Aku seorang career woman sejak berumur 28 tahun. Sejak kecil, sejak habis sekolah pandai berdikari.
Untuk masuk ke universiti pon aku dah kerja kilang dan berjaya kumpul 1k untuk bayar yuran universiti etc.
Sejak kerja sektor swasta, gaji aku agak baik dibandingkan rakan sekerja lelaki yang lain.
Mungkin bidang aku sebenarnya banyak dikuasai golongan lelaki tetapi aku berjaya meloloskan diri, jadi ada keunikan di situ.
Disebabkan persekitaran aku ramai lelaki jadi aku secara diam2 (indirectly) menjadi pemerhati (silent observer) ke atas tingkahlaku mereka.
Ada yang kaki rokok (chain smoker aka ex boss), ada yang kaki forex (ex team lead), ada yang layan porn, ada yang kaki game (gamer kental) etc.
Sebab itu, aku jadi takut nak ada lelaki special sebab aku takut perangai nya sama. Sedar tak sedar usia aku pon meningkat. Gaji makin baik.
Tapi hidup aku jadi bosan. Kerja kerja kerja. Sampai satu tahap, aku tepu (burn out). Aku fikir kalau masih di tempat kerja yang sama, hidup aku tak akan berubah.
Aku nekad berhenti kerja dengan notis 2 bulan (itupon boss dragged sampai hampir 3 bulan).
Aku menganggur 4 bulan. Akhirnya setelah ke sana ke sini mencari kerja dan berapa kali turun naik pejabat untuk interview aku dapat satu tawaran agak menarik. Yang pelik, interview nya melalui telefon jer.
Dekat tempat kerja yang baru lah aku sedar banyaknya lagi ilmu/skill yang aku masih belum kuasai. Nasib baiklah aku tergerak nak cabut cepat.
Orang kata terlau lama dalam zon selesa kan. Aku pon gigih bekerja dengan ‘stay back” nya dengan overtime nya.
Akhirnya aku rapat dengan seorang rakan sekerja lelaki. Kami kamceng selalu keluar makan bersama.
Selepas lebih kurang 6 bulan, kami pon bernikah. Bermula episod rumah tangga kami.
Awal2nya baik saja. Walaupon mak mertua kurang merestui kami namun kerana kami tinggal berasingan (aku ada rumah sendiri), jadi tiada masalah timbul.
Aku masih bekerja seperti biasa. Namun suami ditukarkan ke cawangan lain.
Ada sesekali aku ‘stalk’ phone suami untuk tahu perkembangan kerja dia. Ada juga sekali dia berwhatsapp mesra dengan kawan sepejabat.
Aku terus tegur supaya dia berhati2. Aku tak berapa sedar sejak bila hubungan kami suami isteri jadi hambar. Usia aku yang hampir cecah 40 tahun semakin membuat aku risau kerana belum ‘lekat’.
Aku jadi murung. Aku lagi kecewa bila rakan yang kahwin lebih lewat dari aku dah mengandung. Aku selalu buka topik ni depan husband. Tetapi kerana sikap dia yang sangat pendiam, aku mati akal.
Aku selalu terfikir nak berhenti kerja untuk beri sepenuh perhatian dekat suami. Untuk membina rumahtangga kami. Malangnya, suami tak izinkan, diberi alasan dia banyak komitmen.
Aku tahu dia lah yang membayar ansuran bulanan rumah yang diduduki orang tua dan adik perempuannya yang belum berkahwin.
Rumah yang kami duduk, aku teruskan bayar sendiri walaupun selepas kahwin.
Kalau aku ungkit, suami kata, jom balik duduk dengan emak dia. Bila bertengkar, aku diam, tak bercakap beberapa hari.
Kami pula masing2 ada kereta sendiri memandangkan tempat kerja berasingan. Memang ada komitmen tinggi.
Aku tambah murung bila aku terfikir hidup aku untuk kerja sejak bujang sehingga dah kawin. Aku tak mampu ubah takdir hidup aku. Aku jadi semakin baran.
Aku pernah cuba bercerita dengan seseorang, tapi akhirnya tiada yang mampu tolong aku cari jalan penyelesaian.
Aku kecewa. Dengan suami. Dengan hidup. Aku rasa tiada yang berubah pon sebelum dan selepas kahwin.
– Meera (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit