Nama aku S. Aku bekerja disebuah syarikat swasta yang terletak di tengah bandaraya besar. Aku bakal berkahwin tahun ini dan ada buat perancangan untuk berpindah ke negeri lain.
Seperti yang tulis dekat atas, aku dalam dilema. Perasaan ni sudah berbulan bulan aku alami. Aku baru setahun bekerja dalam syarikat ni, dan jawatan yang aku pegang pun sudah beberapa kali ditukar.
Bermula menjadi admin, aku kena jaga satu brand ni dan kena handle semua pekerja dan customer yang ada dalam brand tersebut, dan aku masih bertahan sehingga bulan ketiga.
Masuk sahaja bulan keempat, aku mula rasa tiada masa untuk diri sendiri, burnout, nak pergi kerja pun sambil menangis. Cuti aku adalah sabtu dan ahad. Tapi disebabkan ada pekerja yang bekerja hari sabtu maka sabtu adalah bukan hari cuti aku.
Begitu juga pada hari ahad. Hari yang sepatutnya aku bercuti tapi realitinya adalah tidak sama sekali. Aku kena menyiapkan jadual untuk hari isnin pula. Persoalannya, dimanakah waktu bercuti aku? Dimanakah masa untuk aku “me time”?
Dimanakah masa aku untuk menghilangkan stres setelah bekerja non stop. Bermula pada bulan tu, aku semakin goyah. Aku buat kerja semampu mana yang aku boleh. Perasaan aku sudah tiada dekat situ.
Aku jadi selemah lemahnya, aku sensitif nak uruskan pelanggan, aku jadi penakut bila kena marah atau maki dengan pelanggan dan aku tidak boleh nak handle mereka dengan baik. Setelah 6 bulan, aku telah buat keputusan untuk berhenti.
Keputusan yang sangat susah disebabkan masa itu semua negeri telah alami pkp dan aku membuat keputusan untuk resign. Keputusan yang sangat drastik aku rasakan tanpa hiraukan aku hilang pekerjaan pada musim corona.
Selepas memaklumkan aku nak berhenti kerja, orang atasan aku maki aku atas alasan kenapa aku nak berhenti secara mengejut.
Walhal, aku bagi notis sebulan ye mengikut dalam offer letter. Aku dah siap sedia mental dan fizikal untuk berhenti dan pikir nak jadi apa jadi lah. Berita ini dapat tahu office mate aku yang lagi sorang.
Dan dia cuba pujuk aku supaya tidak berhenti kerja dan tukar jawatan lain dalam syarikat. Kami berdua sembang lebih kepada heart to heart. Dia alami apa yang aku alami dan dia pun lebih memahami macam mana situasi tu.
Setelah berbincang, aku bagi peluang untuk diri sendiri untuk mencuba jawatan lain atas pujukan officemate aku. Pada 6 bulan pertama memegang jawatan baru, semua nya okay. Tapi pada awal tahun ini sudah mula goyah juga.
Aku sendiri alami perasaan macam dulu, stres yang teramat sangat, pergi kerja menangis, mood nak masuk kerja sangat lah lari jauh, dan membuatkan aku tak perform dalam syarikat. Hari cuti sabtu dan ahad pun juga diganggu.
Apakah keputusan yang aku patut lakukan? Kekal di syarikat sekarang hingga nak kawin tengah tahun ini atau berhenti kerja terus?
Aku dalam dilema, bila nak berhenti kerja. Aku pikir siapa yang nak handle nanti jawatan ni sebab aku tahu macam mana keadaan syarikat ni.
Aku bukanlah seorang yang tak berhati perut terus tinggal syarikat ni macam itu sahaja.
Adakah aku kena berkorban masa, cuti dan tenaga untuk bina kerjaya? Macam mana dengan mental aku? Macam mana dengan kehidupan aku dulu? Aku tiada keputusan untuk semua itu.
Aku dalam dilema..
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit