Dilema Seorang 1steri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dilema-seorang-ist3ri-2/).

Salam semua. Terima kasih admin siar kan confession pertama saya. Terima kasih juga komen2 yang diberikan. Nak tergelak baca beberapa komen dari pembaca yang saya kira jauh lebih muda dari saya yang separuh abad ini.

Ini sambungan saya yang terakhir demi menjelaskan beberapa perkara. Saya tidak boleh cerita terlalu details, nanti ramai yang tahu identiti saya kerana kawan2 saya pun ramai pengikut setia ruangan IIUM Confession ini.

Ada yang komen saya ni seorang yang berilmiah, kembang hidung sekejap..hahaha. Saya biasa sahaja. Belajar sampai degree pertama.

Ramai lagi yang ada ilmu sampai pHd. Namun saya dididik untuk gunakan akal @ common sense. Banyak ilmu kehidupan yang kita tidak belajar di sekolah pun. Kita belajar dalam kehidupan seharian. Kematangan juga datang seiring dengan peningkatan usia kita.

Bagi yang komen fikirkan kematian, buat apa fikir pasal s*ks, pergi mengaji, kuliah agama, berjalan dengan rakan-rakan, saya baca sambil tertawa…. Kenapa? sebab saya memang buat semua itu sampai sekarang.

Apa sahaja yang boleh menjauhkan fikiran saya dari masalah dalaman dengan suami, memang saya akan usaha dan berikan perhatian. Saya memang ada sekelompok kawan yang saya gelar sebagai travel buddies saya.

Macam2 kami rancang sehinggalah terbantut semuanya gara2 covid. Saya juga aktif dalam program kebajikan. Saya nak sedekah banyak2 pun saya masih banyak komitmen, saya sedekah lah tenaga dan ilmu yang saya ada untuk kebaikan masyarakat setempat.

Saya sebenarnya seorang isteri yang sangat berdikari. Sementelah dari muda tugas suami memerlukan dia sentiasa keluar daerah, saya terbiasa lakukan semua kerja-kerja di rumah yang sepatutnya suami yang buat.

Tukar mentol, potong rumput, wa’ima nak panggil plumber atau kontraktor repair rumah pun semua saya yang uruskan.

Dahlah masa muda pun memang gaji saya 3 kali ganda dari suami, logiknya memang sayalah yang keluar duit untuk perbelanjaan tidak dijangka dan kecemasan.

Suami lunaskan kos bulanan makan minum, api air dan bil telefon. Loan rumah & kereta pun saya yang bayar. Saya sarat mengandung sampai perut dah cecah ke stereng kereta, saya tetap memandu sendiri ke tempat kerja.

Dah turun darah di rumah nak bersalin anak ketiga pun, suami masih di luar melayan client overseas dia. Saya dah ready nak telefon ambulan, tapi suami sempat balik dan bawa saya ke hospital.

Saya sanggup terima semuanya sebab itu pilihan saya. Waktu itu saya tak kisah sebab suami juga sediakan pembantu rumah kerana saya juga bekerja. Okaylah kan…. dia yang bayar gaji maid walaupun banyak tahun saya jugak yang tolong tampung.

Never mind sebab saya fikir saya masih dapat “servis” dari suami. Aset dalam seluar dia tu masih saya dambakan (maaflah kalau bunyinya dah X-rated, tapi ini hakikat yang kita semua perlu terima)

Ada justifikasi di situ. Saya kira takpelah saya berkorban wang ringgit, asalkan suami melayan keperluan batin saya, yang lain2 boleh pejam sebelah mata.

Suami juga bukan duduk goyang kaki… dia pun berusaha keras sehingga satu tahap dia sendiri bergaji besar dan mampu ambil alih perbelanjaan keluarga kami. Alhamdulillah. Saya boleh tarik nafas sedikit.

Tetapi bila dah terlalu lama nafkah batin saya diabaikan, saya bertanya kepada diri sendiri, dah kalau hampir 80% urusan kehidupan, saya boleh urus sendiri, dan suami pulak tugas utama dia yang satu itu pun dia tak mampu nak buat, apa perlunya saya ada suami?

Adanya suami di sisi saya, mengelakkan saya dari digelar “janda”. Dah kalau batin saya tersiksa, apa beza nya saya sebagai isteri dengan kaum wanita di luar sana yang sememangnya seorang janda?

Saya akan bertahan selagi saya mampu bersabar. Gunung berapi di Indon dah lama menyepi. Mungkin lepas ni gunung di Malaysia pulak yang akan meletop! Hahaha.

Dah tahap umur begini, saya kira saya mampu lupakan keperluan batin saya. Namun bioligi badan kita bukan kita boleh kawal, bukan boleh bukak tutup suis dengan remote control macam tv kat rumah tu.

Dah suami pun tidur di sebelah kita, bunyi nafas dan dengkurannya pun boleh naikkan syahwat kita. Tapi isteri nya ini dibiarkan sahaja ibarat tunggul kayu.

Okaylah kalau pisang dah lembik benyek hanya boleh buat cekodok, kenapa tak ambil inisiatif lain untuk belai isteri, urut2 manja ke, tepuk2 belakang macam dodoikan anak tidur ke..

Kalau saya boleh tidur dulu dari dia, saya memang tidak kisah dan komplen. Sekarang ini, dia yang dulu lelap sebaik labuhkan badan.

Saya sudahnya yang terkebil-kebil ibarat cicak berak kapur, merenung siling sampai rasanya boleh nampak jin ke, malaikat ke, dah tak mampu nak kata apa lagi dah!

Such hopeless case. Kenapalah dulu aku tak sambar si Anuar Zain tu kan…. Cis… dia pun sudahnya bujang terlajak je. Rugi… rugi, hahaha.

Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang beri nasihat dan kata2 semangat. Saya sangat2 menghargainya. Buat adik2 yang masih muda, ingatkan suami anda tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Suami saya dah tau dia ada hypertension dari usia muda dan diabetes sejak 10 tahun yang lalu tetap tidak kisah tentang pemakanannya.

Makan ikut selera dia sahaja. Merokok lagi. Dia tahu saya tidak suka, dia sorok-sorok hisap rokok kononnya.

Dia lupa saya tak nampak tapi Allah nampak. Nampak tak? Saya je yang sayangkan dia, tapi dia tak sayang pun nyawa sendiri. Dia lemah tenaga batin, siapa yang rugi? Pembaca tahu jawapannya….

Isteri merana,

– Dahlia Purple (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *