Namaku Mawar Hitam. Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak pandai menulis. Aku hanya ingin meluah dan nak pembaca bagi pendapat.
Tapi aku keliru. Aku sayang semuanya suami, anak-anak, ayah, adik beradik, ibu mentua.
Baru ni abang sulung cakap aku lama tak balik rumah ayah. Aku ada jumpa ayah di rumah adik di tengah2 antara timur dan selatan.
Bagiku jumpa ayah, bersua muka, bersalam, berpeluk itu sudah memadai untuk melepaskan rindu tapi… abang cakap ayah nak aku dan keluarga selalu balik kampung.
Aku di timur, rumah ayah di selatan.. selalu balik kampung ambil perjalanan 4-5 jam sehala.
Aku cakap ke abang aku tak dapat balik setiap minggu rumah ayah.
Bila balik perjalanan jauh.. kami agak penat. Anak-anak meragam dalam kereta.. cuti tak dapat apply selalu. Bila balik pun tak boleh lama. Dapat 3 hari sahaja sebab majikan suami tak bagi cuti banyak..
Tapi orang takkan faham kesusahan/situasi nak dapat balik tu.. kadang tak dapat balik kampung ada kelas hujung minggu. Cuti sekolah buat kelas tambahan. Aku mengajar budak SPM.
Aku juga ada suami yang satu2 nya ank lelaki untuk ibu mentuaku. Ibu mentuaku pernah pengsan terjatuh bila duduk seorang.
Jadi aku fikir aku kena stay di tempatku jika ada apa2 berlaku. Sebab itu aku gemar stay di rumah kami waktu hujung minggu.
Aku sayang ayah.. aku juga sayang suamiku yang syurganya ibunya.. jadi macam mana aku nk pilih keutamaan.. tolong nasihatkan aku.
Aku juga sayang pekerjaanku.. sayang dengan murid, jadi memang selalu bagi komitmen buat kelas tambahan hujung minggu.
Aku pernah dengar orang cakap orang tua ni bukan nk duit kita sangat..dia cuma nak kita ada depan dia.. aku akui itu.. tapi… macam mana aku nak bahagikan masa antara ayah dan suami dengan dalam masa yang sama aku pun nk jaga emosi aku.
Maaf jika readers tak berapa faham ceritaku ini.
Entahlah.. aku tau aku hanya patut mengadu padaNya kan?
Mohon doakan aku dipermudah urusan membahagiakan orang tua. Aaminn..
– Mawar Hitam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit