Dilema Working Mom

Assalamualaikum semua. Ni first time saya menulis. Selama ni saya cuma pembaca setia page IIUM Confession ni saja.

Kisah saya begini… Saya berumur 40-an, ibu dengan 3 orang anak yang bekerja dalam bidang pembinaan sebagai quantity surveyor atau jurukur bahan. Macam-macam company saya telah bekerja dan yang terbaru saya bekerja dengan sebuah company milik kerajaan negeri.

Dah lama saya impikan untuk bekerja di company ni. Selain ramai kawan-kawan saya di company ni, ni juga sebuah company Melayu jadi berlainan latar belakang dan suasana berbanding company-company yang saya bekerja sebelum ini.

Boss saya atau head of company adalah seorang lelaki Melayu umur dalam 50-an. Dari segi fizikal dan luaran, nampak seorang yang bapak-bapak.

Saya telah bekerja di sini pada awal tahun ini. Pada mulanya semuanya nampak okay. Kawan-kawan yang best sebab semua Melayu, office yang selesa.

Cuma perjalanan kerja yang panjang sebab saya tinggal di daerah berlainan dan perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Saya habis waktu bekerja 5.30 tapi biasa saya lajakkan sikit waktu balik dalam pukul 6 dan ke atas.

Saya tak boleh nak lambat sangat balik sebab saya ada 3 orang anak yang perlukan perhatian saya. Tapi kadang-kadang kena meeting, ada la balik dalam pukul 9-10 malam. Kadang saya kena outstation sebab meeting.

Saya tahu kawan-kawan QS saya ada yang stay back di office sehingga pukul 3 pagi, ada yang kadang-kadang tak balik dan tidur di office. Tapi saya tak boleh sehingga lewat itu sebab saya ada keluarga.

QS lain di office mostly lelaki, bujang dan PJJ dengan family. Cuma ada seorang je perempuan muda bujang.

Lama-kelamaan saya perasan itu jadi bahan ukuran bagi saya. Prestasi kerja saya agak baik bagi saya sebab saya dapat selesaikan mana-mana task dan kurangkan delay dalam kerja saya.

Semalam saya dan 2 orang QS lagi dipanggil mengadap ke bilik boss atas tajuk invitation ‘performance’. Saya dah agak dari awal apa yang boss akan katakan.

Betul la sangkaan saya. Apa yang saya boleh simpulkan dari perjumpaan itu, kerja yang bagus yang mana kita berjaya deliver dengan baik boss tak nampak. Tapi bila boss nampak satu kesilapan, dia akan ingat yang itu sahaja. Dan ayat pedih dia untuk saya:

“I truly understand you as a working mother. But we need a fully committed staff here. Saya tak nak kerja beri kesan ke family awak. Balik lambat. Dan awak agak unresponsive pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi you review balik either you want to stay or make a move.”

Sedihnya saya. Selama ni saya korbankan juga balik lambat sampai rumah malam. Saya masak pagi-pagi sebelum ke office untuk anak-anak saya.

Kerja saya deliver sehabisnya (mungkin ada satu atau dua yang pending yang buat boss judge di situ). Tapi adil ke boss sangat berkira dan bandingkan dengan pekerja lain yang boleh beri lebih komitmen?

Saya jadi bingung. Dah dapat kerja di company besar yang Malay basis, bersyukur sangat sebab ini memang impian saya. Plan saya nak stay lama di sini tapi boss pula judge saya macam tu dan saya macam tiada pilihan lain selain cari kerja lain.

Jangan mention pasal jadi housewife sebab saya banyak tanggungan dan komitmen. Jadi saya perlu bekerja walaupun memang cita-cita juga nak jadi housewife.

Tolonglah saya…

– MyVi Merah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *