Dilema Seorang Guru

Saya seorang guru. Sekarang sedang berlangsung ujian Al-Quran. Sebelum ujian, dapat arahan dari atasan (pejabat agama Islam daerah) supaya jangan beri murid markah selain A.

Saya tak pandai menipu. Saya ada prinsip. Saya jadi sakit dada bila saya terlibat dalam penipuan data. Bila saya persoalkan kenapa tak boleh telus dan jujur? Mereka jawab daerah kita dah banyak tahun duduk paling bawah.

Teruk sangat ke guru-guru mendidik sebab selama 5 tahun murid tu belajar, tak dapat pun baca surah-surah juzuk Amma dengan baik?

Saya diajar untuk beri soalan ikut kesesuain murid. Sedangkan soalan peperiksaan sebenar lain.

Alasannya, pihak audit tak tanya pun awak buat macam mana. Yang penting dekat dokumen awak tulis keputusan elok. Saya rasa macam saya ni jahat buat macam tu. Saya macam rosakkan diri saya dan anak murid sendiri.

Saya jumpa pentadbir sekolah. Saya bawa rekod kehadiran murid, saya bawa rekod keluar masuk guru. Saya katakan pada pihak pentadbir, murid ni tak hadir banyak hari. Jadi wajar jika dia tak pandai dan ketinggalan.

Dekat rekod keluar masuk guru saya tulis, guru-guru tidak mahu rolling, jadi macam mana murid dapat menguasai subjek tertentu? Memang berlaku kebobrokan nilai dalam sistem.

Jika dari atas sampai bawah menjalankan amalan yang sama, dekat mana lagi saya nak luah. Saya yakin Tindakan ini semua salah.

Saya tahu Dunia ini tak indah. Saya tahu dalam pendidikan ramai sahaja orang tak jujur. Tapi saya sangat harap apa yang saya dengar itu semua palsu. Ini demi anak bangsa kita. Mak ayah akan jadi delulu. Mereka lepas tangan guru didik anak mereka.

Guru pula beri markah bagus yang palsu. Mereka rasa berpuas hati dengan anak mereka. Padahal anak mereka tak tahu mengaji pun. Tak pandai membaca surah-surah pendek pun. Layak ke dapat?

Kalau ANDA semua tanya, apa tugas guru? Kenapa tak ajar betul-betul? Macam mana nak ajar betul kalau ibu bapa biar anak tak ke sekolah alasan urusan keluarga memanjang padahal pergi bercuti?

Belum lagi hadir lewat sejam/sejam setengah. Kalau pun hadir, hanya untuk bersosial Dan bermain. Belum mula belajar dah inform pada guru “saya tak minat belajar. Saya boleh dapat segala benda dengan mudah.”

Saya jadi kesian dekat sebahagianbmurid sekarang. Dekat rumah, mereka tak dihirau. Dekat sekolah pun tak dihirau. Lagi-lagi murid yang tak perform.

Guru salahkan ibu bapa tak didik anak dengan baik. Datang sekolah bawa masalah. Ibu bapa cakap anak banyak habis masa dekat sekolah, takkan benda baik pun tak lekat langsung. Sistem pula suruh bagi yang bagus-bagus pada markah Dan penilaian murid.

Nak jadi apa anak-anak ni?

Saya sakit, sedih, terkilan. Dari nak mengadu jadi melalut ke sana sini. Tanya guru senior, kita kerja saja, cukup bulan ambil gaji. Ya Allah… Sedihnya.

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *