Assalamualaikum sekali lagi kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Terima kasih juga kepada admin sudi siarkan kisah aku buat kali kedua.
Aku Ucop (bukan nama sebenar). Kepada yang baru follow luahan ini, aku sediakan link part 1 (https://iiumc.com/dilema-seorang-suami/). Terima kasih juga kepada yang komen.
Alhamdullillah, aku bukan la jenis yang insecure/anxiety pada komen yang dilemparkan dan luahan hati tersebut juga tidak menunjukkan cerita yang menyeluruh.
Maksud aku, alhamdullilah, aku sediakan segala keperluan dan kewajiban aku pada isteri secukup dan semampu yang aku boleh.
Soal nafkah batin, baik di tempat tidur, perhatian atau ape jua dalam kategori batin, aku penuhi seadanya yang aku atau isteri mahukan. Malah kehendak aku pun kadang-kadang ditolak atas faktor dia penat atau tidak sihat dan aku memahami keadaannya waktu tersebut.
Tidak menjadi kesalahan juga bagi seorang isteri minta untuk dinafkahi tidak hanya menunggu suami datang atau minta. Aku juga korbankan penat lelah aku balik dari kerja untuk bawak isteri dan anak keluar jalan-jalan ambil angin untuk mengelakkan dari mereka bosan dirumah.
Kepada yang sarankan untuk isteri aku berkerja semula, aku dah banyak kali suarakan dan tolong sedikit sebanyak carikan kerja untuk nya tetapi isteriku meletakkan 1 target/skop kerja yang dia inginkan yang mana dia sendiri akan tentukan untuk terima atau tidak.
Pada aku, kerjanya itu sekadar untuk diri dia sendiri. Mengelakkan dari bosan dirumah, nak beli itu ini dan bayar komitmen sendiri (hutang, loan dsb).
Aku tidak lah memerlukan duitnya untuk cover pembelanjaan atau tanggung jawab aku tapi sekiranya dia menolong, itu 1 rahmat pada aku.
Aku tahu, ada yang komen pasal keburukan isteri sedangkan aku ni semua baik. Tidak, aku pun ada kelemahan aku sendiri. Tapi tidak la sampai menyusahkan isteriku, malah aku sendiri arahkan dia untuk tidak buat itu ini dan aku yang membuatnya tapi dia tetap buatkan juga.
Soal suruh aku pulangkan balik pada orang tuanya, aku bukan tidak sayang isteri, cuma dilemma yang mana kerap makan hati dan sedikit sebanyak akan menjadi tawar hati 1 hari nanti.
Setidaknya, kalau aku doakan dia diambil Allah dalam keadaan dia mendapat redha aku seorang suami, aibnya ditutup,
Setidaknya isteriku tidak lah terseksa dan seandainya berpisah hidup, bakal suaminya nanti bukan la seorang seperti aku dan cycle masih lagi sama once dah bercerai pun sebab aku kena hadap bekas isteri untuk urusan nafkah anak dan sebagainya.
Pada aku, jika berpisah mati, yang menanggung beban dan tanggung jawab adalah aku (lelaki), bukan perempuan.
Soal kahwin lain atau mengugut untuk poligami, tu aku letak tepi sebab pada aku, aku tidak mampu untuk berlaku adil baik dari segi zahir dan batin.
Untuk pengetahuan semua, aku bukanlah tidak menyayangi isteriku cuma aku terkilan dan sentiasa dalam keadaan terasa hati setiap kali bersembang dengan isteriku kerana akan ada suaranya yang tinggi.
Maksud aku, tinggi suaranya itu lebih kepada marah atau menunjukan yang dia tu betul senang cerita “voice comes with a force”.
Sebab itu lah aku tak mahu mengajak berbincang benda-benda serious sebab kalau sembang-sembang yang biasa pun akan trigger dia untuk meninggikan suara sekiranya aku tidak sehaluan dengannya.
Untuk pengetahuan semua, tiada 1 benda pun yang aku sembunyi kan dari isteriku, baik dari kenalan dekat ofis, kawan lama malah ex aku dulu pun dia tahu.
Aku sendiri bagi dia check handphone, wasap dan pin nombor untuk akaun bank. Pada yang komen tentang isu ‘membuka aib’, adakah kelemahan atau kekurangan suami itu 1 kelebihan? Kalau ya, canang lah ia pada parent dan adik beradik dan tengok la reaksi suami.
Akhir kata, aku mohon maaf sekiranya luahan ini berat sebelah atau syok sendiri dan aku maaf kan semua pembaca yang komen buruk dan terima kasih kepada yang komen baik. Yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk tu datang dari kelemahan aku sendiri.
Aku harap, ni adalah luahan yang terakhir dari aku. Aku ingatkan sekali lagi yang aku sayang isteriku seadanya dia, pandai memasak dan cantik cuma ada a few part yang kerap buat aku terasa sebagai seorang suami dan sebab itu la aku dilemma.
Cuma setiap suami ada alasan tersendiri kenapa dia buat keputusan tersebut seperti mana confessor sebelum ini. Terima kasih..
– Ucop (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sama-sama jumpa psikologis keluarga.
Nnt dia ajar mcm mana nak uruskan burnt out isteri tu dlm masa yg sama bantu usop utk manage stress juga.
Perkara ni perlu ada satu sesi luahan berdua antara awak dgn isteri
Dia pon mungkin blur dengan perubahan diri setelah dpt anak ni.
Usia perkahwinan masih hijau lagi, mmg awal2 konflik pd masa ni jika diuruskan dgn baik insyaAllah dpt menguatkan hubungan korang.
Benda boleh tegur elok elok tegur. Jangan diam dan biarkan end up kau makan hati bini tuh pula PERASAN terpaling bagus padahal berdosa mulut jahat asyik nak memang PERASAN diri dia saja betul dan tak boleh di bawa berbincang
Komunikasi sihat penting.
Benda muda setakat tegur dan beritahu apa yang kau suka Dan tak suka pon PAYAH. Baik tak kahwin.
Kahwin kena saling beri dan saling terima. Perlu saling memahami dan melengkapi. Bukan 1 sided relationship . Kau ja kena tahan perangai buruk dia. Dia pon kena bertolak ansur hormatkan kau.
.
Kalo bini kau ego sangat. Bagi jah title JANDA.
Apa GUNA kahwin kalo nak tunjuk keras kepala dan BIADAB?
Dan kau pon mesti KAU ADA SALAH SEBAB TUH KAU SENDIRI TAK BERANI TEGUR BILA BINI KAU TINGGI SUARA KAN? Cerira luah dalam nih kau saja yang baik, puikhhhhhhhhj!
Kalau kau baik sebagai suami kau tak akan rasa begini
Cermin diri perbaiki diri baru kayak jadi Imam dan ketua keluarga