Dilema: Stay atau Putus

Hai, nama saya N. Saya perempuan, umur akhir 20-an, bekerja tetap di sektor kerajaan. Straight to the point, saya tengah dilema sama ada untuk move on atau untuk stay dalam relationship.

Saya mula kenal M dalam pertengahan tahun lepas, masa PKP. Kenal di platform cari jodoh. Masa tu dah memang ready untuk settle down.

Sebelum tu, previous relationship berakhir 2018, putus sebab ex tak bersedia untuk kahwin. Jadi, lepas move on ni saya cuba mencari kat platform cari jodoh dan M antara salah seorang yang respond.

Saya tertarik dengan M sebab cara dia respond tu nampak matang, jujur dan common interest yang sama dengan saya.

Jadi saya decide untuk approach dia dan lepas berkenalan, dia pun okay dengan saya. Saya kata okay sebab itu literally apa yang dia kata. Dia tak pernah confess atau pun kata dia suka saya jugak.

Masa mula-mula kenal sebab PKP, jadi kami contact each other dekat socmed saja.

Ada berjanji untuk jumpa lepas boleh rentas negeri tapi lepas SOP dilonggarkan sikit dan boleh rentas negeri, M takde initiate untuk jumpa sampaila saya push untuk jumpa.

Rasa ralat sikit sebab lepas boleh rentas negeri tu, M terus pack balik kampung di utara dan selepas tu, lepak dengan kawan-kawan dia.

Saya tak kisah dia nak balik kampung jumpa family jumpa kawan tapi usaha untuk jumpa saya tu takde pun sampaila saya initiate.

Saya fikir masa tu mungkin masih tengah fasa kenal-kenal jadi dia tak letak saya dalam priority list hidup dia.

Beberapa bulan lepas tu, lepas dah selalu contact, saya tanya dia sama ada dia nak proceed to the next stage which is kahwin.

Dia kata ya tapi tak boleh nak plan sebetul-betulnya lagi sebab dia nak renovate rumah, dia nak simpan duit and etc. Saya pulak jenis yang kena ada target dan timeline untuk plan betul2.

Biar plan menjadi. Jadi bila vague macam ni, hati saya rasa tak tenang sebab kata nak settle down tahun ni tapi dah nak masuk tengah tahun, bayang apa pun tak nampak.

Selepas tu, ada beberapa kali juga saya yang akan jadi the one yang ajak berjumpa. The one yang ajak buat activity itu ini. Every time ajak, dia akan kata tengokla nanti. Last2 tak keluar pun.

Saya ajak keluar waktu weekend faham masing2 kerja dan dia di negeri lain, saya di negeri lain walaupun jarak 45 minit saja.

Paling saya terasa sekali waktu saya ajak beli karpet di Nilai. Saya ajak teman sebab yelah dah ada boyfriend, boleh jugak saya tau taste dia macam mana.

Kata plan nak kahwin kan. Dia acuh tak acuh, kata tengokla nanti. Last2, tak pergi pun.

A few weeks lepas tu, kakak dia ajak beli karpet di Nilai terus dia gerak ke Nilai beli karpet. Kakak dia dah kahwin pun, ada suami ada anak-anak bujang untuk teman.

Dan sebab saya dah banyak pendam, lately ni saya banyak confront dia untuk discuss dan improve sebab saya rasa mcm bertepuk sebelah tangan. Macam dalam one-sided relationship.

Selalunya dia akan balas yang dia serabut dan dia nak jadi diri dia. Dia kata jangan compare dia dengan lelaki lain buat itu ini untuk partner diaorang.

Saya takde pun nak compare cuma saya tengok di sekeliling saya kalau lelaki dah sayang dengan perempuan dan ada plan nak kahwin, nampakla selalu nak jumpa, buat target nak kahwin tarikh sekian2. Dia takde macam tu.

Kalau berborak pun, sangat dry dan takde spark. Macam dipaksa. Contact waktu malam saja. Waktu siang walaupun weekend atau dia cuti, dia layan tak layan.

Kalau saya tengok perbualan dia dengan kawan2 perempuan dia, elok saja berborak itu ini.

Dan saya perasan yang dia baru private kan salah satu socmed dia yang katanya dia tak aktif tapi saya masih boleh tengok dia update kat situ. Apa yang dia update kat situ tak pulak dishare dengan saya.

Sejujurnya saya suka M sebab dia ada aspirasi, dia nak capai itu ini. Dia nak tolong family dia. Tapi saya almost give up, rasa macam single walaupun ada M.

Dan sebab katanya nak plan nak kahwin ni tapi takde bincang apa2 yang menjurus ke arah tu pun.

Dia kata bagi dia masa untuk dia figure out plan tapi along the way tu kan boleh saja update saya apa plan dan progress dia.

Entahla. Saya kesian kat dia sebab banyak kali dah saya confront yang akhirnya bawak gaduh dan saya pun penat.

Sampai satu tahap bila saya tengok post kawan2 atau random orang bertunang atau kahwin di socmed, saya menangis.

Jadi saya nak minta perspektif dari semua yang membaca sama ada saya patut putus dan move saja atau saya punya expectation yang tak selari dengan diri M.

Terima kasih.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *