Assalamualaikum warga IIUM Confession sekalian. Di sini saya mahu meminta pendapat dan cadangan tentang dilema yang saya alami sekarang.
Sebelum tu saya perkenalkan diri dan latar belakang saya terlebih dahulu untuk memudahkan warga IIUM Confession memberi pandangan.
Saya seorang graduan universiti kelas pertama (rugi kalau tak bekerja sedangkan CGPA tinggi), sudah berkahwin 9 bulan, sedang mengandung dan bakal melahirkan tidak lama lagi.
Betullah orang cakap, kita kahwin bukan sahaja dengan pasangan, tapi dengan keluarganya sekali.
Untuk pengetahuan semua, suami saya bekerja sendiri dan saya buat masa ni tidak bekerja.
Serba sedikit tentang perangai keluarga suami, FIL saya ni kerja kerajaan yang tak lama lagi pencen tapi mempunyai selera yang besar.
Biarpun banyak hutang, dia retap mahu beli kereta besar yang nanti akhirnya suami saya juga yang tanggung pembayaran. Pendek kata, biar papa kedana asal bergaya. Nak bergaya tapi tiada duit.
Untuk MIL pula, MIL saya ni berniaga kedai runcit. Namun, cara dia berniaga ni, hanya mahu hasil dan untung saja.
Duit modal untuk rolling stok guna duit suami saya, tapi bila ada hasil jualan dia ambil untuk beli barang jualan MLM. Bil-bil dan utiliti kedai semua dia harapkan suami saya yang tolong bayarkan.
Adik-adik suami pula ada yang dah bekerja dan ada yang masih belajar. Namun begitu, perbelanjaan untuk adik adik suami yang tengah belajar sedikit sebanyak suami saya juga yang tanggung. Beli kelengkapan, alat tulis, etc.
Suami saya ni anak sulung. Semestinya orang beranggapan anak sulung besar tanggungjawabnya terhadap keluarganya.
Saya tidak melarang suami saya membagi nafkah kepada keluarganya tetapi bagi saya, biarlah berpada-pada kerana suami juga ada tanggungan isteri dan anak.
Saya dapat merasakan bebanan berat yang suami pikul disebabkan oleh keluarganya sendiri. Mahu beli insurans, takaful dan savings pun susah disebabkan pendapatan suami banyak ‘disalurkan’ ke sebelah keluarganya sahaja.
Jadi, yang membuatkan saya dilema adalah, saya mahu bekerja dan ada pendapatan sendiri sebab saya tidak mahu bergantung 100% dengan suami.
Dan saya juga mahu membantu dari segi kewangan kami sekeluarga. Sebab kalau harapkan suami sahaja, silap hari bulan kami boleh ‘tersungkur’ dek kerana nafsu dan selera besar keluarganya.
Tapi, dalam masa yang sama, saya bakal melahirkan tak lama lagi.
Jadi, saya risau nak hantar anak saya dengan pengasuh lagi lagi banyak berita pasal kecuaian pengasuh sekarang.
Jadi patutkah saya bekerja atau duduk di rumah sahaja jaga anak?
Yang benar,
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit