Hi semua, sorry kalau tajuk dan entri confession aku ni kelihatan tipikal di mata anda..Aku Axia, berumur hujung 20-an, masih bujang dan sudah bekerja.first aku nak share, aku baru beberapa bulan bekerja di company ni dan aku sangat sangat gembira dan bersyukur diberi peluang untuk berada dalam company ni walau hakikatnya di mata sesetengah masyarakat atau makcik bawang aku cuma “budak kilang”. Walau baru dan masih dalam proses sesuaikan diri kadang aku rasa tertekan..tertekan dengan status bujang aku.
Bukan tertekan sebab teringin sangat atau terdesak nak kahwin,tapi aku tertekan kerana “BIAS” hanya kerana aku bujang.dan sejujurnya di lewat 20an ni kalau aku cakap aku tak kisah langsung masih status bujang trang tang tang , aku berbohong,sebagai manusia biasa yang normal aku pun nak ada keluarga sendiri.Tapi apakan daya jodoh tu aku sekadar mampu usaha dan selebihnya DIA akan aturkan so aku berserah je . dan kerana jodoh yang masih stuck somewhere yang aku tak tau nak cari di mana, bermula la episod dilemma bujang aku.
Situasi company baru aku ni boleh dikatakan “konsep gila kerja”. Aku kerja normal 8 hingga 5petang tapi bila pukul 5.40 pun jangan kan harap dapat kemas beg dan balik.dan biasanya aku bekerja 8 pagi hingga 8 malam selama 5 hari,dan disebabkan “konsep gila kerja” sememangnya bos aku sangat mengalukan dan nak staff nya datang support sama ada hari sabtu atau ahad. Jadi boleh kata hampir setiap di hujung minggu ada scan in dan out aku di company tu (nasib baik ada EICC,jika tak mungkin perlu kerja 7 hari direct).
Apa yang jadi dilemma aku adalah, sebagai manusia biasa walau tak berlaki dan belum ada anak, mereka seringkali lupa aku punya mak dirumah yang berumur dan tunggu anak nya pulang,yang harapkan hujung minggu anaknya boleh teman dia bersiar atau ke kenduri, Maafkan Axia mak. dan yang aku rasakan tidak adil adalah,kebanyakan rakan sekerja aku yang tak boleh datang hujung minggu atau stayback selalu gunakan alasan ” KAU TAK PE,kau tak der anak,tak der laki,boleh la stayback”, “KAU TAK PE balik rumah tak yah fikir anak laki,hujung minggu tak buat ape boleh la datang kerja”.bukan kadang kadang aku dengar alasan ni tapi kerap sangat ,hari-hari dan tiap kali aku dengar alasan tu aku macam tertanya” teruk sangat ke kehidupan dia selepas kahwin?” “membebankan sangat ke kehidupan dia selepas kahwin?”
Dan sejujurnya,bila rakan sekerja yang dah kahwin tak boleh stayback sampai8,9 malam, tak boleh datang kerja sabtu atau ahad aku tak kisah pun.buat la apa yang anda rasa betul, spend la banyak banyak masa dengan family, itu yang sepatutnya pun, tapi jangan la disebakan tak boleh beri komitmen lebih gunakan orang lain sebagai alasan,tolong la JANGAN cakap orang lain “tak pe” dan beri gambaran seolah betapa “disaster nya” kehidupan kau setelah berkahwin.
Jadi apa yang aku nak sampaikan sebenarnya, tak kisah la apa status orang tu, dia pun ada masalah peribadi,ada kehidupan peribadi,ada family,ada rasa letih,ada masalah sendiri( ha berjela pula) jadi hormatilah ruang masing-masing,mungkin kehidupan dia lebih baik dari kita mungkin juga lebih berat dari kita. dan bilamana kita tak mampu berikan sesuatu (contoh untuk stayback,kerja dihujung minggu) stop la bagi alasan dengan kaitkan orang lain.cukup explain keadaan kita sahaja dan orang akan faham.
Maaf la kalau ada yang terasa dengan entri kelam kabut ni, sambil sambung kerja di rumah di hari ahad yang ceria ni stop kejap and send confession. Nak luahkan perasaan. Maafla jika ramai yang tak setuju.Yang mana baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.
-Axia
-Sibujang tak gila kerja
– Axia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit