Assalamualaikum semua, saya anak tunggal dan merupakan satu-satunya anak yang bakal berkahwin.
Ibu saya bekerjaya jadi dia ada ramai kenalan. Bukan saja kenalan di tempat kerja malah kalau boleh satu kampung arwah atok saya semua dia akan jemput semasa wedding saya nanti.
Dia sangat mementingkan courtesy sesama ahli keluarga dan jiran tetangga.
Setelah dibuat kira-kira dan berbincang bersama wedding planner, jumlah guest yang selamat untuk dijemput ialah sekitar 2 ribu orang dengan 1 ribu jemputan.
Total anggaran untuk pakej 2 ribu jemputan all in ialah 32 ribu ringgit. Agak berat bagi saya dan pasangan untuk jumlah tersebut sebenarnya.
Saya sendiri pernah berbincang bersama ibu saya untuk jumlah guest tersebut, baik secara baik mahupun secara keras.
Perbincangan terakhir kami berakhir dengan ayat, “Sepanjang ibu besarkan awak ibu tak pernah pun minta awak apa-apa untuk balas balik semua pengorbanan ibu untuk jadikan awak manusia berjaya sehingga ke hari ini,
Ibu cuma minta satu ni je iaitu tolong tunaikan permintaan ibu untuk jemput ramai orang masa awak kahwin nanti.
Kalau tak boleh tunaikan dan masih nak buat kecil-kecilan buatlah tapi ibu tak nak ambik tahu dan takkan restu perkahwinan tersebut. Anggap jela ibu dah tak wujud dalam diri awak”.
Saya terdiam dan sehingga ke hari ini saya tak pernah berbincang lanjut mengenai jumlah guest tersebut bersama ibu saya.
Walaupun bakal suami saya kata tak ada masalah dengan jumlah 32 ribu tersebut (kita boleh dan sempat untuk kumpul sama-sama sebelum majlis nanti), tapi saya masih berat hati dan buntu tak tahu nak luahkan pada siapa mengenai perkara ini.
Ramai orang yang nasihatkan supaya jangan berhabis terlalu banyak duit untuk satu majlis perkahwinan.
Saya sendiri tak mahu berhabis berpuluh ribu tapi saya tiada pilihan. Tapi orang tak tahu dilema yang saya alami hari ini.
Takkan saya nak cerita kat orang pula tentang permintaan ibu saya tersebut. Nanti tak pasal-pasal nama ibu saya yang buruk.
Ibu saya selalu pujuk saya dengan ayat, “Takpe awak settle kan yang wedding planner tu je (32 ribu), kos tambahan contoh goodies dan dewan ibu settle kan”.
Kalau bakal suami red flag kita lari. Kalau ibu kita sendiri yang begini macam mana ya?
Saya sedang mencari hikmah untuk berdamai dengan takdir. Adakah saya perlu jumpa psychologist untuk luahkan perasaan?
Saya kadang-kadang confius, adakah relevan permintaan ibu saya tersebut dan saya yang terlalu berkira dengan ibu sendiri atau memang perasaan saya adalah valid?
– Atul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Parents mana boleh ambil kesempatan ugut anak sendiri mcm tu. 32 ribu tu melampau sgt. Sis teruskan buat majlis kahwin ikut bajet duit sis & your partner. Kenapa kita yang kahwin tapi yg diraikan kawan2 parents kita ya? Lepastu abis majlis jenuh nak bayar balance hutang berbulan2. Saya rasa konsep majlis kahwin ni salah. Better jemput kita punya circle sajalah dah cukup. Kalau ibu sis berkeras suruh ikut kemahuan dia suruh plan next time buat majlis reunion event sendiri. Dah berapa ramai anak jadi mangsa tipu-helah dengan ibu bapa mereka suka plan merepek bukan-bukan. Kahwin ni simple je kita nak dapat berkat & redha Allah. Semoga kenduri kahwin sis dapat berjalan lancar & tenang🥰