Dilema Seorang Cik Nikki

Assalamualaikum. Aku Cik Nikki. Aku bercinta dengan bukan melayu yang asalnya bukan islam tapi sekarang dah islam. Tiba-tiba je masa hari dia masuk islam tu dia bagitahu dia dah masuk islam. Terkejut sangat masa tu. Perasaan bercampur baur. Bersyukur. Terharu. Gembira.

Masa tu belum officially bercinta pon. So, memang aku tak tahu dia masuk islam sebab nak kahwin. Sebulan lepas tu, baru betul2 start bercinta dan aku rasa bertanggungjawab lah nak bawak dia pergi kelas, belajar agama semua sebab tak ada seorang pon tahu dia ni islam kecuali aku. Lagipun, bakal suami kan.

Aku betul2 bersemangat sebab dia ni kan ibarat baby yang baru lahir. Tak ada dosa gitu. Weekend je, kitorang pergi kelas belajar agama. Kadang-kadang ada buat perbincangan one to one sebab nak dia senang faham agama. Tapi aku betul2 kecewa sebab setiap kali habis kelas atau habis perbincangan, mesti yang negatif je selalu keluar dari mulut dia. Kelas bosanlah. Ustaz tak cukup ilmu lah. Itulah. Inilah. Dia cakap soalan yang dia tanya tak dapat jawapan yang dia nak. Memanglah. Dah dia tu tak percaya Tuhan. Tak ada satu jawapan pon yang betul selain jawapan dia sendiri. Sampai satu tahap dia cakap tak nak pergi kelas dah sebab bosan. Dia nak belajar sendiri.

Bila dia belajar sendiri, lain pulak yang jadinya. Suka2 hati dia tafsir Quran ikut kefahaman dia. Lepas tu cakap Quran ni banyak salah. Dia dapat detect salah Quran. Kiranya dia ni pandai lah dapat detect kesalahan Quran sebab orang islam kan asyik cakap Quran ni perfect. Bila aku cakap nak belajar Quran ni kena berguru sebab lagi mudah faham dan kita pon tak tersalah tafsir. Lepas tu dia boleh marah aku. Dia cakap memang dia tak boleh fikir sendiri. Dia bodoh. Memang kena dengar cakap cikgu. Cikgu betul 100%. Dia salah.

Menyirap betul lah dengar bila dia cakap macam tu. Nak je aku reply maki2 kat dia tapi aku tak pernah buat pon. Aku reply ibarat aku lah orang paling sabar dalam dunia ni padahal dah berbakul makian aku maki dia dalam hati. Aku pon tak tahu lah apa dalam kepala otak dia sebab setiap kali aku cuba bagi jawapan bila dia tanya soalan berkaitan agama, ada je dia nak bangkang. Dia memang tak nak dengar jawapan selain daripada jawapan yang dia nak dengar. Selalu sangatlah kitorang bergaduh bila topik perbualan tu pasal agama (T.T).

Dulu selalu jadi topik pergaduhan pasal kahwin. Dia asyik merajuk je sebab aku tak bagitahu family aku pon yang aku nak kahwin dengan dia. Last2 masa dia merajuk pada tahap kritikal, aku suruh dia bagitahu family aku sendiri. Surprisingly, family aku terima dia. Family aku terima tanpa tanya aku kenapa aku pilih dia. Terus je ayah aku suruh aku setelkan hal kahwin. Lagi cepat lagi bagus katanya. Aku tangguh2 tak nak bagitahu parents aku pasal aku nak kahwin dengan dia sebab 1) aku tak yakin family aku akan accept dia. 2) aku tak yakin dengan dia terutama bab agama. Dia ni betul2 lain dengan aku. Macam tak sekufu gitu. Barang nak mahal2. Makan mahal2 pon tak kisah padahal aku setiap hari buat kira2 perbelanjaan.

Lagi satu masalah dia ni pasal pemakanan dia. Dia memang tak kan jaga halal haram makanan yang dia makan kalau tak makan dengan aku. Dia still makan daging haiwan yang haram dan minum minuman yang haram. Dia still masuk je mana2 kedai yang tak halal. Kalau keluar makan dengan aku, lainlah. Semua halal je. Tu pon dia bising. Dia cakap kalau kedai tak halal tapi makanan sedap, tak boleh nak makan dengan aku. Yelah. Aku ni Islam. Tak kesahlah sesedap mana pon makanan tak halal tu, aku tak kan makan.

Tahun lepas ada sekali tu dia tak mesej sampailah ke petang. Rupa2nya dia hangover katanya. Dia mintak maaf. Dia cakap nak stop minum tapi aku tahu dia tak pernah stop pon. Sabtu lepas dia nak lepak2 dengan kawan2 dia. Aku ingatkan dia supaya jangan minum. Lepas tu terus kena ceramah. Aku ingatkan dia je. Tapi dia punya emo tu macam aku kata jangan minum apa2 air selama setahun. Siap cakap aku tak respect dia bila dia ada masa nak lepak dengan kawan2. Amboi2. Kemain lagi kau kan, Ni memang sampai bakul tak muat aku maki dia. Bukan depan muka dialah aku maki. Of course dalam hati je.

Disebabkan marah, dia tak jadi lepak dengan kawan dia. Ada ke dia cakap dah masuk islam tak boleh kawan dengan orang bukan islam lah kan. Kena putuskan hubungan. Ayat dia macam kalau kita tak ikut non muslim punya budaya, maksudnya kita tak hormat dorang. Pastu dia cakap kalau dia tengah spend time dengan kawan2 non muslim dia, dia kata jangan paksa dia ikut cara islam. Aku rasalah kan kalau kawan2 dia tahu yang dia ni islam, tak ada nya kawan dia nak paksa dia minum. Aku tak pernah halang dia nak melepak dengan kawan2 dia, Nak lepak, lepaklah. Tapi kena tahulah batas2 as a muslim. Tak faham aku dia punya pemikiran macam mana.

Solat tu pon dia akan buat kalau aku suruh. Tapi dia cakap kalau kat rumah dia solat. Tak tahu nak percaya ke tak. Haritu ada sekali aku nampak dia ambil wuduk tapi tak kena siku. Aku tegur dia. Aku cakap dia ambil wuduk salah. Dia cakap dia tahu tapi lengan baju dia tak boleh naik sampai atas. Dia pakai lengan panjang masa ni. So, dia ambil je lah wuduk ala kadar macam tu. Nak nangis dengar jawapan dia.

Dan sepanjang dalam kereta masa tu kena lah ceramah free dengan dia yang dia tak ikhlas nak solat lah. Dia rasa islam ni agama kuno lah. Nanti satu hari, solat ni akan lenyaplah. Aku tadah telinga je lah. Bila aku menjawab sikit, nanti dia bidas. Aku pon tak pandai sangat hal2 agama ni. Sebab tu aku suruh dia belajar dengan cikgu. Tapi dia tak nak pulak. Tak tahulah kenapa hati dia ni keras sangat.

Aku doa hari2 lepas solat supaya dibukakan hati dia terima islam dengan seikhlas hati. Diberikan hidayah. Aku selalu je rasa nak putuskan hubungan tapi sebab rasa bertanggungjawab terpaksa bersabar dengan perangai emo dia mengalahkan aku masa period. Aku type sikit. Nanti dia reply berjela2. Dulu masa awal2 kalau dia bagi aku ceramah free, aku tidur je. Malas nak gaduh. Nanti dia tengok aku tak reply, dia mintak maaflah.

Sekarang lain pulak. Bila gaduh sikit je suruh fikir balik betul ke nak kahwin dengan dia. Ikutkan hati memang tak nak tapi itu lah. Sedihnya. Ni terpaksa berbaik2 dengan dia sebab dia tiba2 cakap tak nak join kem solat. Aku yg memaki dalam hati terpaksa type baik2 kat dia. Memang hipokrit sungguh. Nanti dah habis kem solat, nak sambung gaduh baliklah. Ni aku tahan je.

Aku tak tahu lah dia ni akan berubah ke tak lepas kahwin sebab plan nak kahwin tahun depan. Aku pernah baca/dengar yang Allah mengikut sangkaan hamba2Nya. Tapi sampai bila aku nak bersangka baik? Orang lain nak kahwin maybe ada masalah duit tapi aku pasal agama. Agama tu paling penting bagi aku. Dia memang baik. Baik sangat tapi bila bab agama, boleh gaduh berhari2. Kadang sampai seminggu. Dia rasa macam kena paksa solat, puasa. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Dia cakap lagi senang kalau semua orang tak ada agama. Tak adalah gaduh, perang sana sini. Huhu.

Dia ada cakap dia memang akan ikut aku, cara islam lepas kahwin. Tapi boleh ke lepas kahwin sekaligus tinggalkan semua yang haram tu dan tiba2 jadi muslim sejati? Terima kasih kerana sudi membaca.

– Cik Nikki

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *