orang ibu jadikan sebagai musuh dan ibu seolah “play victim” apabila orang bertanya mengenai anak-anaknya (kami 3 beradik).
Ibu akan mengatakan bahawa kami semua dah besar taknak dengar cakap dia, masing-masing dah kerja jadi sombong dengan dia, sedangkan kami dah puas cuba untuk sempurnakan segala keperluan yang tidak cukup.
Apabila berbincang, mula lah drama air mata ibu,
“yela, masing-masing dah besar semua nak jadi anak derhaka taknak dengar cakap ibu sedangkan ibu bela kamu adik beradik daripada tapak kaki sebesar 2 jari sampai sekarang dah besar nak jadi anak derhaka”.
Itulah ayat yang biasanya diungkapkan. Tak habis melabelkan kami semua anak derhaka.
Dulu sewaktu aku bertugas di Selangor, setiap hari minggu aku akan cuba cari peluang untuk balik ke kampung tetapi sekarang dah bertukar ke Utara.
Hati aku sedikit pun tidak rasa hendak balik ke kampung walaupun jarak sangat dekat kerana aku rasa dari doa ibuku hari-hari mengatakan kami anak derhaka itu buatkan aku berasa terkilan dan sangat berkecil hati dengan sikap ibu.
Bulan 11 ibuku pergi menunaikan umrah. Kami adik beradik dan abah berharap dengan jemputan menjadi tetamu Allah itu buatkan ibu sedar akan sikapnya dan akan berubah tetapi malangnya bila dah balik ke tanah air, sikap ibu makin teruk!
Habis semua orang dilabel dan dicop penghuni neraka. Astaghfirullah sampainya hati seorang ibu mendoakan anak-anak macamtu.
Dengan abah pun ibu makin menjadi-jadi. Bermacam jenis ucapan kasar ibu lontarkan pada abah. Aku tahu perangai abah. Abah seorang yang malas nak bergaduh.
Tapi satu hari tu abah dah tak tahan dengan perangai ibu yang suka mencari salah orang dan melabel orang ikut sedap mulut dia, teruk abah kena maki.
Abah call aku bagitahu ibu cakap macam itu macam ini pada abah sambil menangis dan berkata pada aku “abah mintak maaf, salah abah tak didik ibu dengan baik sebab itu ibu jadi macamni”
Sebak aku dengar luahan hati abah. Bila aku whatsapp pada ibu kenapa cakap begitu begini pada abah alasan yang ibu bagi pada aku, “itu hal kami suami isteri tak payah masuk campur nanti tahulah ibu minta maaf pada abah”
Ibu bercakap seolah tidak suka orang ambil tahu hal dia tapi hal rumahtangga aku hal rumahtangga orang lain dia sibuk nak atur.
Orang tu bergaduh suami isteri disuruh bercerai orang itu nak kahwin disuruh buat kenduri besar, orang itu tak ada anak disuruh petua itu ini.
Banyak kali kami adik beradik melarang ibu masuk campur tapi jawapan ibu “diam sahaja korang jangan masuk campur aku nie lagi tua daripada korang banyak makan garam dari korang”
Sekarang dah masuk 7 bulan aku tidak bertegur sapa malah aku block segala whatsap dan fb ibuku kerana aku tidak suka setiap kali update di whatsap di fb aku, ibu akan turut sibuk atur.
Seperti contoh aku update di status whatsap gambar tudung (aku buat bisnes online jual tudung sebagai part time) ibu orang pertama akan “order free”.
Bukan aku kedekut, setiap kali keluar tudung baru aku akan simpan dan akan bagi pada dia tetapi itulah perangai ibu yang suka mengarah-arah dan atur segala hidup aku dan adik-adik.
Aku dah penat, dan aku rasa selama 7 bulan tidak bertegur sapa dan tidak balik langsung ke kampung nie hidup aku lebih tenang dan tidak kusut dengan segala hasutan ibu aku.
Faham tak perasaan tenang bila kita tidak diganggu tentang kerja ketika hari cuti? Macam tu lah aku rasa sekarang.
Aku tahu memang berdosa tetapi kerap kali sangat ibu buat perangai macam itu. Sebelum ini setiap kali bergaduh kami adik beradik akan berbaik dengan ibu dan akan minta maaf walaupun jelas sekali bukan salah kami.
Agaknya itu yang buatkan ibu rasa “power of mother” dan tak habis melaungkan syurga dibawah tapak kaki ibu.
Tapi sampai bila nak menderita dengan mengikut segala hasutan ibu hanya kerana takut dilabel sebagai anak derhaka. Bila kami adik beradik nak temui bahagia kami sendiri?
Apa kemewahan kami tak bagi? Kemana kami tak bawa berjalan makan angin? Barang dapur mana pernah susut. Bil-bil mana pernah tertunggak. Tapi tetap dilabel sombong dan anak derhaka.
Itu sahaja aku nak luahkan.
Maaf tak pandai susun ayat dan berterabur.
Terlalu geram dan terlalu sedih dan kecewa dengan sikap ibu.
Bilalah ibu nak sedar yang anak-anak dan suami makin menjauh sebab perangai ibu sendiri.
Tolonglah faham.
Jangan terlalu sibuk menjaga tepi kain orang sampai kain sendiri dah koyak rabak langsung tak sedar!
Yang benar anakmu yang selalu mendoakan,
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit