Dilema Seorang Pengikis Harta Suami

Hari ini sibuk semua orang share pasal tensionnya housewife tak bekerja digelar pengikis harta suami. Let me share my story…

Kisah ini dah lama aku nak luah. Memang sakit bilamana kau dikelilingi leh orang orang yang suka judge, yang bagi dorang perempuan sekarang kena cari duit tolong husband, yang mana dia tak boleh tengok anak laki dia penat cari duit untuk keluarga sendiri.

Sedangkan dalam islam pun tugas mencari nafkah itu atas suami.

Then paling worst even kau ada segulung ijazah atau kau pernah ada gaji 5k keatas pun bila kau jadi surirumah auto kau di anggap orang bodoh. Kau selekeh dan tak mampu.

Apa apa jadi contohnya kalau mak ayah sakit, orang akan cakap, “Si *** kan tak kerja.. kenapa dia tak jaga?”

Kau kena jadi orang pertama turun padang bila kejadian kejadian seperti ini berlaku seolah olah kau sebagai surirumah ni tak ada kerja selain makan tidur da. Habiskan duit anak @ adik @ abang dorang.

Aku pernah satu masa nak tolong jaga bapa mertua, tapi hari hari bapa mertua aku ulang soalan, tak nak kerja ke? Tak nak hantar resume kerja ke? Hari hari.. mana telinga tak berdarah. Seolah macam aku menyusahkan anak dia sahaja.

Lebih worst bila kau hidup dalam ipar ipar yang bekerja, dia orang akan compare kenapa kami kerja anak kami ok sahaja. Kau beli barang lebih sikit dari dorang mula dorang terbeliak mata.

Mana datang duit kalau tak jatuh dari kayangan. Kau pakai branded sikit mula dorang cakap kau mengikis harta suami sampai suami tak dapat bagi duit pada orang tua.

Allah bagi lau idea banyak, aku buat business itu ini. Eh… jangan kau ingat kau buat business dari rumah kalau kau tak longgok duit tu depan dorang, dorang tetap juga akan cakap kau tak berguna.

Kau beli emas cash, nanti di cakap beli kutu, kau tak mampu. Even kau meniaga online sampai gila gila siang malam, selagi kau tak tunjuk duit berkepuk bagi dorang kau tetap tak berguna.

Dorang tak tahu, barang dapur, barang rumah, baju anak nak pergi bercuti nak balik kampung kau sendiri pun kau guna duit kau sebabnya laki kau duit gaji habis bayar duit sewa rumah, kereta, utiliti and bla bla bla…

Keluarga mertua kau tetap tak nampak semua tu. Bagi dorang kau tetap menyusahkan anak lelaki dia.

Jadi para suami berterus teranglah dengan ibu bapa anda. Tak rugi pun untuk bersihkan nama isteri sendiri.

Niat asal isteri mencari pendapatan tambahan adalah untuk membantu kewangan keluarga jadi kenapa mertua dan ipar sibuk nak selidik itu ini.

Sedarlah para ipar sekalian, macam mana korang tak suka ipar ipar korang ambil tahu hal korang laki bini begitu juga dengan isteri adik @ abang korang.

Allah dah letak takdir dia macam tu, bukan dia tak berusaha kecualilah memang ipar korang tu jenis mengikis betul sampai laki dia pinjam along sebab nak lunaskan nafsu shopping dia wajiblah korang mengata dan jadi penyibuk.

Para isteri surirumah, teruskan semangat anda menjadi surirumah. Jadi surirumah yang penuh kaliber. Doa kita adalah doa yang mahal.

Selalu doa Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah pada suami kita bukan itu sahaja yang penting doakan suami kita dihindari dari sebarang penyakit, sihat tubuh badan dan sentiasa sayang kita.

Cari inisiatif untuk tolong suami walau dari rumah.

– Sharon Shasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *