Salam warga iium. Harini aku just nak share rasa kecewa sedih tentang satu dilema dalam hidup aku ni. Aku punyai keluarga yg ramai anak ketiga dalam tujuh adik beradik. Dalam banyak banyak aku sorang yg sambung universiti awam dan ambik degree. Aku boleh kata harapan keluarga jugak.
Tapi hakikatnya, selama aku belajar QS (quantity surveying) aku tak minat. Aku mula sedar aku belajar benda yg aku tak minat. Aku suka sejarah atau benda yg knowledge based on reading. Aku silap aku follow orang dari ikut kelebihan dan kemampuan diri sampailah aku alami depression. Aku sampai sekarang menyesal apa yg aku ambik. Aku hampir fail praktikal sebelum ni sebab aku tak dapat nak deliver kerja sebagai qs sebelum ni.
Lepas saja aku grad. Susah aku nak dapat kerja. Aku ada kerja Starbucks sebelum tapi tak lama sebab masalah aku dapat gaji lambat sgt. Lepas tu kerja kilang jap bertahan dalam sebulan lebih je. Lepas tu, aku try dalam bidang sales pulak jadi ejen insurance unit trust. Aku try utk berjaya dalam bidang sales ni tapi gagal. Aku nampak yang mana aku tak sesuai dlm sales especially insurance ni. Kena pandai mengayat. Sales yg boleh pun retail sales la kot. Last aku kerja QS sampai skrg. Sgt stress dan menyesal aku ambik offer tu baik aku stay kerja telesales sebelum ni.
Keinginan utk sambung belajar dalam sejarah mula timbul bila mana aku banyak cuba untuk ubah masyarakat Malaysia pemikiran mereka masih terjajah dan aku jugak suka mengkaji root of problem. Itulah kelebihan yang ada pada aku. Aku pun hantar application sambung master sejarah ukm dan usm. Aku pun ada bgitau abah mak pasal ni. Diorang setuju. Dalam pada masa tu jgk aku try je apply kerja QS (tak suka kerja tu tapi cuba je mana nak tau best tempat kerja dia tapi aku silap)
Nak dijadikan cerita aku dapat kerja QS terus berenti telesales (last kerja bidang sales). Bila mak abah tau aku dapat kerja tu diorang mula tak bagi sambung belajar sebab aku dah ada kerja. Aku kecewa wei. Dalam masa aku kerja QS tu aku mula menyesal. Kerja aku sangat serabut. Aku kena handle site visit prepare tender, sijil nak p site visit mintak aku fotostat sampai aku pening dan selalu buat silap (salah satu kelemahan yg aku ada yg membuatkan aku menyesal ambik QS ni). Too clumsy utk aku kerja QS. Aku rasa nk bunuh diri ja atas kesilapan aku. Dan aku kena kerja hari sabtu mmg tak dapat la nk tukar full time ke part time study.
Dalam minggu lepas, aku mula dapat tawaran belajar sejarah kt ukm pastu tak lama lepas tu dapat usm. Dua dua dapat. Aku excited tapi aku sedih sebab aku dapat agak mesti diorang tak bagi sambung. Aku call tanya. Memang betul diorang tak bagi. Alasannya nak pakai duit banyak. Aku ada adik lagi yg belum habis belajar. Diorang ckp time mcm ni la diorang nk rehat dah bukan tambah beban bila aku sambung study. Aku akui aku sambung master sejarah kos tinggi jgk yuran kemasukan rm2950. Dalam masa sama, diorang ckp aku banyak lompat kerja. Diorang mintak kerja situ. Diorang ckp kerja memang susah. Aku dh bnyak bertukar kerja dalam tempoh dua tahun. Sebab utama aku silap. Aku silap utk bekerja di tempat yg tak sesuai dgn aku.
Aku rasa sangat tak berguna. Dah susah nk dapat kerja dapat kerja jadi stress. Pastu teringin sambung belajar dengan bidang yg tak menjamin masa depan. Aku rasa macam aku tak patut hidup ja. Aku rasa menyesal ambik QS kalau betul QS ni boleh jadi serabut mcm kerja aku sekarang. Aku hari2 doa mintak Allah temukan dgn kerja yg baik utk aku. Tapi aku dapat kerja yg beri aku rasa takut, stress dan tak boleh tidur asyik teringat pasal kerja saja. Tidur mmg tak lena. Aku risau pada kesihatan aku. Aku punya solat pun jadi tunggang langgang sebab kerja qs aku ni nak kerja submit borang tanpa beri peluang tuk aku bernafas.
Tapi dalam masa sama aku minat sejarah yg belum tentu dapat kerja kalau sambung phd aku jadi professor tu memang target aku. Cuma kekosongan pensyarah sejarah memang kurang sebab tak banyak universiti kt malaysia perlukan pakar sejarah. Aku tak mak abah aku terbeban sebab aku tak kerja.
Aku decide aku reject offer ukm dan usm sebab aku tak derhaka lawan mak abah. Aku akui memang kecewa. Aku minat sejarah tapi diorang suruh aku stay kerja dalam ‘neraka’ sebab diorang tak nak terbeban lagi. Tu saja luahan aku. Tq
– Alang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit