Dilema Seorang An4k

Aku anak sulung dari empat orang adik beradik. Semua adik adik aku lelaki dan ya aku sorang perempuan.

Umur aku baru 22 tahun, adik ii aku semua masih bersekolah. Mak ayah aku masih ada, sihat walafiat alhamdulillah.

Kami hidup sederhana, tak mewah, senang cerita kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ayah aku kerja kerajaan. Mak aku kerja hanya guru kafa, dalam masa sama tukang jahit, ajar mengaji dan buat kuih.

Nampak keluarga kami banyak pendapatan kan? Tidak sama sekali. Ayah aku banyak buat pinjaman bank, sampaikan pernah pinjam ahlong. Masa aku kecil, ayah aku tak macam sekarang.

Ayah aku pernah curang, pernah kene tangkap polis atas sebab kesalahan (dirahsiakan), bayangkan setiap salah yang ayah aku buat, setiap kali tu kami pindah.

Masa ni adik ii aku belom lahir lagi, baru ada aku sorang, maksudnya mak ayah aku masih berada dalam fasa awal perkahwinan.

Dulu kami duduk rumah flat, sebabkan kes ayah aku, mak aku kene kutuk satu flat. Mak aku yang kene tadah semua tomahan jiran ii.

Sampai lah ayah aku dipindahkan tempat kerja (buat kali kedua) sebab kes ayah aku curang, dengan rakan sekerja. Bila dah pindah , lagi sekali, ayah aku buat perangai.

Sejak ni lah ayah aku banyak buat pinjaman bank. Ayah aku jenis yang kalau boleh orang kene nampak keluarga kami ni serba ada.

Masa ni umur aku dalam darjah 5/6 macam tu, ayah aku dah start jarang balik rumah. Kadang mak aku tanya pergi mana, ayah aku cuma cakap ada kerja.

Sampailah berlarutan, mak aku dah start rasa something. Sebabnya setiap kali sabtu ahad ayah aku mesti keluar tak balik ii.

Ayah aku ni kerja isnin sampai jumaat. Kerja kerajaankan, macam biasalah. Sabtu ahad cuti. Tapi ayah aku jumaat malam je dah keluar entah kemana kadang isnin pagi baru balik.

Pernah kami adik beradik sampai sekolah pukul8 sebb ayah lambat hantar kami.

Kadang bila ayah aku mandi ke apa, mak aku check beg ayah aku, check fon ayah aku. Dan apa yang mak aku jumpa sangat menghancurkan hati dia.

Rupanya ayah aku berfoya dengan budak ii , ye ayah aku buat macam dia masih bujang takde isteri dan keluarga.

Dalam beg ayah aku penuh resit makan kat hotel sedap ii. Sedangkan kami adik beradik kat rumah, telur pon pecah sebiji buat sup makan anak beranak. Itu je lauk kami hampir setiap hari.

Ayah aku jarang bawak kami makan sedap ii. Kadang bila ayah aku dah takde duit, mesti minta kat mak aku. Bila mak aku kata takde duit, ha mulalah nak marah bermasam muka.

Solat? Hm entah kelaut mana pun aku tak tahu. Jarang nampak dia solat kat rumah. Bila balik kampung, ayah berlakon macam dia ayah dan menantu paling baik.

Mak aku penat gaduh dengan ayah aku. Benda ni berlarutan sampai aku sekolah menengah. Kalau nak diceritakan kisahnya, panjang..

Masa aku f3, aku ada pt3. Aku rasa aku nak doa dari seorang ayah. Aku nak ayah aku macam orang lain. Aku tak nak tengok mak aku sakit sebabkan perangai ayah aku.

Jadi satu malam tu, aku amik keputusan. Aku nak call ayah aku. Waktu menengah aku duduk asrama, jadi public phone je lah yang ada.

Aku tukar duit syiling, aku kumpul semangat aku call ayah aku.

Masa ni, aku menangis teresak esak, aku cakap kat ayah aku, aku nak ayah aku berubah, aku tak nak dia keluar meliar lagi, aku nak masa dia dengan kami. Aku sungguh ii mintak kat ayah aku untuk berubah.

Malam tu aku luah semuanya dalam call. Ayah aku cuma cakap, ayah akan cuba.

Yang bagusnya tentang ayah, ayah hatinya lembut dengan anak ii. Lagi lagi aku. Yelah aku sorang anak perempuan kan.

Sejak dari malam tu, ayah aku dah jarang keluar, solat pon ada juga lah buat, walau kadang tak cukup 5 waktu sehari. Tapi aku faham, istiqamah tu susah.

Kisah aku tak berhenti di sini.. Aku sangka aku dah laksanakan tanggungjawab seorang anak untuk keluarga aku.

Bila tiba waktu aku f5, aku tidak tahu dimana terletaknya kewarasan akal fikiran aku. Aku telah membuat satu kesilapan…

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *