Dilema Surirumah

assalamualaikum readers…

aku seorang surirumah, suamiku pegawai penjawat awam, dan kami mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 2 tahun.

aku sekarang dalam dilema+stress samada mahu bekerja atau terus menjadi surirumah. jauh di dasar hati, aku ingin bekerja, punyai harta sendiri dan wang untuk membalas jasa keluargaku yang telah banyak berkorban untuk aku belajar ke peringkat yang tinggi.

suamiku, dia okay saja, cuma dia sering didesak oleh ibubapa nya yang sangat inginkan aku bekerja. dan aku tahu, jauh dari hatinya, dia ingin aku bekerja, mungkin dia malu dengan kawan2 dia yang aku hanyalah seorang surirumah sedangkan aku dulu pernah bekerja sebagai jurutera.

ya, aku pernah bekerja selepas aku konvo, tapi tak lama. hanya beberapa bulan. takda rezeki untuk bekerja lama sebab aku mengalami alahan mengandung yang sangat teruk dan aku terpaksa berhenti.

selepas bersalin, banyak aku pergi career fair tapi jarang dapat peluang untuk di-interview. kalau ada peluang untuk interview, mesti ada shj halangan untuk aku pergi spt anak tak sihat, takda siapa jaga anak, company menipu, terlalu jauh (luar negeri) etc.

aku pernah mencuba online bisnes tapi hanya mampu bertahan 6 bulan sebab aku taknak bersubahat menjual produk kilo. pernah jadi dropshipper produk lain tapi tiada siapa yang mahu beli. aku juga minat makeup tapi takda siapa sudi jadi model. dan aku pernah menyatakan hasrat aku ingin menjadi MUA kpd suamiku tapi aku kekurangan modal untuk masuk ke kelas makeup untuk asah skill.

sebab anak juga membuatkan aku dilema ingin bekerja atau sambung menjadi surirumah. aku tahu, anak aku perlukan aku. jujur, aku tak percayakan pengasuh/taska. semasa proses mencari kerja, macam2 orang kami jumpa untuk mengasuh anak kami tapi 1 pun tidak menepati ciri2 yang kami mahukan (ya, kami berdua cerewat hal anak). pernah juga jumpa beberapa org pengasuh yang sesuai, tapi kesemua pengasuh menolak mentah2 untuk jaga anak kami atas alasan anak kami kuat menangis. sedih kan?

walaupun aku tiada duit dan harta, tapi aku bahagia sebab anak aku jarang sakit. sihat dan sangat bijak.

sekarang, sudah 2 tahun aku menjadi surirumah. masih ada peluang ke untuk aku kembali bekerja? ada ke orang nak ambil surirumah bekerja walaupun aku ada kelulusan tinggi? mintak tolong bagi pendapat dan kata2 semangat. jangan kecam2 ya. hati aku dah cukup sakit terima kecaman sebab aku seorang surirumah.

– suri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *