Assalamualaikum semua. Terima kasih banyak2 kepada admin sekiranya tulisan ini di pos. Cuma, saya nak minta maaf sekiranya penulisan saya ini agak terabur, sebab ini kali pertama saya buat luahan perasan dalam bentuk penulisan.
Saya perempuan, anak number 2, berumur 30 tahun dan masih bujang. Saya ada 4 adik beradik. Seorang abang (dah kerkawin dan mempunyai 4 anak), seorang adik perempuan (baru mula bekerja) dan seorang adik lelaki (masih belajar).
Dalam keluarga saya, saya yang tanggung adik2 belajar, yang dicari apabila mak saya perlukan pertolongan, yang banyak keluarkan duit untuk family (barang2 dapur dan sediakan kelengkapan raya from A to Z untuk satu family).
Sebenarnya, tak ada paksaan untuk saya tanggung adik2 dan mak saya. Tapi tiada siapa yang boleh diharapkan untuk sama2 galas tangunggjawab ini. Untuk pengetahuan, mak saya tidak bekerja dan hanya yang menjual kuih2 dari rumah.
Walaupun saya rasa yang banyak berkhidmat untuk mak saya, saya tetap lah yang dipandang hina oleh mak saya sendiri.
Penulisan luahan perasaan saya berkaitan dengan sikap ibu saya sendiri. Saya selalu terasa hati dengan mak saya sendiri sebab mak jenis yang bercakap suka nak menjatuh air muka dan tak menjaga perasan.
Tapi saya perasan benda ni cuma jadi dekat saya dan adik perempuan saya ja. Mak saya ni, kalau depan orang ramai ataupun depan adik beradik dia, makin menjadi2 ayat tajam dia.
Dalam 2 atau 3 bulan lepas, kereta saya kerap masuk bengkel sebab kereta saya terjatuh dalam lubang jalan. So banyak jugak nak kena repair. Saya repair kereta tu ikot kemampuan saya.
Saya buat mana yang penting dulu, asalkan boleh bawak jalan dulu. Saya cuma ada sebiji kereta tu ja untuk ulang alik kerja. Yang saya terasa sangat dengan mak saya, dia cakap mungkin kereta tu tak berkat, sebab tu selalu rosak.
Ya Allah… terasa betul saya masa tu. Sedangkan kereta tu la yang bawak mak saya pergi berjalan, pergi COD jualan mak saya. Bawak arwah abah ulang alik hospital, hantar adik2 study.
Tapi saya diam ja. Saya jenis yang tak balas mak saya cakap. Selalunya saya akan diam ataupun iyakan ja apa yang dia kata.
Baru2 ni pulak, pasal bil elektrik rumah. Sejak abah saya meninggal, saya tinggal dekat rumah mak saya sebab risaukan mak saya.
Baru2 ni abang saya ada tengok bil elektrik rumah dan tnya kenapa ada tunggakan lebih kurang 200+. Lepastu saya jawab ada bulan yang saya hanya bayar separuh sebab tak mampu.
Lepas tu, mak saya cakap, dia pon ada bagi duit untuk saya bayar bil elektrik dan dia pon pelik kenapa ada tunggakan.
Ya, memang mak saya ada bagi duit, tapi kadang2 ja dan tak cukup untuk bayar bil untuk bulan tu pon. Bukan setiap bulan dia bagi. Tapi sebabkan saya pon duduk serumah, of course saya tau tanggungjawab saya jugak untuk bayar bil elektrik tu.
Yang buatkan saya terasa adalah cara mak saya bgitau abang saya seumpama saya ni guna duit yang dia bagi tu untuk benda lain dan tak bayar bil elekrik. Sedangkan dia pon tahu bil setiap bulan berapa dan berapa saya bayar.
Pernah jugak ada kawan mak saya tanya pasal saya sebab nak jodohkan saya dengan anak dia. Tapi mak saya tolak. Mak saya cakap saya tak bersedia lagi.
Sedangkan sebab sebenar adalah dia malu dengan kawan dia sebab saya tak pandai masak dan dia jugak cakap family kawan dia tu terlalu baik untuk saya.
Saya terasa sebab cara mak saya cakap macam saya ni sangatlah teruk. Saya memang tak memasak dekat rumah mak saya sebab mak saya sangat cerewet dan kalau saya tersalah buat, dia akan bercerita salah saya tu dekat adik beradik dia bila berkumpul ramai2.
Apa yang saya cerita ni hanyalah sebahagian cerita yang saya hadap. Banyak lagi sebenarnya apa yang saya terasa dengan mak saya. Kadang2, saya rasa tak ikhlas nak berbudi dekat mak saya. Saya takut jadi anak derhaka.
Memang saya tak pernah berbalas kata dengan dia..tapi dalam hati saya, selalu ada rasa tak puas hati dan marah dekat mak saya bila jadi macam ni..
Maaf kerana coretan saya terlalu panjang dan terima kasih kerana sudi membaca. Please doakan semoga saya sentiasa ikhlas untuk berbudi dengan mak saya dan saya dipertemukan jodoh yang dapat menerima saya dan keluarga seadanya.
Assalamualaikum..
– Zuna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mmg wujud mak toksik macamni. Aku pun selalu kena. Aku yang byk dia harapkan tapi aku lah yg dikata plg jahat.. Plg derhaka. Sabar lah duhai hati.
saya pn ank no 2.. sebijik jdi dekat sya jugak.. yg disanjung ank yg tkpenah ada.. tpi skrg sya kawen.. sya balik rumah sebulan skali ja.. itu pn selalu diburukkan lgi.. kadang sedih sbb tkdpt lidungan dan kasih sayang dri mak sendiri.. sya harap sya tkbuat benda sama dkat ank sya