Hai, saya Nora yang baru berumah tangga cukup setahun hujung September ini.
Sebenarnya saya pilih untuk meluah disini kerana buntu dengan sikap suami. Harap rakan-rakan dalam ni boleh bagi pendapat dan pandangan apa yang perlu saya lakukan.
Suami saya bekerja sebagai admin di sebuah syarikat swasta. Sejujurnya dia boleh dikatakan suami yang sangat baik. Sentiasa berusaha memenuhi keperluan dan kehendak saya.
Namun sikap buruk yang sehingga sekarang suami tak boleh buang walaupun sudah acap kali berjanji akan berubah adalah tengok video perempuan seksi.
Suami juga pernah junjung al-Quran bahawa dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi tapi seperti biasa di belakang saya dia tetap lakukan.
Kali kedua kantoi bila saya menangis dan mengamuk keesokan harinya dia bagi saya kata laluan Tiktok supaya saya boleh melihat sendiri watch history nya.
Namun sebenarnya dia tidak tahu bahawa dari awal lagi saya sudah mempunyai kedua-dua akaun Tiktoknya. Akaun yang tidak aktif itulah yang dia gunakan untuk melihat video menjolok mata itu dan dia hanya beri saya pegang akaun yang satu lagi.
Dia delete watch history tapi lupa delete di bahagian search jadi jelas terpampang nama kesemua tiktokers seksi seksa yang sengaja disearch.
Saya benar-benar buntu tersepit di antara kebaikannya dan sakit hati yang terpendam. Saya mempunyai penyakit mental, anxiety dan social anxiety jadi bila jadi macam ni dia tambahkan lagi insecure dalam diri saya.
Sekarang boleh dikatakan saya mempunyai insecurity tahap kronik, pergi ke mana mana walhal depan rumah sekalipun bila ada wanita cantik atau seksi pasti saya akan rasa down dan sentiasa rasa suami saya pandang diorang.
Saya benci perasaan yang menyeksa saya kerana ini bukanlah diri saya. Kerana insecurity saya ini jua lah kami acap kali bergaduh.
Suami juga seolah menunjukkan dia sememangnya pandang mereka dengan perubahan tingkah lakunya yang kelihatan tidak selesa dan acah-acah bagus sahaja.
Naluri saya kuat, pabila dia tunjukkan sikap begitu saya jadi benci dan marah padanya.
Suami sangat menyampah dengan sikap saya sedangkan saya jadi begini berpunca darinya. Sampai satu tahap saya rasa ingin pergi jauh sejauhnya dari suami. Biarlah dia tengok puas-puas sampai keluar biji mata sekali pun.
Oh yaa, saya pernah lari balik ke kampung saya bulan Jun lalu selama seminggu. Sepanjang tempoh itu suami tidak berhenti telefon dan memujuk saya supaya pulang ke pangkuannya.
Dia berjanji takkan sakitkan hati saya dengan mengulangi tabiat buruknya lagi namun tidak sampai sebulan dia buat semula dan berkata dia tidak ingat dia berjanji takkan buat lagi dan rasanya dia tidak pernah berjanji begitu.
Katanya lagi sebagaimana dia boleh menerima kekurangan saya seharusnya saya belajar terima kekurangannya yang satu itu. Tapi bagi saya itu bukanlah kekurangan tapi lebih kepada tabiat buruk!
Bila saya check lagi rupanya suami main Michat di belakang saya, kantoi yang dari 2020 lagi dia main dan dia mengaku kerana ketika itu kami masih baru katanya kerana kami berkenalan Ogos 2019 dan bercinta di bulan September tahun itu.
Saya boleh terima lagi kerana itu sebelum kahwin. Yang menyakitkan hati adalah yang selepas kahwin!
Namun katanya akaun emailnya dihack kerana sering download movie di website layarkaca. Benarkah begitu? Tapi apa yang saya perhatikan tarikh dia guna apps Michat tu selalu pada tarikh kami bergaduh dan berjauh hati.
Entah laa sukar sangat untuk saya mempercayainya lagi sementalah dia selalu melanggar janji dan lidah bercabang. Malah boleh saya katakan saya tiada sekelumit pon rasa percaya padanya.
Saya cuba menjalani hari hari seperti biasa namun rupanya tidak semudah itu kerana saya sedang menipu diri sendiri mengatakan yang saya okay walhal sebaliknya.
Saya pujuk diri supaya terima apa yang dia buat dan yang akan mendatang sekalipun mengenangkan kebaikannya tapi sia-sia akhirnya saya menangis sendirian kerana tidak mampu melawan rasa kecewa dan sakit hati.
Saya selalu merasakan perkahwinan kami tidak akan kekal lama mungkin tidak sampai 5 tahun hmmm.
Mungkin sekarang dia masih setia kerana dia tidak stabil dari segi ekonomi dan tiada peluang untuk curang malah dia tidak memiliki kereta pon, kereta yang ada pon adalah kereta saya.
Dia hanya memiliki 2 buah motor, satu motor biasa dan satu lagi motor berkuasa tinggi.
Saya sangat sangat penat berperang dengan perasaan sendiri bila mana saya rasa akan tiba masanya suami akan tinggalkan saya demi perempuan lain.
Oleh itu, saya dera hati saya supaya tidak menyayanginya supaya tidaklah saya tersakiti sangat di kemudian hari malah lebih teruk lagi saya pernah berfikir sebelum dia tinggalkan saya sebaiknya saya yang tinggalkannya dahulu dan pasang skandal untuk persediaan kemudian hari,
Sekurangnya dia yang lebih sakit jika tahu saya sudah memiliki orang lain terlebih dahulu darinya, Allahuakbar sampai tahap itu dia buat saya overthinking.
Saya rasa berdosa sangat. Natijahnya saya rasa kosong dan suram sangat hati dan perkahwinan pabila saya cuba tolak jauh-jauh rasa sayang padanya.
Sekarang saya sudah malas nak tegur sikap suami, tapi bila saya pendam rasa hati sakit sangat sangat sehingga rasa sesak dada dan lemah badan.
Tolonglah saya apa yang perlu saya lakukan? Adakah saya yang terlalu overthink sedangkan hal sebenar remeh saja?
Kerana saya ada terbaca komen lelaki di fb berkenaan isu lebih kurang ni juga katanya pabila bercerai baru wanita akan sedar apa yang suami dia lakukan sebenar bukanlah masalah besar pon.
Benarkah begitu? Kalau benar mengapa begitu ramai wanita berstatus gf dan bini orang komen kecewa dan sampai tahap tawar hati dengan sikap suami mereka juga? Patut ke saya endahkan saja? Sebagaimana komen lelaki itu?
– Nora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit