Assalamualaikum. First of all, aku harap confession ini disiarkan agar hilang segala kerunsingan dihati.
Aku berumur pertengahan 20an, seorang surirumah kepada dua orang cahaya mata. Disini aku ingin ceritakan detik permulaan perkenalan aku bersama lelaki bernama Z..
Keluarga Z asal dari kota, cara dan didikan agak berbeza berbanding dengan aku yang dibesarkan di kampung. Awal perkahwinan keluarga Z ada yang tak suka aku, dari situ aku sudah ditimpa ujian dari keluarga sebelah mertua.
Z seorang yang belum matang ketika itu dalam rumahtangga. Kerap aku nasihatkan dia agar berubah, belajar solat, rajin bekerja demi sesuap nasi dan bayi di dalam kandungan.
Ketika itu aku sudah hamil tapi Z masih dengan sikapnya yang suka ponteng kerja, bertukar tukar kerja, game online, dan yang paling teruk ketagih video ***..
Banyak kali aku menangis sebab terasa dengan perangai Z walaupun aku sudah berpuluh puluh kali nasihat.
Bagi aku menonton video demikian pun ibarat menduakan aku. Aku dah ada mengapa perlu melihat kemaluan wanita lain?
Aku pun selamat bersalin. Kos ditanggung ibu ku kerana waktu itu suamiku tiada duit simpanan langsung. Barang bayi dibeli menggunakan wang bantuan ketika itu.
Seminggu bersalin aku pulang ke kampung untuk tempoh berpantang manakala suamiku di kota untuk kerja.
Sepanjang aku di kampung, dia di kota menonton video itu lagi walaupun telah banyak kali berjanji dan bersumpah tidak akan menonton lagi. Semuanya yang dia lihat pasti kantoi dengan aku.
Setahun selepas itu, aku bekerja. Anakku tinggal bersama pengasuh. Suami aku ketika itu masih bertukar tukar kerja.
Waktu itu dia masih mencari kerja yang baru. Jadi aku lah yang menampung keperluan keluarga. Bila dia dah dapat kerja baru pun masih sama dengan sikap pontengnya itu dan ketagih video memalukan itu.
Tahun berganti tahun sampai aku pun fed up. Banyak kali aku beri dia peluang untuk ubah kehidupan kami namun langsung nasihat aku tak masuk dalam kepalanya.
Aku pun beranikan diri hadir ke pejabat agama meminta cerai. Di dalam mahkamah dengan angkuhnya dia tak mahu menceraikan aku walaupun nafkah zahir tercungap cungap.
Siapalah aku waktu itu untuk memohon fasakh, aku tiada duit untuk mengupah peguam. Turun naik mahkamah dia tetap tak mahu lepaskan aku, kemudian aku give up dan ambil keputusan berpindah ke tempat baru seorang diri.
Aku bekerja demi anakku. Demi susu pampers anakku. Suamiku ketika itu tidak bekerja dan langsung tidak memberikan wang nafkah kepada anaknya.
Waktu aku bekerja pun aku rasa terganggu dengan dia. Dia minta peluang untuk kembali dan berjanji akan ubah semuanya.
Aku terima atas dasar anak, dan ketidakmampuan ku membesarkan anak seorang diri waktu itu. Aku sendirian dan tiada sokongan mahupun keluarga sendiri. Disitulah aku rasa aku mula mengalami anxiety iaitu tekanan.
Kami rujuk semula. Aku nampak suamiku cuba untuk berubah tapi entah kenapa hati aku pula yang tak boleh terima semua itu. Sedaya upaya dia ambil hati aku namun tetap aku tak rasakan semua itu.
Apa yang aku rasa, aku benci dalam sayang. Dan aku sentiasa rasa was was dengan tindak tanduk dia. Selalu aku cek phone dia sampai lah sekarang. Aku taknak dia tengok lagi semua tu.
Ye, dia berubah. Rajin kerja, rajin bantu aku urus kerja rumah dan anak. Kadang kadang aku rasa macam dia tu hamba aku pula. Tapi tetap aku tak rasa bahagia.
Dalam hati aku tercalit luka lama. Apa saja yang dia buat tetap tak bermakna bagi aku. Aku sentiasa dihantui dengan rasa was was kepada dia.
Jujur aku rasa takut dengan masa depan bersama dia. aku rasa aku tak yakin dengan rumahtangga ini. Rasa was was ini sentiasa menghantui aku. Tolong kawan kawan, apa patut aku buat? Aku ni gila ke?
Kenapa aku tak boleh hilangkan rasa was was dan kenapa aku sentiasa takut dengan masa akan datang jika aku bersama dia.
Kenapa aku tak boleh terima perubahan dia sekarang ini? Kenapa dalam kepala aku, aku nak hidup berjauh dengan dia. Aku nak seorang diri.
– Rara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit