Assalamualaikum para bembaca yang baik hati.
Tujuan saya disini adalah untuk meminta pendapat korang semua.
Sedikit luahan ringkas dari saya. Saya seorang isteri berumur 26 tahun. Saya bahagia dengan perkahwinan saya tapi saya ada sedikit penyesalan.
Menyesal sebab buat keputusan untuk bernikah hanya kerana takut terlepas lelaki yang baik macam suami saya, satu dalam seribu.
Saya dulu seorang lepasan diploma tapi terpaksa lupakan hasrat sambung ijazah sebab kewangan keluarga tak mengizinkan dan terpaksa bekerja menyara keluarga.
Setelah bernikah, saya jadi surirumah namun kami hidup sederhana, suami saya selalu beli lauk yang murah2, sebulan belum tentu saya dapat makan ikan tongkol, ayam, udang, sotong.
Tiap bulan dia beli ikan selayang dan ikan kembung. telur pun pakai jimat2.
Isteri yang tak bersyukur?? Saya minta maaf, saya memang asal orang susah tapi arwah mak abah saya selalu usaha belikan makanan/ lauk kesukaan saya dan adik beradik saya.
Saya bukan tak bersyukur tapi saya tahu gaji suami bulan2 lebih dari mampu nak beli lauk selain dari ikan selayang dan ikan kembung tapi kenapa dia tak nak beli.
Bila saya minta, dia akan beli sikit je, pastu dia yang makan paling banyak.
Dari sini, saya jadi terfikir nak bekerja dan kumpul duit untuk sambung belajar, dan capai impian saya untuk jadi cikgu tapi rancangan suami saya berlainan. Dia nak saya duduk rumah, jadi surirumah.
Kami belum ada anak, tapi menurut suami, bila ada anak. dia nak saya yang jaga anak, dia tak nak hantar pengasuh sebab tu dia nak saya duduk rumah je.
Saya ni bukan jenis yang suka minta2, saya diajar oleh mak abah untuk berdikari sendiri, susah macam mana pun jangan pernah meminta dekat orang.
Saya manusia biasa, ada keinginan jugak. Saya tak nak terlalu bergantung kat suami. Setakat ini, harta saya cuma moto kapcai.
Saya ada impian nak beli rumah sendiri, kumpul aset. Ya, saya tahu, saya salah sebab kawen sebelum capai segala impian saya.
Saya dah buntu, tak tahu nak cerita kat siapa. Kadang2, saya rasa depresi. Takde siapa faham saya.
Saya marah sebab abang dan kakak saya dulu tak pernah ambik tahu tentang saya. Abang saya yang dah bekerja kerajaan, lupa akan janji dia yang nak bantu saya habiskan pelajaran saya dulu.
Saya marah, suami dulu janji nak izinkan saya sambung belajar tapi akhirnya lain plak jadinya.
Saya menyesal kawen.
Sekarang saya rasa diri ni tak berguna dan hidup mengharapkan ihsan suami je. Saya nak sara adik bongsu saya belajar pun dah susah sekarang.
Harapkan duit suami, saya ada berniaga jugak. Tapi berapa sen je hasil jadi dropship tu. Saya nak bekerja semula dan bebas nak beli apa2 pun dengan duit gaji saya.
Buntu nya fikiran ni. Nak melawan, dosa, derhaka kat suami. Nasib surirumah yang takde siapa faham.
Saya tahu ramai pembaca boleh bagi pendapat yang baik. Saya sangat hargai pendapat korang semua.
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit