Assalamualaikum. Untuk part I, (https://iiumc.com/dilema-wanita-3/).
Hari ni aku ada lagi luahan hati. Sambungan dilema wanita yang aku post pasal aku pregnant tapi tinggal rumah mertua yang tak pentingkan kebersihan. Mungkin ada sedikit kata semangat dan doa yang baik dari kalian untuk aku.
Semakin hari hati aku makin meronta nak pindah rumah. Sebab aku dah tak boleh bertahan lagi tinggal dalam rumah ni. Aku dah rasa badan aku makin lemah dan tak mampu lagi nak tanggung dan hidu bau2 yang merusingkan aku. Tak tahulah mungkin sebab aku pregnant pembawakan budak yang agak teruk.
Makin hari aku dah rasa aku macam tak normal macam zombi. Space aku makin kecik hanya terkurung dalam bilik. Tak tahu lah apa yang mertua aku fikirkan. Tapi baiknya dia, tak pernah kacau atau aku dengar dia komplen atau cerita kat orang aku hanya berkurung. Sebab aku faham orang tua setengah tu ada pantang larangnya.
Hari tu ada jururawat desa nak buat lawatan rumah. Barulah mertua aku kemas dapurnya yang tak tentu arah buang najis kucing semua. Suami aku pon balik kerja kol 8 malam tolong emak dia. Aku tahu dia penat balik kerja tapi aku sendiri tak mampu nak kemas 1 rumah. Aku kemas ruang tamu dan tempat yang takde bau. Dekat 11 malam baru suami aku setel kemas.
Dan sedehnya hanya tahan beberapa hari tak sampai seminggu aku rasa. Dan dapur back to normal, barang mula berterabur, ada bau tak menyenangkan, bagi makan kucing atas lantai. Suami aku pun luahkan rasa sedeh, “penat i kemas tok mak ingat mak nak jaga.” aku hanya sabarkan dia.
Dalam tempoh dapur bersih memang aku ngan suami yang masak setiap malam. Mertua aku solat magrib dia akan mengaji sampai isyak. So aku ngan suami masak dengan tenang. Selera makan aku ada balik dan bertambah2 makan. Suami aku pun sama. Kami kemas dapur dan basuh semua yang kami guna sebelum makan.
Tapi start mertua aku masuk dapur dan masak balik aku dah mula sikit demi sikit hilang selera makan dan meloya. Mana tak nya. Aku bersiang ikan, ayam sotong terus buang perut dan air basuh tu. Tapi mertua aku simpan air ikan segala isi perut untuk jurus pokok bunga. Kalau bersiang ikan tengah hari petang terus dia pergi jirus tak apa. Tapi semalaman dia simpan air dalam rumah.
Bersiang ikan petang semalam, malam nanti air tu ada lagi. Malam2 suami aku letak air tu kat luar nak dibuang maknya marah. Bila air dah simpan lama bau busuk 1 dapur dah tentu. Bila jirus pokok bau habis depan rumah.
Pernah orang gdex hantar barang dia pun tak tahan suruh kawan dia lagi sorang tunggu dia nak muntah. So aku yang mengandung ni tak macam nak pitam. Malu aku dengan orang gdex tu. Hermm so kat mana ruang aku nak beriadah, ambil angin atau nak jalan depan rumah pon aku tak sanggup.
Pernah minggu lepas, adik mertua aku dan anak dia datang rumah. Aku dalam bilik lipat kain. Mertua aku tidur. Aku keluar sambut dan jemput masuk. Kejut mertua aku. Sekejap sahaja tak sampai 10 minit mereka nak balik dan cakap ada urusan lain. Tak sempat duduk. Aku rasa diorang tak selesa dengan bau yang ada.
Lagi sekali aku malu sebab mesti diorang fikir aku pon sama macam mertua aku tak jaga kebersihan dan boleh hidu bau macam tu. Mertua aku. Takde rasa apa2. Sebab aku pergi rumah adik beradik mertua semua rumah cantik, besar, tersusun dan bersih. Jauh sekali dengan keadaan rumah mertua.
Kucing pun dah buat onar balik kat dapur. Memang aku dah tak kuasa nak kedapur atau nak kisahkan dapur. Suami aku bagi duit belanja dan suruh aku makan luar. Malam dia bawak aku keluar makan atau tapau sahaja. Dia pun faham keadaan aku. Cuma bila dia cakap dengan mak dia. Mak dia akan terasa dia sebolehnya nak jaga hati aku dan emaknya.
Kadang kami cuba bagi mak mertua aku faham aku tak boleh terima keadaan macam ni tapi dia macam buat tak faham. Tak apalah mungkin dah tua jadi susah nak ubah tabiat tu.
So sekarang aku dah mula hilang selera makan. Angin mula masuk badan. Jadi tak selesa aku dibuatnya. Muntah pun tak hilang lagi. Aku tawakal je kat Allah mudah2 han kandungan aku okay. Nak pindah sekarang memang tak boleh. Sebab mertua aku tinggal sorang, rumah pulak jauh sikit dengan orang.
Aku selalu cakap aku nak pindah. Suami aku mintak masa untuk dia bagi tahu keluarga dia dan fikirkan macam mana emaknya agar tak bahaya bila kami pindah. Rumah memang kawasan panas. Serba tak kena kami dibuatnya. Dan aku tahu aku push pon akan buat suami aku stress. Penat kerja, balik layan kerenah aku dan emak mertua.
Sumpah aku nampak okay diluar, mesra dengan mertua tapi hanya zahir. Hakikatnya selalu aku menangis dan rasa macam letih dan penat sebab alahan, pura2 okay, bila dah masuk 6 bulan, tidur malam tak cukup, muntah sakit badan dan bawah perut kadang sampai menggigil. Semua aku hadap sorang bila suami pergi kerja.
Persekitaran aku yang tak sihat bataskan pergerakan aku. Sumpah aku rindu nak masak kan untuk suami, masak makanan yang aku teringin. Kadang teringin nak beli buah tapi fikirkan takde tempat nak simpan dan dapur yang selerak aku batalkan niat. Bila mertua aku masak aku jadi takut nak makan risau ikan lama dalam peti.
Pernah biras aku sakit perut keracunan balik sini waktu dia mengandung sebab makan masakan mertua aku. Sekali suami aku pun sakit perut. So aku pun jadi takut. So aku tak pelik bila adik beradik suami aku balik kampung akan bawak mak mertua makan luar. Tak bagi mertua masak. Kadang kesian dengan mertua tapi aku sendiri jadi fobia. So baik aku tapau makanan je untuk kami.
Aku harap apa yang aku alami ni tak lama. Aku harap Allah makbulkan doa aku agar permudahkan urusan mengandung dan bersalin aku yang berbaki 3 bulan. Aku harap anak aku sihat, elok rupa parasnya, elok agamanya, elok budi pekertinya.
Hanya pada Allah aku mampu mohon pertolongan agar ada jalan untuk aku dan suami hidup dalam keadaan normal terutana lepas anak kami lahir agar anak aku membesar dalam keadaan yang baikbdan persekitaran yang bersih. Aku tak mampu mengadu pada keluarga aku, kawan2 aku, pada keluarga mertua. Sebab itu aib keluarga suami aku.
Hanya mampu luahkan pada suami, doa dan di sini untuk lapangkan hati aku dengan sedikit kata semangat dan doa. Sungguh aku rasa first confess aku berkat doa kalian Allah aturkan jururawat datang buat lawatan dan rumah bersih sekejap. Aku hidup dengan tenang. Alhamdulillah terima kasih walaupun hanya seketika.
Kadang suami aku cuba bawak bersihkan dapur tapi bila dia nak kemas time tu jugak mertua aku akan masuk dapur macam tak selesa suami aku nak kemas dapur dia. Hahaha.
Kadang suami aku datang kat aku dia cakap ” i nak kemas mak pun buat kalut nak kemas, kawal barang dia, mata tengok je apa i nak buat, mula itu tak payah usik ini tak payah pegang”. Aku gelakkan aja sebab aku malas nak api2 kan dan rasa kelakar 2 beranak ni punya hal. Entahlah aku sendiri dah tak mampu nak cakap apa.
Aku harap korang doakan aku dan kandungan aku. Hanya Allah mampu balas doa kalian… Terima kasih.
– Nuna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit