Assalamualaikum. Tujuan aku tulis kat sini just nak some advice dan kata semangat mungkin untuk aku yang alami tekanan. Thanks admin kalau cerita aku disiarkan. Harap ianya dapat membantu aku. Nama aku Nuna umor dalam linkungan ujung 30an. Aku sudah berkahwin dalam 6 bulan dan sekarang aku mengandung bunting pelamin.
Sebelum aku dan suami berkahwin suami aku cakap kami kena tinggal dengan emak dia sebab dia jaga emak dia sejak arwah ayah mertua meninggal. Adik beradik lain tinggal luar negeri dan berkeluarga jadi dia yang waktu tu belum berkahwin pulang ke kampung untuk jaga ibunya. Sekarang suami aku kerja private sector dan gaji dalam 2000++.
Sebelum ni aku kerja tapi aku ada masalah alahan yang teruk jadi suami aku mintak aku resign. Aku turutkan sebab memag aku banyak susahkan dia. Bila aku muntah sampai lembik kat office, aku muntah waktu drive sampai shaking tak boleh drive dia terpaksa balik kerja awal atau lari keluar sekejap uruskan aku.
So semua tu ganggu kerja dia dan kami sendiri rasa tak seronok bila kawan dia kena cover kerja dia. So aku resign memandangkan dah masuk 5 bulan masih sama takde perubahan.
Alhamdulillah suami aku baik, jalankan tanggungjawab dia dekat aku dan ibunya dengan baik. Ibu mertua aku jugak baik dan ramai sayangkan dia sebab sikap dia yang permurah dan tak berkira. Selalu aku dengar pujian dari orang kg kawan2 dia dan kenalan aku yang kenal ibu mertua aku.
Jadi masalah dia adalah mula aku masuk rumah mertua aku, aku dah pening tengok keadaan rumah yang berselerak dan tak tersusun. Aku cuba ajak suami kemas dan hanya bertahan sekejap sahaja dan kembali teruk.
Peti ais aku dah give up nak cuci n kemas. Sampai tahap aku tak beli pape lagi barang basah sebab sentiasa penuh dengan makanan yang tah bila. Peti ais freezer kadang sampai tak boleh tutop rapat begitu jugak peti ais 2 pintu. Sebab mertua aku suka membeli dan bila tak habis semua disumbat dalam peti ais. Bayangkan first time aku cuci ada makanan dah expired 2015. Dan begitulah sampai sekarang.
Sisa makanan kadang sampai berhari baunya usah dikenang. Aku dan suami kadang nak buang tapi mertua tak bagi sebab untuk ayam katanya. Dapur memang tempat aku jarang masuk. Sebab aku tak leh tahan bau. Kuali periuk dari atas dapur sampai ke atas lantai semua penuh. Ibu mertua aku rajin masak tapi tak rajin kemas.
Kadang aku kemas itu tak boleh usik, ini tak boleh sebab nak guna. So aku tak tau apa nak dikemas sedangkan dapur berselerak. Meja makan bukan untuk makan tapi untuk letak semua barang2 masak termasuk garam, tepung dan lain2. Aku biasa rumah mak aku semua ada tempat khas nak simpan tapi rumah mertua aku bawang kat tempat lain, garam kunyit tempat lain.
Kadang suami aku pun mencari pun tak jumpa. Hahaha. Kabinet penuh dengan ikan pekasam, jeruk belimbing, jeruk limau berbalang2. Ada yang suami aku cakap tah berapa tahun dah.
Suami aku buang mertua aku marah dan kalau dia nampak dia kutip masuk balik dalam rumah. So memag dapur yang luas jadi sempit, meja makan jadi tempat letak barang dan kabinet semua penuh dengan makanan yang tak tahu boleh makan lagi atau tak.
Aku paling tak tahan keluarga suami aku suka kucing. Bila makan kucing kerumun pastu mertua aku bagi ja lauk semua atas lantai. Nangis aku tengok lantai jadi kotor. Kadang ikan mentah lapik tisu atau kertas. Darah bocor habis lantai rumah. Lepastu balik anak lain bawak balik kucing mahal so tak boleh biar dok luar kena duduk dalam rumah.
Kucing buat onar. Penah berak dalam bilik aku, kencing kat langsir. Aku ni dok alah bau mcm tu kena cuci pulak lembik aku muntah. Tunggu suami aku balik kerja malam biru muka aku nak tahan. Baru- baru ni kucing tu siap berak kat dapur n muntah lagi sampai hari ni ada. Tuan kucing tahu tapi balik macam tu jer tak cuci pun.
Mertua aku releks macam takde pape dan siap leh makan kat dapur. Aku ni lalu je muntah. Suami aku pon tak jejak dapur dia pon tak lalu. Dia pulak dah bape hari demam balik kerja tak larat nak rehat n tidur. Sebelum ni dia la cuci kalau kucing buat onar.
Kadang cawan mangkuk pinggan nak guna pon aku kena cuci balik sebab ada bau atau berminyak. Aku beli sunlight pon sama sebab sabun sikit air banyak. Kadang ipar dual balik aku perasan ada yang balik sekejap, kalau balik mesti ajak makan luar je, ada yang jarang sangat balik kira last balik kenduri kami dulu.
Mula aku tak faham tapi bila dah lama aku perasan dorang mungkin tak tahan. Dorang kemas buang mana tak perlu n tak pakai mertua kutip balik. Rumah jadi ruang sempit. Mungkin sebab masalah ni.
So sebab masalah kebersihan yang teruk dengan aku sekali bermasalah. Jadi hilang selera makan dan muntah teruk sampaikan berat aku asyik turun dan aku kena gastrik. Ruang aku hanya dalam bilik. Nak keluar memag aku tak lalu dok ruang tamu n dapur sebab bau macam2. Aku cakap dengan suami aku masalah aku. Dan dia mintak aku sabar sampai aku bersalin dan cari rumah sewa.
Aku tahu suami aku serba salah sebab dia tak sampai hati tinggal emak dia seorang dan dia sendiri tak tahu nak bagi tahu emak dia macam mana nak pindah. So dia akan usaha uruskan pecah geran rumah untuk buat rumah dekat rumah mertua atau kalau tak berjaya dia akan cari rumah sewa. Dia faham keadaan aku sekarang tapi dia serba salah.
Aku sendiri dilema. Nak pindah aku kesian ngn mertua aku.Sebab dia memag nak pergi mana2 bergantung dengan kami. Dia pulak rapat ngn suami dan suami aku tukang urut dia. Aku nampak diorang sangat rapat. Tapi dalam masa sama aku tak tahan dan aku bimbang kandungan aku dan bila bersalin aku risau anak aku takde ruang bebas.
Entahlah aku pon tak tahu nak fikir macam mana lagi.
– Nuna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit