Assalamualaikum… Hai, ini first time saya confess dekat socmed ni. Dekat personal fb, ig pun saya lebih suka jadi silent reader sahaja. Terima kasih iiumc kalau confession saya dipilih
Saya Kina (bukan nama sebenar) sudah berkahwin selama hampir 9 tahun, mempunyai sepasang cahaya mata. Suri rumah tapi pernah bekerja selama 5 tahun sebelum berhenti kerana masalah peribadi.
Kisah bermula apabila saya berkahwin dengan sepupu kawan baik saya. Kami tidak bercinta lama. Kenal, berkenan dan habis belajar terus berkahwin.
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami dan Allah kurniakan saya seorang suami yang menyenangkan hati, rajin bekerja, solat cukup 5 waktu, rajin tolong jaga anak dan buat kerja kerja rumah dan ajar anak anak.
Masa awal awal kahwin dulu memandangkan suami anak sulung, mempunyai seorang adik perempuan dan adik dia bekerja di Kuala Lumpur. Jadi nya suami dan saya tinggal bersama mentua walaupun ikut perancangan awal saya dan suami mahu sewa rumah sendiri.
Pada suatu hari, adik ipar saya meminjam laptop saya untuk login fb dan laptop saya auto password. Then satu hati, saya tak perasan dan terlogin fb dia. Hati saya meronta ronta untuk baca inbox.
Dan saya buka inbox adik ipar bersama MIL. Terduduk saya bila baca conversation mereka. Mereka depan saya sangat lah baik, tapi belakang saya macam macam mereka mengata saya.
Meluat la tengok kami, biasa la awal kawin, saya aktif di twitter masa tu. Saya outstation seminggu. Saya update “badan di subang, hati di kuantan”.
Tak sangka dalam diam mereka mengata saya, meluat, nak muntah baca, macam dia sorang ada suami, kemudian mereka ketawa. Ada lagi macam macam cerita. Tapi saya tak cerita kepada suami.
Ditakdirkan saya mengandung, kemudian adik ipar saya balik ke kuantan untuk tinggal bersama kami dan bekerja disini.
Pada awal perkahwinan saya agak rapat dengan SIL dan MIL saya, tapi selepas saya baca conversation mereka, saya berjauh hati dan mula menjarakkan diri dan tidak terlalu rapat seperti sebelum ini.
MIL dan SIL teruja dengan kelahiran anak saya dan mereka memang sayangkan anak saya tapi kadang kadang buat saya rasa annoying.
Dan, saya dan suami harus ikut apa yang mereka suke dan kami mendapat kekangan untuk didik anak kami mengikut acuan kami. Dari anak pertama hingga ke dua dan hingga sekarang nie pun.
Pada tahun ke 4 perkahwinan, kami menyewa rumah sendiri, ketika itu saya sudah berhenti kerja dan anak saya nombor dua baru berusia 5 bulan.
Sebenarnya bila duduk sekali sebelum tu banyak hal terjadi, aku terasa hati tapi masih menjaga tutur kata dan melayan MIL dengan baik walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.
MIL kuat membebel, semua benda kena ikut cakap dia, kalau tak dia akan marah, cara susunan tak betul, sapu tak betul, rumah sepah tak boleh biasa la ada anak kecik, masuk campur hal peribadi aku dan suami.
Aku jadi tertekan. Begitu juga dengan suami jadi kami mengambil jalan keluar untuk menyewa sendiri dan mendapat tentangan hebat sampai bergaduh suami dengan MIL.
Kami tinggal dalam radius 5km dari rumah MIL. Itu syarat nya sekira nya kami mahu menyewa rumah sendiri. Tapi rupa nya keadaan jadi lagi teruk apabila tiap2 hari MIL suruh datang rumah.
Bayangkan dari pagi jam 9 pagi sehingga adik ipar balik kerja dalam jam 8-9malam aku duduk rumah MIL alasan dia, dia takut tinggal sendiri, sedangkan jiran jiran semua melayu dan semua sebaya MIL.
Anak anak aku sudah terbiasa dimanjakan oleh MIL dan SIL. Apa saja anak-anak saya nak, mereka beli kan.
Dirumah MIL aku mengalami kesukaran untuk mendidik anak anak. Aku tidak akan marah anak anak depan orang lain kecuali depan suami. Sebab bagi aku,maruah mereka juga perlu dijaga.
MIL jugak kerap beri air manis dan junkfood kepada anak-anak saya. Bila saya tegur ada saja alasan yang MIL beri, jadi nya anak anak saya jadi tidak menghormati saya.
Kadang kadang bila cuti sekolah, aku bawak anak anak pulang ke kampung ku. Suami di kuantan sebab dia kerja. Di kampung ku, family aku tak banyak hal dan suami pun senang dengan family aku.
Selain itu, MIL dan SIL selalu masuk campur sekira nya kami ada masalah, biasa la gaduh sikit.
Kadang kadang kami tak bagithu tapi sebab dah jumpa hari hari kalau kami tidak bercakap atau pun pergerakan kami awkward di mata mereka, mereka akan tanya habis habisan. Kami bukan budak kecil lagi untuk di layan sebegitu. Aku betul betul rimas dengan sikap mereka.
Kadang bila cuti, aku dan suami nak rehat rehat, nak uruskan rumah, nak ajar anak anak tapi mereka akan datang ke rumah, kalau tidak mereka akan call atau whatapps tanya kenapa senyap je, gaduh ke,pergi jalan jalan ke?etc.
Kadang MIL whatassp, suami ada buat perangai ke?atau gaduh ke?kalau gaduh balik duduk dengan mak bawak anak anak. Kadang kami tak gaduh pun dan kalau gaduh sekali pun, aku masih waras untuk handle sendiri.
Aku dan suami seboleh nya nak menjaga hubungan dan keluarga tanpa masuk campur dari orang lain. Aku sangat rimas dengan keadaan ini sebenar nya. MIL hanya tahu sekiranya tak ikut cakap dia, dia akan merajuk dan mengungkit segala pemberian dia kepada kami dan anak kami.
Kadang kami tak mintak tapi MIL yang bagi. Bila tak ambik dia terasa hati atau merajuk. Alhamdulilah suami faham sikap mak dia,dan dia tidak membuta tuli menyokong perbuatan mak dia. Dan dia selalu ada untuk saya dan anak anak.
Apa solution terbaik untuk saya dan suami. Tahun depan anak saya yang sulung masuk darjah satu. MIL tak bagi dia sekolah agama yang petang tu sebab kesian kat anak kena sekolah lama lama.
Aku jadi jem kepala. Aku paling tak suka dengar dia membebel dan aku terpaksa berdepan dengan MIL setiap hari, aku tak nak bergaduh dengan dia.
– Kina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit