Pengenalan: cukup sekadar tahu bahawa aku perempuan, anak sulung dari 3 beradik.
Aku nak tulis ni pon sebenarnya rasa serba salah. Tapi aku nak meluahkan. Aku tak boleh meluahkan pada orang yang aku kenali, cukuplah aku meluahkan di sini.
Aku tahu, perasaan ini tak sepatutnya wujud dalam diri aku. Tapi aku manusia hina.
Seperti yang aku dah beritahu, aku anak sulung. Aku dah nak habiskan degree aku dah, lagi beberapa bulan je nak habis. Adik kedua aku dah bekerja lepas habis diploma. Adik ketiga dalam matriks.
Parents dan adik2 aku tak berapa mahir dalam teknologi. Kiranya macam aku tahulah jugak sikit2 walaupun aku tak tahu secara advanced since degree aku ada guna untuk buat assignment etc.
Tapi kadang2 aku rasa penat, yang sering aku rasa benci pada perasaan aku adalah apabila aku rasa nak marah, annoyed apabila mereka minta aku buatkan sesuatu.
Sebab aku bukan tahu semua perkara, tapi aku dipaksa untuk tahu semua perkara.
Pernah di satu ketika, adik aku nak mencuba memohon kerja di bawah SPA tapi tak jumpa/tak tahu. Aku pon tak sure la dia betul2 tak tahu nak bukak mana atau sebagainya.
Perasaan marah aku muncul bila mak aku suruh mohonkan. Kenapa ianya menjadi tanggungjawab aku? Kenapa adik aku tak cuba usaha cari cara mohon di tiktok, youtube atau google?
Aku pon tak tahu juga nak mohon. Aku tak pernah mohon SPA. Aku still student.
Tapi aku cuba lah jugak cari cara nak mohon. Aku ambil side positif yang bila aku tolong keluarga sendiri, urusan aku dipermudahkan.
Even ketika adik aku nak mohon kerja, aku yang perlu buatkan surat mohon kerja. Aku juga tak tahu nak buat, aku tak pernah kerja.
Mereka tahu aku selalu guna ChatGpt. Jadi mereka suruh aku guna ChatGpt untuk buat surat tersebut.
Tapi kenapa tak suruh adik aku tu buat sendiri? Dia ada diploma, takkan chatgpt sesimple itu tak tahu nak godek?
Apps lain tahu pula dia nak guna macam omi dan sebagainya. Aku sendiri tak tahu apps tu apa benda.
Aku letih. Aku rasa aku dipergunakan. Tapi aku faham yang mereka tak pernah gunakan semua tu sepanjang hidup diorang. But at least, try first.
Mereka tiada usaha untuk cari solusi. Tapi cari solusi mudah dengan menyuruh aku.
Tak patut kan aku rasa begini, selfish nya aku. Mentang2 aku tau, aku berlagak.
– Nescafe (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
betul la tu dik, ko tlg family nt Allah tlg ko, phm je apa ko rasa dik. akak pn ank sulong dr 3 beradik. smua benda mak suruh akak. last2 akak bunyi la, suruh adik2 bt sndiri hahahaha
Tahi apa ni, benda simple pun nak nangis, belum lagi minta tolong bagi duit
Tahi apa ni, benda simple pun nak nangis, belum lagi minta tolong bagi duit ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
Tahi apa ni, benda simple pun nak nangis, belum lagi minta tolong bagi duit.
kenapa nak stress sangat. family mintak tolong pon nak stress. positif la.. kamu pon boleh je cakap baik2, adik cuba search kat chatgpt or tiktok or what so ever, ckp nicely, hati diorang pon x sakit. kamu pon x stress. benda boleh bincang kenapa nak baran sampai nak luah begini. benda kecik kot.. chill la
Abang aku selalu pesan jangan stress kat benda yang boleh settle. Aku bukan nak belittle masalah kau tapi kalau kau ambik masa untuk bertenang and fikir. Kau sendiri tahu apa solution nya. Kau boleh minta adik kau guna chatgpt macam kau kata tu. Kalau adik kau tak reti. Kau ajar dulu cane nak guna chatgpt then try buat sendiri. Kalau dah tak reti sangat baru minta tolong kau. & satu lagi yang abang aku selalu pesan “kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita”. Tak rugi tolong orang. Especially family sendiri. Smile & enjoy your life!
Apa masalah ko ni. Tolong je la kalau ko mampu, kalau tak boleh bagitau tak boleh. Dalam masa ko tolong tu nanti ko akan belajar dan lepas ni hidup ko senang sebab banyak benda yang ko tau. Ada orang dijadikan tech-savvy jadi lebih cepat tangkap benda2 teknologi ni, ada orang tak. Jadi untuk dorang buat sendiri 2 kali ganda susah berbanding kita yang tau sikit ni. Berlapang dada la. Yang ko tolong atau dipaksa tolong tu mak ayah dan adik beradik ko jugak. Satu hari nanti dah takde yang nak mintak tolong ko, baru kau nak sedar, dah terlambat.
Takpe, faham TT nak meluah. Lagilah sebagai anak sulung bila parents suruh buat itu ini untuk adik-adik. Dapat pula parents yang enabler semua benda si sulung yang kena mengalah dan buat macam2, lagilah adik-adik naik lemak. Macam lah adik-adik tu tak boleh cuba buat sendiri, dah besar dan boleh pikir kan. Saya sebagai anak bongsu pun tak gemar parents jenis macam ni. Boleh nak minta si kakak/abang AJAR si adik, tapi bukanlah minta buat benda tu terus untuk si adik. Kalau camtu sampai bila2 si adik tu tak belajar. Kita ni nak mengajar sebab nak suruh dia berdikari, kot satu hari nanti kita dah takda. Ya cuba buat sendiri dulu, kalau ada problem baru minta tolong.
Mungkin lepas ni bila TT nak buat kat laptop ke phone ke, minta adik tu tengok sekali belajar. Atau dia buat dan TT guide/pantau dari tepi. Kalau dia taknak juga tu memang dah dasar pemalas nak belajar lah tu. Ni silap haribulan dapat kerja nanti pun malas nak belajar selok belok kat tempat kerja tu, cepat give up. Silap haribulan balik kerja suruh si kakaknya yang buatkan kerja dia. Masa tu memang dah tak dapat tolong lah, baik TT je yang kerja situ terus.
Memang lah bagus TT ada ilmu dan pandai bab2 teknologi ni, dan niat dapat pahala bila bantu orang. Tapi kalau saya, saya pikir pada masa yang sama nak juga dapat pahala MENGAJAR ilmu tu jadi pahala tu boleh mengalir berterusan, bukanlah semata-mata bantu buatkan dari A to Z . Macam quote “Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime”.
(Kalau orang yang lebih berusia umur 40 ke atas yang minta tolong buatkan, boleh terima lagi lah sebab faktor umur dah lanjut so memang slow sikit nak belajar bab2 teknologi ni. Tapi ni umur muda-muda, lagi2 yang remaja-awal dewasa, otak masih cerdas masih cepat tangkap belajar benda baru.. guna Omi Tiktok IG pandai pula hermm)