Hai pembaca. Nama aku Ting. Ni kisah aku.
Aku ada isteri yang cukup baik. Di mata aku dia seorang bidadari, semua perfect, tak ada cacat cela. Rumah tangga kami aman bahagia.
Cuma tak berapa aman bila masuk bab keluarga mertua. Aku perlukan nasihat pembaca.
Keluarga mertua sangat hebat bermuka-muka. Mula dengan mak dan kakak ipar.
Aku ni jenis naif. Awal2 tak perasan. Aku mula pelik bila ipar dan mertua buruk-burukkan isteri depan aku sewaktu isteri aku tak ada. Katanya isteri aku ni pemalas. Tapi sepanjang kahwin, elok ja isteri aku ni pembersih.
Kadang2 bila berbual, sewaktu isteri aku tak ada, di ceritanya A tapi bila isteri aku ada ceritanya jadi B.
Kemudian, aku juga perasan keluarga isteri aku yang kuat kepercayaan benda-benda ghaib. Campur makanan aku dengan benda2 yang digunakan untuk halau jin. Suruh isteri aku tanam dan bela haiwan untuk halau benda2 ghaib.
Anak yang berumur 3 tahun menangis pun dikatanya keluarga biras hantar benda tak elok untuk ganggu.
Aku pun percaya benda-benda alam ghaib ni. Tapi tak setaksub mereka. Semua benda nak dikaitkan dengan jin.
Kan elok jika mereka baiki diri dan keluarga sebelum cepat menuduh orang guna ilmu hitam kepada keluarga mereka. Entahlah, aku nak tegur pun aku ni cuma orang luar.
Kepada keluarga di luar sana, pesan aku… cubalah bawa beriman dengan qada dan qadar.
Ada ketika kita diuji mungkin sebab dosa dan kesalahan kita. Takkan semua benda kita nak tuduh orang niat tak elok. Bawa2 lah muhasabah diri.
Aku tak mampu nk tegur depan-depan. Sekadar peringatan bersama.
Satu lagi, isteri aku ni perfect. Cuma satu sahaja. Semua benda yang terjadi dalam rumah kami, mesti keluarga mertua akan tahu.
Bila aku tanya isteri, dia menafikan. Walau tak puas hati, aku tetap bersangka baik dengan isteri. Walau nampak sangat ketara.
Keluarga mertua sengaja tunjuk yang mereka tahu apa yang berlaku dalam rumah kami, tapi berpura-pura tak tahu.
Kadang-kadang aku tertanya. Kalau keluarga mertua pandai berlakon, tak mustahil isteri aku pun pandai berlakon. Mungkin berlakon baik di hadapan tapi berpakat dengan keluarganya di belakang.
Aku pun banyak kekurangan. Kadang-kadang aku disindir oleh keluarga mertua. Untuk hal-hal yang baru berlaku dalam rumah tangga aku.
Contoh kalau sebelum ke rumah mertua, aku lupa bayar bil, mereka akan menyindir tentang bil.
Macam mana ya pembaca. Aku sayang isteri aku. Tapi bila ada dalam keluarga toksik, dan isteri aku juga banyak menyebelahi keluarga, perlu ke aku tinggal ja isteri aku?
– Ting (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit