Dilema Untuk Memilih

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku.

Nama aku Kila, bukan nama sebenar. Ni 1st time aku buat confession. Aku tak pandai nak karang ayat2 ni. Maaf kalau tak paham dengan cerita aku. Tapi aku nak mintak pendapat dan komen dari korang tentang cerita aku ni.

Macam ni, aku kenal A dan B. Aku dah kenal A selama 1 tahun lebih. Kami berkenalan disebuah portal mncari jodoh. Kami berhubungan jarak jauh, aku di kl, dia di utara. Jadi, kami jarang berjumpa.

B pula, kami kenal di satu company tempat kerja lama. B selalu cakap dia nak serius dengan aku. Tapi aku tak layan B. Sebab bagi aku, B just main2 je. Aku lost contact dengan B, tapi B ada contact aku, aku tak nak layan.

Ok, Tahun lepas, A telah datang ke rumah ku untuk berjumpa dengan keluarga ku. Untuk kenal2. Lepas keluarga A datang, aku nampak ibu bapa ku amat senang dengan family A.

Sebelum A datang kerumahku, kami ada berbincang tentang masa depan kami. Dia awal2 sudah memberitahu ku yang dia serius untuk berkawan dengan aku.

Tapi A dah tetapkan syarat yang dia tak nak bertunang, bersanding, tiada pelamin dan hantaran. Katanya, islam itu mudah. Buat apa kita nak susahkan.

Plannye untuk berumah tangga hujung tahun lepas, aku hantar surat resign > kahwin> cari kerja disana.

Tapi disebabkan aku terikat dengan company sehingga awal tahun ni dan tiba2 dia tanya aku “dah hantar surat resign ke” tanpa ada persiapan kahwin. Aku terus bantah sebab aku akan kena bayar kontrak kalau aku langgar.

Start dari situ, A cakap agar aku just focus cari keje di tempat tinggal A iaitu di utara dahulu. Selepas tu baru bincang tentang persiapan kahwin. A awal2 cakap dia tak nak pjj.

Bila aku cuba untuk buka topik pasal kahwin, mesti kami akan gaduh. Sebab dia cakap aku tak nak dengar cakap dia. Step by step. Aku cuma mahu kata putus andai aku tak dapat juga kerja di sana, ada backup plan tak.

Parents aku asyik tanya aku tentang kami. Jadi aku mahu berbincang. Endup, kami akan gaduh.

Dan sekarang ni, aku macam dah putus asa untuk cari kerja di sana. Bukan mudah ye untuk dapat kerja sekarang. Apabila berbincang, endup sama je.

Dalam masa yang sama, B datang dalam hidup aku. Aku kenal B ketika aku kerja di satu company ni. Aku anggap B sebagai kawan je, tapi B banyak kali cakap dia nak kahwin dengan aku.

Aku sayang A, sebab dia ada ciri2 yang aku nak. Tapi 1 je yang aku perhatikan, dia ada depression. Apabila ada problem or sakit ke, A akan cakap takde siapa akan tolong dia, baik dia mati je.

Kawan-kawan, apa yang perlu aku buat? Aku perlukan kata- kata semangat. Dan komen dari kalian.

Terima kasih kepada yang sudi membaca.

– Kila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *