Dilema Seorang Anak

Assalamualaikum semua..

Berbalik kepada tajuk aku sebenarnya dalam dilema antara nak habiskan hutang sedia ada dengan bayar ikut masa atau buat satu hutang baru dan tutup hutang2 yang ada iaitu hutang kereta dan hutang belajar.

Owh ye aku perempuan berumur hujung 20an, belum berkahwin dan baru bekerja dalam sektor kerajaan.. 

Bila fikir pasal hutang ni kadang serabut ye, macam manalah orang boleh pakai cc dan shoppe loan sedangkan aku yang ada 2 hutang pon kadang rasa banyaknya hutangg..

Baru2 ni ada bersembang dengan ayah aku.. Ayah galakkan aku buat pinjaman dan beli tanah..

Adakah aku perlu pertimbangkan atau habiskan dulu hutang2 yang ada??

Lagi satu cadangan yang diberi bukan untuk diri sendiri.. Ayah minta nak guna nama untuk beli tanah untuk bina rumah.. which is rumah family tapi bukan ditempat aku bekerja.. Aku bekerja di ibu negara.

Aku selalu terbaca kes-kes yang berkaitan dengan harta ni.. kadang2 bab harta pon boleh berpecah antara adik beradik..

Aku tak nak suatu hari nanti ada isu macam ni which is ada perebutan bab tanah bila tanah tu dibeli atas nama aku tapi dibuat untuk rumah family??

Apa solusi atau cara yang betul ye.. sejujurnya aku takut bila nak berhutang lagi tapi tersepit antara permintaan dengan kepentingan diri sendiri..

Aku memang ada niat nak jaga kedua ibu bapa dan bawa mereka suatu hari nanti.. tapi bukan sekarang.. Sejujurnya aku buntu..

– Cik D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Jangan bagi pinjam nama, tapi kalau nak bagi jugak pastikan ada perjanjian hitam putih rumah tu awak punya. Masa depan kita tak tahu. tapi kalau saya jadi awak saya takkan buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *