Dilema Seorang Isteri

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau siarkan confession ini. Nama aku Safiya (semestinya bukan nama sebenar). Aku sebenarnya tak tahu nak bermula dari mana, tapi aku confess kat sini sebab aku sebenarnya mencari bantuan profesional untuk tolong aku.

Cerita bermula begini. Aku dah berkahwin almost 10 tahun dan usia aku awal 40. Aku tak ada anak kandung tapi aku ada seorang anak angkat yang sudah jadi anak susuan aku.  Aku adalah seorang suri rumah yang mempunyai kelulusan ijazah. Tak, bukan nak bangga dengan ijazah tu, aku saje je sebut untuk pengenalan diri aku. Cukup la sampai situ berkenaan aku.

Apa yang aku nak sampaikan, ialah cerita mengenai suami aku. Aku tak tahu nak cakap dia drug addict ke apa, tapi dengan ayat mudah, dia memang amik dadah. Tu je aku tahu. Rokok tu tak payah cite la. Die memang tegar rokok dan aku boleh cakap dia adalah selfish smoker.

Untuk pengetahuan semua, aku sebenarnya naif sangat bab dadah ni. Permulaannya, aku macam antara percaya dan tak percaya. Tapi bila bergaduh dan dia mengaku sendiri walaupn bukan depan aku dia amik dadah tu. Dan aku jumpa benda yang dia guna untuk amik benda alah tu. Benda alah tu pn aku penah jumpa dalam beg dia.

Kehidupan kami agak senang. Boleh dikatakan duit adalah bukan masalah pada kami. Walaupn aku suri rumah, aku ada savings aku sendiri yang memang suami aku tak tahu. Dari dulu aku buat savings tu. Aku rasa, tak perlu lah aku mention apa pekerjaan suami aku. Tapi cukup la aku beritahu dia memang tak abaikan nafkah dan duit yang dia beri untuk kegunaan aku dan anak.

Apa yang aku nak fokuskan di sini, aku tak tahan dengan perangai dia yang suka maki hamun aku, hina aku, setiap kali ada perselisihan faham. Penghinaan seolah² aku ni langsung tiada kebaikan yang pernah aku buat.

Bukan setakat makin hamun dan hina sahaja, dia suka merosakkan barang² dalam rumah, baling barang dan sebagainya. Pendek kata amukan yang sangat dasyat. Sangat² sampai rumah disaster teruk. Habis barang rosak teruk.

Dia juga pernah pukul aku sekali. Sebelum tu tak pernah pukul. Tapi sejak dah pukul sekali bila bergaduh dan amukan dia macam gian nak pukul lagi. Tapi aku banyak mengelak. Bila dia nak pukul aku jerit sekuat hati.

Untuk pengetahuan semua, bila keadaan dah reda, dia akan buat macam tiada apa yang berlaku antara kami. Tegur aku macam biasa. Kalau aku merajuk?tak jawab dia tegur or apa²? Haa tunggu la lagi dasat dia punya amukan.

Aku tahu ni semua effect dari dadah yang dia ambil. Dia juga banyak kali mention kalau bergaduh dengan aku, mesti mention bab cerai. Ayat dia macam ni “kalau tak suka aku, pegi mintak cerai”. Berulang kali mention ayat tu kalau bergaduh. Tak faham sungguh aku.

Aku sebenarnya nak lari dari masalah ni. Tapi aku takut sebenarnya sebab aku tak ada kerja. Dia jugak tak benarkan aku kerja. Oh, sebelum terlupa aku pernah bekerja sebelum ni. Last kerja aku tahun 2016. Masa tu dia belum buat perangai dan amukan dahsyat gini.

Jangan cakap aku bodoh berhenti kerja ye semua pembaca. Aku berhenti kerja pun ada sebab yang sangat tak dapat di elakkan. Sejak tu juga aku mencari kerja yang dekat dengan tempat kediaman aku, tapi satu pun tak sangkut. Aku tak tau la kenapa susah sangat rezeki kerja untuk aku. Aku selalu sedih bab kerja ni susah sangat nak dapat

Ok berbalik kepada isu aku, aku sebenarnya nak mohon pendapat dari semua. Aku nak pendapat solution untuk permasalahan aku ni. Aku dah buntu sangat². Aku tak sanggup nak kena maki hamun selalu macam ni. Aku nak seek help, tapi aku tak tahu nak bermula dari mana. Jujur aku cakap, aku dah tak ada rasa hormat pada dia cuma rasa takut sahaja. Selalu takut kena tengking

Lagi satu, pasal family. Aku ada bercerita pada in law aku perangai suami aku ni. Tapi tak ada sorang pun berani tegur dia. Sedih aku diorg sekadar dengar sahaja. Family aku? Aku kalau boleh tak nak family dan mak aku tahu aku bermasalah. Tapi mostly family aku pun tahu sikit² perangai dia. Sebab dia pun pernah marah mak aku atas benda yang sangat tak logik.

Sampai hari ni aku tak boleh lupa cerita dia marah mak aku tu. Tapi mak aku dah maafkan dia dan tegur macam biasa je sejak kes dulu tu. Oh, aku takde ayah.

Pastu kalau pasal kerja rumah pulak. 101% kerja rumah adalah aku yang buat. Kutip sampah sebesar hama pn suami aku xpernah buat. Dari masak basuh baju. Semua lah semua u name it kerja rumah apa. Semua adalah tugas aku. Termasuk uruskan anak dari a-z. Aku kan suri rumah kata dia.

Mula² aku stress tapi lama² aku redha. Kalau rajin aku buat semua. Time aku malas, aku biar je dulu buat mana yang penting je.

Bab solat pulak. Sejak amik dadah tu, memang dia tak pernah solat. Even solat jumaat sekali pun. Puas dah aku suruh. Puas aku paksa. Dia buat tak tahu je. Oh btw, kesan amik benda alah tu kan dia jadi boleh tido sepanjang hari. Sepanjang hari guys tido tanpa bangun. Tido plak macam tido mati. Korang rasa?

Aku rasa dah panjang confession aku ni. Maaf la kalau ayat tunggang langgang atau cerita tak tersusun.

Point aku hantar ke sini, aku tahu kat sini ramai golongan professional yang baca. Aku mohon sangat kalau pembaca semua ada contact atau kenalan atau orang yang boleh bagi pandangan pada aku, lawyer syariah yang bagus to be spesifik.

Tolong la drop komen kat bawah nanti aku contact satu². Especially area KL/ Selangor. Tapi harapnya komen yang betul la ye. Aku betul² mencari orang professional dalam bab ni untuk rujukan aku. Sebab aku terlalu buntu.

Tolong aku pembaca semua. Aku malu sebenarnya tapi aku tak sanggup untuk hadap semua ni lagi 10 tahun even lagi setahun pyn aku tak sanggup.

Sekian cerita aku. Terima kasih sudi baca.

– Safiya yang ketakutan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *