Assalamualaikum semua. Saya Ana, suami saya yang bernama Aman adalah anak bongsu dan kesayangan ibu bapanya. Beza jauh dengan abang2 kakak atas dia.
Okay straight to the point. Saya banyak terasa hati dengan Aman yang terkadang tanpa sedar banyak melebihkan ibu bapa nya.
Kami baru berkahwin, dalam setahun lebih dan diberi rezeki anak awal. Kahwin, terus dapat anak, Alhamdulillah.
Kami tinggal bersama ibu bapa mertua Aman sebab Aman cakap nak kumpul duit untuk deposit rumah dahulu (maximum stay 2 tahun). Ibu bapa Aman dah tua (60an & 70an) dan rumah mereka rumah banglo 5 bilik. Hanya kami berempat dan baby tinggal disitu.
Saya awal2 okay saja stay situ. Tak ada isu. Tandas pun dalam bilik so tak ada isu aurat kalau adik beradik ipar datang on weekend(almost every weekend datang). saya okay, seronok je. Anak buah ramai.
Tapi semuanya bermula bila saya dah mula perasan ibu mertua saya suka suruh suami buat itu ini melalui whatsapp ataupun cuma cakap kepada suami. Contohnya masa saya 7bulan, saya ada bagitahu ibu nak beli barang baby.
Tapi ibu whatsapp suami saya suruh jgn beli lagi, awal lagi dan suruh suami tanya kakak2 ipar untuk minta sahaja. Normal untuk first time mother untuk beli barang baby sendiri, excited kan. Lagipun saya bukan minta duit suami ye, tapi dia suami yang baik(dia nak bayar juga).
Fyi, sebelum pregnant saya berkerja as Finance Exec, saya ada simpanan dan saya yakin saya boleh survive even sampai baby dah lahir pun. Suami saya cerdik pandai, degree holder tapi dia tak boleh kerja bawah orang. So dia kerja sendiri.
Macam2 dia try tapi saya support saja sebab saya yakin lambat laun rezeki dia akan sampai tapi bukan sekarang. Mungkin itu ibu dia risau. Okay takpe, tu awal2 dan saya dah pun luah pasal ni dengan suami.
Lepas itu, masa pregnant saya ada time sakit2 (biasa la awal2 trimester), tapi ibu bapa Aman tak tanya lebih2. Cuma macam “oh okay makan ubat”. Tapi tibe2 Aman diuji dapat loya jugak masa saya pregnant, terus lembik ye dia hahaha.
Masa tu ibu bapa mertua sampaikan ketuk pintu bilik nak tengok keadaan anaknya. Siap bagi ubat dan makanan. Sejujurnya saya rasa tersisih sebagai menantu baru hmm mungkin baru lagi. Tak apalah, saya faham.
Semakin lama saya menetap disitu, macam2 yang saya nampak dan makan hati. Saya listkan ye.
1. Saya beli makanan (fav) simpan dalam peti, ibu suruh habiskan cepat2 sebab penuh peti. Saya cakap la nanti saya habiskan, baru saja beli tu. esoknya tahu2 dia bagi anak2 buah habiskan.
2. Saya ada beli kerepek ni dekat shopee, banyak sebab boleh buat stock hehe ibu menyusu kuat snacking. Suami letak di stor.
Few times, setiap kali ipar datang, dia bagi suruh bawak balik. Almost separuh dia bagi kat orang tanpa minta kebenaran saya. Tahu2 dah dalam plastik untuk dibawa balik.
Saya menangis cakap dengan suami, saya bukan nya jahat sangat tak nak bagi orang. Saya bagi saja kalau dorang datang, saya cuma terkilan kenapa taknak tanya saya.
3. Kalau ada adik beradik lain nak datang rumah, dia akan minta suami saya belikan lauk, tolong preparekan bahan, tolong masak. Sampaikan suami saya tak ada masa untuk saya dan baby.
Kadang tu masuk bilik untuk rehat dan solat sahaja. Banyak kali dia lupa nak mandikan baby (tu sahaja saya minta dia buat) sebab kena masak untuk orang yang datang untuk makan SAHAJA tu.
Saya pun penat jaga baby kecil. Saya nak membuang pun kadang bawak masuk baby sebab baby nangis.
4. Baby siang2 kuat mnyusu, malam dia tidur lama. Kalau menyusu, memang saya selesa posisi baring dan of course dalam bilik atas katilku yang empuk.
Jadi mostly baby duduk dalam bilik, kadang2 saya bawa keluar ruang tamu & luar rumah. Tapi sekejap2 jela sebab baby nak susu la, tidur la.
One day, ibu mcm perli saya. Dia cakap dengan baby “baby marah ye bosan duduk dlm bilik je, nak keluar pulak ye” haa camtula. Masalahnya bila saya bawak keluar mereka diatas didalam bilik. Lepas tu, saya memang tak menyusu depan orang. Saya segan dan tak biasa.
Tak kan saya nak selak baju depan ibu bapa mertua. Saya kena buat apa ni, tak faham la. Ruang tamu tu tak ada tv pun, kosong. Dalam bilik saya ada tv, sambil menyusu pun boleh tengok tv
5. Ibu bapa Aman asyik2 suruh saya kerja sebab nak salah sorang stabil. Dorang kerja gomen ye dulu, gaji besau2 ye.
Faham2 la persepsi mereka pada yang berkerja sendiri ni macam mana. Mereka risau anak mereka tak mampu survive. Honestly, memang it’s gonna take time. Aman start berhenti kerja lepas 6 bulan kahwin.
Dan saya support since dia ada banyak simpanan. Saya bagi peluang dia untuk belajar dan rasa kerja sendiri. Kalau itu punca rezeki, apa salahnya.
Actually memang saya nak brkerja tapi bila saya dah ready la. Ni anak baru 2 bulan dah cakap macam2. Saya jadi rimas. Saya tak ready sebab saya nak at least anak 6 bulan baru kerja semula. Saya tak suka orang paksa2 tanya bila nak kerja bila nak kerja alahai rimas sungguh.
6. Rumah. Ibu bapa Aman ada banyak asset ye. Disewakan. Dan actually semua anak mereka diberi rumah sorang satu tapi bukan la free. Dorang kena bayar pada harga beli. Kan rumah makin lama makin mahal.
Dorang nak secure harga itulah. Then menurut kakak Aman, rumah sebelah kakak Aman, adalah untuk diberikan kepada Aman bila Aman mampu. Tapi saya taknak kalau boleh, mcm mana nak ada privasi. Hm entah la.
Rasa bagai hidup ini diatur. Saya nak kami berdikari. Jadi, saya decide untuk kerja dan usaha beli rumah sendiri. Kalau boleh tak nak terlalu dekat (setaman, sedaerah) dengan ibu bapa Aman.
Bukan apa, kadang saya kesian dengan Aman, sebabkan dia yang ada disitu, semua dia buat sedangkan dia perlu cari rezeki untuk kami anak beranak. Tergendala macam2, sampai banyak yang saya mengalah bagi dia utamakan ibu bapa. Tapi kekadang merajuk juga la.
Abang2 kakak dia duduk dekat sangat saja pun, ada yang within 10km lagi. Tapi tak diganggu. Mereka ada yang berkerja sendiri juga. Ada masa free, tapi if datang pun hantar anak2 saja alasannya sebab susah bawak anak nak g jumpa client. Erkk.
Okay ini persoalan saya untuk semua. Apa pendapat korang –
1. Perlu ke saya stay lama lagi? Kalau ikuntukan hati once dapat kerja, secured income, saya nak ajak menyewa. Biarlah berdua susah senang bersama. InshaAllah cukup kalau gaji saya 4000++
2. Salah ke saya terasa dengan ibu mertua saya sebab tindakan nya? Saya memang redha, tapi kadang2 bila tengah emosi, memori tu datang balik.
Entah la, sampaikan saya rasa memang tkde solution lain selain keluar dari rumah. orang cakap tak boleh ada 2 “queen” in a house kan. sekarang saya faham.
Untuk pengetahuan, sehingga saat ini, saya tak pernah melenting mahupun memarahi mereka. Saya masih waras, mereka tua dan a bit “old school”, so saya cuba memahami.
Tapi of course bila tengah emosi saya menangis kat suami. Dia faham dan pujuk saya. Minta saya maafkan ibu bapa dia.
Disebabkan suami saya yang baik, saya bertahan. Ibu bapa Aman pun bukan lah orang yang jahat. Mungkin mereka tak reti dan tak tahu.
Sekarang saya yang muda, perlu cari solusi supaya tiada persengketaan, tak nak ada isu. Saya tak nak benda2 kecil ni, lama2 jadi asbab kami bergaduh.
Tolong bagi pandangan korang ye. Terima kasih. Selamat hari raya in advance. Tahun ni tahun kedua beraya dirumah mertua sahaja. Busy lagi la suami saya tu nanti, hehe.
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit