Assalamualaikum wbt. Hai, aku Haura. Aku 34, seorang perempuan single & pendidik dari Negeri S.
Aku pernah confess dekat sini lama dulu, tahun 2019. Hmm. Adalah beberapa kisah hidup yang aku pernah share dulu.
Aku tak tahu aku patut tanya pandangan di sini @ aku sepatutnya cari professional macam kaunselor @ terapi perkahwinan.
Ceritanya macam ni.. Lepas beberapa episod percintaan yang membawa trauma dalam hidup aku, aku tak pernah berharap dan terfikir untuk ada sebuah rumah tangga.
Disebabkan kisah silam dalam hidup aku, aku selalu pasakkan dalam diri aku yang tak mungkin ada seorang suami & ada lelaki boleh terima kekurangan diri aku.
Bagi aku, Allah dah tetapkan bahagian aku dalam isu jodoh ni. Aku redha dan teruskan kehidupan seperti biasa.
Bulan Mei tahun ni, aku secara tak sengaja kenal seseorang. Dia muda setahun dari aku. Ada latar belakang pendidikan yang baik, rupa pun ada nak dibandingkan aku yang biasa saja.
Dari segi budi bahasa pun baik & ada pegangan agama. Walaupun dia kerja kampung saja.
Aku berkawan seperti biasa saja dengan dia. Kami pernah berjumpa sekali saja disebabkan kami tinggal di negeri berlainan walaupun sama-sama di Selatan.
Selepas jumpa tu, dia memang pernah beritahu aku yang dia suka dengan aku. Dia nak serius dengan aku. Aku terima dengan baik hasrat dia.
Untuk pengetahuan semua, dari awal kenal dia memang jujur maklum pada aku status diri dia.
Dia pernah berkahwin tapi gagal dalam perkahwinan pertama. Dia dan ex-wife pernah ada anak tapi umur anak dia tak panjang.
Aku terima status diri dia sebab bagi aku, itu urusan dia. Aku tak boleh judge dia dengan status diri dia.
Sejak 1-2 minggu ni, dia berkali-kali tanya aku. Adakah aku dah maklum pada family tentang dia. Kalau boleh, dia nak aku beritahu family aku tentang hubungan kami.
Aku masih belum cerita pasal dia kat family aku. Aku tak tahu macam mana nak inform mereka. Yela, aku ni memang macam tak layak nak kahwin kan.
Tiba-tiba kalau aku cakap aku nak kahwin, mesti diorang pelik. Lagi satu, aku takut nak tahu apa tanggapan parents aku kalau tahu status diri dia.
Mak aku jenis skeptikal sikit pada orang yang pernah bercerai ni.
Pernah aku terdengar dia macam komen pada artis yang kahwin cerai. Aku jadi risau kalau dia akan kutuk bakal pasangan aku ni.
Bapa aku pula jenis terbuka. Kalau itu pilihan anak dia, dia terima saja. Janji aku bahagia dunia akhirat.
Tentang adik-beradik aku, aku rasa diorang tak ada masalah sangat tentang hal ni. Masing-masing educated & fikiran diorang lebih terbuka.
Oh ya, ada lagi perkara yang still membuatkan aku macam dilema. Kalau kami berjaya ke peringkat pernikahan, aku perlu bersedia lepaskan kerja aku.
Samada aku perlu berhenti dan cari kerja lain atau aku akan jadi suri rumah sepenuh masa.
Ini sebab kerjaya aku yang tak boleh bertukar negeri lain. Aku bekerja bawah kerajaan negeri.
Kalau aku bertukar ke negeri lain, aku perlu ada sijil khas untuk menjawat jawatan yang sama di negeri itu.
Kalau boleh, aku nak bekerja sebab takkan aku nak minta dia tanggung ansuran bulanan kereta aku. Lagi pun, aku nak juga membantu dia dari segi ekonomi keluarga.
Dia pun bekerja sendiri, uruskan kebun yang diwarisi dari keluarga dia.
Nak kata keluarga dia kaya raya, yang itu aku tak pasti. Yang aku tahu pendapatan dia sederhana. Cukuplah untuk dia sara ibu ayah dia yang dah tua.
Lagi satu, aku masih ada rasa trauma. Sesekali ada fikiran negatif yang terlintas.
Disebabkan kisah silam, aku kadang terfikir kalau-kalau nanti ia akan mengganggu rumah tangga kami. Aku takut andai aku gagal lalui kehidupan sebagai seorang isteri yang baik.
Aku ada terbaca beberapa sharing di sini tentang Kifarah pada diri dia apabila jadi seorang isteri. Itu buat aku jadi sangat risau, takut & rasa down sampai kadang aku rasa nak putuskan saja hubungan kami.
Aku dah bertaubat & aku sangat mengharapkan Allah tak uji aku dengan perkara yang aku tak mampu hadapi.
Mohon kalian kongsikan pandangan, nasihat buat aku.
Aku tahu perkongsian aku ni remeh saja. Ada banyak lagi luahan & perkongsian yang lebih bermanfaat. Tak patut aku buat luahan ni tapi aku mohon bantulah berikan aku nasihat yang baik-baik.
Doakan aku agar aku dapat lalui fasa kehidupan seterusnya dengan baik-baik saja & berjaya hilangkan trauma dalam diri aku.
– Haura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit