Dilema Seorang 1steri

Salam semua. Tak tahu macamana nak mulakan. Terlalu aib untuk disuarakan. Mesti kena kecam teruk. Tapi perlukan cadangan yang berhemah bagaimana nak selesaikan masalah yang ku tanggung ini.

Aku seorang isteri yang sudah berusia 50an. Suami jugak sebaya. Anak-anak sudah dewasa; ada yang sudah berkerja, ada yang sudah berkahwin dan ada yang masih belajar di IPTS.

Dengan maksud lain, anak-anak sudah ada kehidupan sendiri. Tinggallah kami berdua = I lap you, you lap me.. huhuhu.

Pada pandangan kasar orang luar, kami pasangan bahagia. Kehidupan boleh tahan mewah walaupun kini kami berdua sudah bersara.

Masalah yang aku tanggung sudah terlalu lama aku hadap dan “merana” seorang diri kerana aku tidak tahu bagaimana mahu selesaikan jika suami sendiri buat tidak kisah.

Dari aku masih subur dan punyai d4rah haid, sehingga kini aku sudah 2 tahun full menopause, kesengsaraanku ini sendirian ku tanggung tanpa rasa bersalah dari pihak suami.

Kami sudah tidak punyai hubungan kel4min selama lebih dari 7 tahun. Suami yang punyai penyakit 2 serangkai memang tidak boleh melunaskan nafkah batin untuk aku, isterinya.

Al4t sulitnya sudah terlalu lemah dan tidak berfungsi lagi. Sudah ku berlapik bicara memintanya untuk dapatkan rawatan doktor pakar Tuan, namun suami hanya buat bodoh dan tak ambil peduli.

Boleh pulak dia mengusikku depan-depan para sahabat karibnya kononnya aku ni banyak kelemahan yang membolehkan dia untuk cari isteri lain.

Para sahabat pun bergelak ketawa dengan jenaka sang suami yang menyebabkan hatiku sakit bagai dihiris sembilu.

Mahu saja aku menjerit menceritakan duduk perkara sebenar, tapi untuk apa? Ibarat meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri kan???

Mungkin ada pembaca yang akan kecam diriku tapi hakikatnya setiap kita Allah jadikan punya hati, perasaan dan hawa nafsu.

Aku punyai seorang ibu saudara yang memang rapat denganku lebih dr ibu sendiri. Dia 10 tahun lebih tua dariku. Suaminya 20 tahun lebih tua dariku.

Ibu saudaraku ini pernah akui dia dan suami masih berhubungan kel4min. Suaminya masih gagah perkasa! Makanya apa yang terjadi pada diriku ini bukanlah perkara yang normal.

Seharusnya masih boleh diperbaiki dan akhirnya hubungan kami suami isteri pasti dapat dipulihkan dan menjadi sihat semula.

Kalau kaum lelaki tak puas dengan isterinya, mereka boleh kahwin lain sampai 4 isteri.

Namun seorang isteri tiada hak sedemikian dan hiduplah dia dalam kegers4ngan dek keengganan seorang suami untuk mengakui kelemahan diri dan seterusnya mencari rawatan yang sewajarnya.

Nak mengadu ke pejabat agama? Tak payahlah…. belum apa-apa nanti, kecaman dan cemuhan dulu yang dilempar ke muka kita.

Sedangkan dalam lafaz taklik selepas nikah dulu pun terang-terang ada disebutkan keperluan memberi nafkah zahir dan batin kepada sang isteri yang telah dinikahi.

Apa yang perlu aku buat lagi? jangan suruh bersabar ya…. Dah puas aku mengaji, berzanji dan berzikir untuk menahan n4fsu dan cuba untuk redha.

Namun masih gagal kerana aku hanya seorang insan normal yang Allah jadikan yang memerlukan kaum berlainan jenis untuk kepuasan diri sendiri.

Nak mintak seseorang untuk nasihatkan suami, aku terpaksa buka cerita dalam kelambu dahulu kepadanya. Sudah tentu aku tidak mahu mengaibkan suami. Aku benar-benar buntu. Umpama ditelan mati mak, diluah mati bapak.

Sampai satu tahap aku sudah nekad untuk berpisah. Alang-alang dah dibiar gers4ng, biarlah aku hidup sendirian; tak perlu nak hadap keperluan seorang suami lagi.

Tapi aku jugak berfikir tentunya masyarakat akan jatuhkan hukuman padaku kerana “kekejaman” ku yang nak bercerai atas satu sebab itu.

Namun percayalah, satu sebab inilah yang asalnya kudis kecil, kini menjadi nanah besar, bakal bertukar menjadi bisul berdenyut-denyut… dan apakah harus kutunggu sehingga jadi kanser berd4rah baru nak ambil tindakan?

Sementelah akhir-akhir ini, suami sudah pandai naik angin, dia yang salah faham apa yang aku cakap, kita pulak dia jerit dan jerkah macam aku ni hamba abdi dia.

Bila dah marah-marah kita tanpa usul periksa, boleh pulak pusing 360° bercakap macam biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Sedangkan aku yang dimarahinya ini ambik masa 2 hari untuk tenangkan diri dan kawal airmata jangan keluar lagi setiap kali kena herdik.

Dulu dialah seorang suami dan ayah paling penyabar. Aku yang dulunya mudah naik angin dengan anak-anak yang teramat nakal waktu mereka kecil. Sekarang dunia sudah terbalik.

Dia pulak yang terlalu cepat sentap. Suamiku jugak berlagak umpama raja; dia sahaja yang betul, kalau silap pun dia tak akan akui kesilapannya, malahan diputar balik kata-kataku macam aku pulak yang salah.

Inilah yang orang selalu cakap tentang “midlife crisis” agaknya. Amat perit masalah yang kualami kerana aku tidak boleh bercerita kepada sesiapa, melainkan mengadu kepada Allah swt.

Oleh itu, nasihat dan petua dari para pembaca semua amatlah dialu-alukan.

Terima kasih.

Nasib seorang isteri,

– Dahlia Purple (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *