Dilema Wanita Berkerjaya

Assalamualaikum.
Terlebih dahulu, aku ingin memohon kemaafan sekiranya penulisan aku ini ada yang menguris hati sesetengah pihak.

Aku berumur lewat 20-an. Bukanlah lulusan degree, hanyalah diploma. Cuma aku suka membaca nukilan di iiumc. Berbalik kepada cerita, aku sudah berkahwin hampir 5 tahun. DIkurniakan seorang anak yang berumur 3 tahun. Dan aku sedang mengandung anak kedua.

Apa yang membuatkan aku ingin berkongsi pengalaman, disebabkan baru-baru ni adalah hari wanita. Ada sesetengah artikel yang memaparkan tentang – usah diskriminasi kerja tehadap wanita yang hamil.

Namun apa yang terjadi pada diri aku, sangatlah bercanggah. Baru-baru ini aku ada apply kerja disebuah company swasta, dan dipanggil interview beberapa hari kemudian. Dengan pengalaman kerja selama 5 tahun ni, maka juri pun seperti berpuas hati. Oh ya, tujuan aku memohon kerja adalah disebabkan taraf hidup sekarang. Gaji suamiku lebih sikit dari aku, disebabkan kelulusan SPM.

Kami sama-sama tidak dapat kenaikkan gaji sejak 3 tahun kebelakangan ini. Cuma mampu bertahan. Untuk perbelanjaan seorang anak, masih ok. Tapi untuk anak kedua, aku tak yakin. Bukan tak yakin dengan rezeki Allah. Tapi aku ingin berusaha dulu untuk anak-anak kami.

Setelah 3 hari, aku mendapat panggilan telefon dari company terbabit. Alhamdullilah, company tersebut setuju dengan notis 2 bulan serta gaji yang aku ingin kan. Kemudian aku teringat yang aku sedang mengandung. Untuk pengetahuan, semasa interview, aku memang tak ingat langsung nak bagitahu tentang pregnant.

So, bila aku cakap dekat HR tu yang aku sedang pregnant, terus dia cakap dia akan contact aku balik, dan apa-apa gud news dia akan inform. Gerak hati aku memang rasa tak dapat dah keja tu.

Aku sedih sebab ni bukan kali pertama aku alami situasi ni. Lepas kahwin, aku tak diterima kerja disebabkan kemungkinan besar aku akan pregnant. Antara soalan juri, “Are u planning for a child”. Ada masa aku terpaksa berbohong.

Aku ni bila pregnant ja, mula la alahan teruk. Kadang-kadang terpaksa ambik cuti disebabkan tu. Belum masuk kes, bleeding, anak tak gerak dalam perut, uri kat bawah dll.

Bila dah ada anak yang bawah 2 tahun, biasanya akan demam la. Kadang2 tu berhari-hari. Cuti tahunan habes macam tu je. Itu pun cuti aku gilir-gilir dengan husben untuk jaga anak. Kadang-kadang boleh rasa tak sedap bila kerap cuti. Kadang-kadang tu, anak demam pun aku terpaksa hantar taska. Sedih sebab anak sorang pun tanggungjawab kelaut.

Untuk pengetahuan, kami suami isteri ada buat part time bisness. Tapi takda lah sekencang mana pun. 6-8 bulan sekali dapat la rm300-500. Kadang-kadang tu, habes bayar hutang ja.

Secara jujurnya, aku teringin nak jadi suri rumah. Tapi memandangkan hutang-hutang yang tak habes bayar, aku simpan dalam-dalam angan-angan tu. Mengharapkan gaji suami aku, memang tak lepas langsung. Gaji aku sekarang untuk bayar sewa rumah dan kereta. Suami bayar taska anak dan pampes anak. Perbelanjaan minyak petrol termasuk dalam gaji suami aku sekarang.

Disebabkan semua tu lah aku mencari perkerjaan lain. Ada ke majikan yang masih nakkkan wanita yang pregnant?

– Miss S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit