Dilema Seorang Suami

Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi sekalian. Terima kasih admin sudi siarkan kisah aku. Aku Ucop (bukan nama sebenar).

Cerita ini berkisah tentang kehidupan aku dan keluarga kecil ku.

Bila aku terbaca satu confession (https://iiumc.com/penyesalan-atas-doa-yang-dimakbulkan/) ni, ia membuatkan aku untuk melakukan benda yang sama.

Ceritanya lebih kurang sama dengan confessor tersebut, cuma aku tidak tahu untuk mendoa dan meneruskan doa tersebut sehingga dimakbulkan atau berhenti disini.

Kami sudah 5 tahun berkahwin atas pilihan kami sendiri. Tahun pertama kami berdua berkerja dalam bidang masing-masing. Masuk tahun kedua, isteriku tidak lagi berkerja dengan izinku dengan alasan jauh dan penat.

Aku tidak kisah sekiranya aku seorang sahaja yang menjadi breadwinner sebab tu adalah tanggungjawab aku sebagai suami dan ketua keluarga.

Tahun ke 3 kami dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan sekarang berumur 3 tahun.

Sepanjang 5 tahun berkahwin, tahun pertama sahaja aku terasa diriku seorang suami, selebihnya tidak. Kerana setiap kali perbualan, isteriku selalu meninggikan suaranya baik dari hal keci sehingga ke hal yang besar.

Hal tersebut pernah ditegur oleh keluarga isteriku mengatakan yang isteriku tidak menghormati suami.

Aku untuk menjaga air mukanya akan membuatkan hal macam tu diambil ringan sebab tidak mahu menampakkan anaknya kurang ajar.

Selain dari meninggikan suara, isteriku juga suka bercerita tentang semua yang berlaku dalam rumah tangga kami kepada keluarganya seperti tiada apa yang perlu dirahsiakan.

Baik aku tersalah cakap, anak jatuh katil, pakai selipar terbalik, mahupun berubah tempat tidur disebabkan apa-apa isu.

Untuk pengetahuan pembaca, kami duduk berasingan dengan keluarga masing-masing dan kami tiada masalah dengan keluarga mertua masing-masing.

Aku merasakan yang aib aku sebagai ketua suami dibuka begitu saja pada keluarga mertua. Macam aku tidak mampu untuk tanggung anak dan cucu mereka.

Aku tidak kisah sekiranya hal-hal tersebut dicerita pada keluarga aku kerana aku tahu, sebagai lelaki dan ketua keluarga, mak ayah aku perlu tahu kelemahan aku sekiranya aku bermasalah dalam menguruskan keluarga.

Isu seterusnya dan mungkin yang terakhir adalah sedikit demanding dan boros. Semua keperluan rumah aku dah sediakan semempunya aku tapi tidak lah mewah. Isteriku sendiri mengakui yang dia sedikit boros dalam belanja.

Sekarang ni, dengan aku seorang yang berkerja yang gajinya biasa saja, dia boleh pulak minta itu ini la, nak ke sana sini la tapi duit tiada. Jadi, perlu la kami berhutang. Diakhir bulan nanti, hutang perlu dibayar dan gaji pun berkurang juga la.

Dia hanya fikir keperluannya tanpa pikir aku yang berkerja untuk mencari duit. Itu tidak lagi dipertikai kerja yang aku buat. Macam-macam alasan yang diberikan. Tidak kira lagi soal trust issue.

Senang cerita, aku banyak diam dan main dengan anak je dirumah sebab aku tahu, kalau ada apa-apa perbualan, akan ada part dia tinggikan suara, tidak percaya atau apa saja yang akan buat aku lebih baik diam dari meneruskan perbualan tersebut.

Aku sentiasa membantu urusan dalam rumah baik kemas, masak atau jaga anak once aku dirumah. Malah aku kerap mengajak isteriku keluar jalan-jalan weekend sebelum sempat dia berbunyi bosan duduk dirumah.

Aku suruh isteriku mencari kerja, macam-macam alasan dia bagi. Last-last, aku diam juga.

Sekarang ni, aku dilemma samada nak buat seperti mana confessor yang aku cakap diatas atau tidak..

Terima kasih…

– Ucop (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Daripada encik doakan keburukan kepada dia, apakata Encik doa dia berubah? Apa yang encik mahu dari isteri encik? jadinya encik doa mohon perkara tersebut. Confessor yg doa keburukan kepada isteri dia rasa menyesal sebab pernah doa macam tu. Jadinya, baiklah encik jangan ambil pendekatan yg sama. Nanti nak menyesal pun dah tak berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *