Salam, hai semua. Biar aku mulakan dengan bercerita tentang background aku. Aku Amina, berumur 30 tahun. Aku merupakan graduate dari luar negara, untuk kedua-dua degree dan masters.
Alhamdulillah aku berjaya graduate dalam umur yang agak muda, dan aku berjaya mendapat kerja dalam tempoh sekejap sahaja setelah aku pulang ke Malaysia.
Dan sekarang aku mempunyai kerjaya yang bagus, sudah memiliki beberapa asset sendiri, alhamdulillah. Pendek kata aku sudah berada di zon selesa dan stabil.
Tapi seperti biasa, pastilah kita tak dapat semua apa yang kita rancang dan nak, betul tak?
Untuk kes aku, pastilah jodoh. Sebelum tu, disclaimer, kalau ayat aku berterabur, maafkan ye. Dah lama tak buat writing dalam Bahasa Melayu.
Aku sebenarnya dalam dilemma. Sepanjang aku hidup dan membesar ni, dalam kepala aku hanya fikirkan pasal nak berbakti pada parents saja.
Iyalah, aku bukan dari keluarga yang senang, ayah dah bersara semasa aku dan adik beradik lain masih belajar di sekolah, ibu pula surirumah sepenuh masa.
Kehidupan kami sangatlah sederhana. Dalam keluarga, aku direzekikan untuk belajar hingga ke masters, tambahan di luar negara. Jadi, aku boleh dikatakan anak harapan keluarga.
Adik beradik yang lain tidaklah seteruk mana, masih mempunyai ijazah juga. Aku ada kelebihan sedikit sahaja dari yang lain dari segi akademik dan kerjaya.
Semua adik beradik aku sudah mendirikan rumah tangga. Rezeki mereka jodoh datang awal sesudah habis belajar, alhamdulillah. Jadi, tinggallah aku sahaja yang single.
Aku tak fikir langsung soal jodoh kahwin semasa aku masih belajar. Apatah lagi nak ada bf, aku prefer “keep everything halal”, ye lah nak berkat belajar ilmu, takut terganggu pulak konsentrasi masa belajar.
Sudah la belajar pon ditaja dengan duit orang ramai. Jadi aku tetapkan prinsip aku, tidak mahu terlibat dengan hal-hal cintan cintun ni.
Selepas balik Malaysia dan mulakan kerja, aku terlalu sibuk kerja keras untuk keluarga sehingga hampir terlupa pasal nak mencari jodoh.
Of course ada yang cuba bertanya, nak kenalkan dengan calon XYZ, tetapi masa itu hati aku tak terdetik langsung untuk kahwin. Sebab aku rasakan aku belum cukup berbakti lagi pada ibu ayah.
Perkara yang buatkan aku terus bekerja keras, bila mana aku dapat lihat sedikit demi sedikit kehidupan kami sekeluarga berubah.
Aku dapat beri duit pada ibu ayah setiap bulan, aku dapat belikan kereta yang lebih selesa gantikan kereta buruk ayah,
Aku belikan rumah yang lebih besar dan selesa untuk ibu ayah, aku dapat belanja keluarga tinggal di tempat percutian mewah dan macam macam lagi.
Untuk kami yang dari keluarga sederhana, semua ini satu rezeki nikmat yang tak ternilai Allah berikan. Wallahi segala yang aku buat semua untuk kesenangan ibu ayah dan semua.
Bagi aku mereka dah “invest” terlalu banyak untuk aku, jadi rasa bersalah pula kalau aku terus “settle down” macam tu sahaja.
By the way, adik beradik lain tidaklah melepaskan tanggungjawab mereka pada ibu ayah sepenuhnya, tetapi faham faham lah mereka dah mempunyai keluarga sendiri, ada yang masih “struggle” nak tanggung keluarga sendiri.
Jadi, sekarang tinggallah aku, ibu dan ayah dekat rumah ni. Tahu tahu saja umur aku pun dah 30 tahun, dan masih single.
Aku sedang berusaha mencari calon suami, jadi aku aktif bertaaruf sana sini, termasuklah calon dari negara luar. Jauh disudut hati aku, aku rasa bersalah nak tinggalkan ibu ayah lagi.
Aku dilemma nak berkenalan dengan calon yang tinggal jauh dari ibu ayah, walaupun ciri ciri yang aku mahukan itu ada pada dia.
Bukanlah anak manja, diikutkan aku lah satu satunya anak yang duduk asrama jauh dari ibu ayah sejak dari form 1 sehingga aku habis masters. Tapi aku semacam rasakan ada satu tanggungjawab besar untuk jaga ibu ayah.
Adik beradik aku yang lain tinggal jauh dari kami, tambahan dengan situasi sekarang, susahlah mereka untuk jenguk ibu ayah.
Kadang kala aku rasa seperti aku perlu mencari kebahagiaan aku sendiri pula. Bina keluarga sendiri, ada suami dan anak anak.
Waalahi ibu ayah bukan beban, malah syurga untuk aku. Aku manusia biasa, kadang kala bila melihat org lain dengan suami dan anak anak, terdetik jugak rasa sunyi dan sedih tu.
Aku dilemma. Bantu aku please.
– Amina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit