Assalamualaikum. Saya Tiara (bukan nama sebenar) saya betul- betul nak tanya pendapat semua yang baca ni.
Saya ade seorang ayah yang dah berusia hujung 70an, sejak kematian mak masa covid dulu ayah memang banyak habiskan masa dengan handphone, tv atau meronda kampung.
Sejak tu juga ayah tidak lagi kami biarkan duduk sendirian di rumah kampung dan menetap dengan abang.
Namun tiap hari akan balik ke rumah kampung dengan motor kesayangan nya. Saya mempunyai 6 beradik dan ayah tinggal bersama abang ketiga yang menjaga makan pakai ayah.
Alhamdulillah setakat hari ini ayah tidak terabai, cuma ayah saya suka meronda kampung dan tidak dinafikan ada juga yang mengapi-apikan ayah saya untuk berkahwin lagi.
Kami sebagai anak tiada halangan pun namun yang kenal hanya lah yang asyik meminta duit.
Bagi saya isu kahwin baru tu takde la ape sangat, ayah pun tidak sungguh sungguh. Biasa la mesti akan rasa sunyi tu.
Anak anak lain duduk KL dan daerah yang sama. Ziarah ayah tiap minggu atau bulan tu memang jadi rutin kami adik beradik. Cuma ada la sorang dua yang tidak ambil peduli makan minum kebajikan ayah tapi kalau bab duit dia no satu.
Bab duit tu malas dah nak campur, ikutkan hati geram memang boleh bergaduh. Kite yang lain ni pun bukan nak duit tu tapi fikirkan muncul sebab terdesak je sape tak marah kan. Tidak membantu tapi menyusahkan pula.
Actually, ayah saya pesara begitu juga arwah mak. Jadi duit belanja tu memang ada, cukup makan belanja ayah tapi ada juga yang mengambil kesempatan.
Ok lah panjang pulak. Straight to the point, saya nak tanya pendapat kakak abang semua. Derhaka kah saya kalau saya tempatkan ayah di pusat jagaan yang berbayar.
Memang selesa terjaga kesihatan makan dan minum, penuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan sebab tak sayang tapi kesian kan ayah. Kami juga boleh ziarah ayah bila2 masa.
Kalau di rumah, pagi2 lagi akan keluar dan balik petang. Kami anak anak risaukan keselamatan ayah dan tak nak orang kampung mengata kami anak anak ni abaikan ayah.
Tak kan kami nak ikat dan kurung pulak kan sebab ayah sihat je cume tidak sekuat dulu untuk ke sana kemari.
Duduk dengan anak lain pun ayah tak nak. Kalau tahan pun seminggu tapi sangat la susah. Jiwa nya di kampung.
Dalam adik beradik saya seorang yang lantang bersuara, namun saya juga sejenis yang lembut hati. Kami adik beradik mahukan yang terbaik untuk ayah sementara masih ada masa, ruang dan peluang.
Tolong saya bagi pendapat.
Wajarkah saya? Derhakakah saya?
– Tiara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pendapat sy nak lakukan sesuatu Kene inform ayah. Bagitau perasaan mu dan pedapat mu buat keputusan tu. Kalau betul bagi mu itu keputusan yg baik dia perlu tahu. Sekiranya dia abaikan atau tidak setuju padahal ianya lebih baik utk dia, beri tempoh percubaan. Janjikan pada dia untuk cuba selama seminggu tgk macam mana selesa atau tidak. Kalau tidak selesa dan X okay maka hentikan dan teruskan dgn apa yg dia mahu pula. Kebahagiaan ayah bukan bergantung pada apa yg kita rasa. Kalau dia sudah bahagia dan lebih selesa dgn yg sekarang mengapa perlu ubah?
Saya pernah jugak dengar ada emak kawan yg dihantar ke pusat jagaan seumpama itu.. bukan semua org ‘sesuai’ dgn keadaan spt itu; diprogram dgn pelbagai aktiviti.., skali pikir, mmg bagus utk fizikal & minda.. tp kdg2 org tua ini perlu (me time), masanya sendiri, terutama yg masih bole memandu n bergerak sendiri.. mrk dah biasa ‘bebas’ ke sana kemari, tetiba nk dduk satu tempat dari pgi sampai mlm, aktiviti kna lak terlibat sama, lma2 dia akn mintak balik rumah dia jugak nnt.. cuba la bawa berbincang dgn ayah tu n adk bradik yg lain.., nt klau jd, kosnya mngkin tinggi n kna ‘share’ antara adk bradik, tu pon satu hal lg, unless la awk mmg bercadang nk ‘sponsor’ ayah tu.. wallahu a’lam