Aku tak tahu lar kisah “fresh graduate’ yang lain macam mana, ni berdasarkan kisah dan luahan hati aku sendiri. Nak kecam silakan, nak bagi kata- kata positif sangat dialu- alukan.
Aku ni nak dapat kerja lepas graduate bukan senang, lagi-lagi kalau selalu dengar ayat yang “fresh graduate sekarang memilih kerja”. Ni korang boleh nilai sendiri berdasarkan apa yang aku lalui.
Kerja lari dari bidang, soalan pertama dalam fikiran aku “Boleh ke aku kerja yang tak pernah related dengan apa yang aku belajar ?”.
Kedua, “Maksudnya apa yang aku buat sepanjang FYP (Projek Akhir Tahun) aku terkubur macam tu saje. Ketiga, “Apa nasib aku lepas kerja macam ni ?”
Aku kerja nak masuk setahun dah dengan basic standard yang paling minimum. Cuba teka skop kerja aku;
Kadang-kadang aku mengajar, mencuci, membasuh, mengelap, memanjat, menjahit, menghias, memujuk, menjawab pertanyaan, menyapu, mengemop, dan kadang-kadang ‘kerja ikhlas’ hujung minggu.
Agak- agak korang apa kerja aku tu ?
Yesss, kerja aku sebenarnya sebagai seorang guru tadika di sebuah syarikat swasta antarabangsa dan gajinya sangat-sangat antarabangsa dengan minimum gaji basic biasa standard tahun 2020.
Aku tau komplain tak menyelesaikan apa-apa, dah hati ke hati dengan bos pun hanya menjanjikan bulan dan bintang untuk meyakinkan pekerja stay dengan syarikat.
Buat masa sekarang, dengan pengalaman aku yang tak sampai setahun tu, apalah sangat kan. Lagi-lagi dengar ayat “fresh graduate sekarang memilih kerja”. Off topic, katanya ganjaran kesetiaan akan diberi selepas tiga tahun bekerja.
“It’s ok lar” dalam hati aku. Memang best kerja dengan persekitaran yang baik walaupun gaji macam tu.
Aku tau takde tempat kerja yang perfect macam gaji tinggi, persekitaran yang baik tapi as owner syarikat kita boleh mewujudkan suasana yang baik dengan gaji yang tinggi, pilihan nak atau tidak sahaja, pilih kepentingan sendiri atau kebajikan staf.
Yang penting, take note tolong jangan gunakan agama untuk bisnes, tapi gunalah bisnes untuk agama. Ni coretan untuk aku dan bakal owner syarikat akan datang. Aku tau kita semua tak perfect tapi kita cuba untuk wujudkan ‘win win situation’ barulah lagi barakah.
Moga yang baca pengalaman dan luahan hati aku ni dimurahkan rezeki semua. Aku minta maaf kalau menyentuh hati sesetengah pihak, penat dah cakap tapi hanya tabur janji manis, mungkin semut je kut yang tertarik tapi aku tak.
Boleh je kalau aku berhenti sekarang tapi aku nak ambil pengalaman dulu. Sekian, pendek je nak luah.
Fyi, aku graduan biasa-biasa sahaja daripada sarjana muda sains tutttt dan sekarang aku amik diploma pendidikan awal kanak-kanak kononnya untuk naikkan gaji, tiba-tiba nak habis diploma ni macam tiada kenaikan gaji pulak.
Entah lar nak, yang penting aku dah suka budak-budak dan mungkin mengikut perancangan, aku akan belajar jauh lagi pasal kanak-kanak.
Takde sapa sapa ke nak bela nasib fresh graduate, takpe lar kita bela nasib diri sendiri je.
– Tolong Share (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit