Dilemma Sakti Si Emak Tiri

Assalamualaikum.. Nama aku Bimasakti.. panggil je Sakti.

E M A K T I R I… Baca pun dah terasa negatif, apetah lagi melalui kehidupan sebagai salah seorang emak tiri buat anak2 syurga ku yang kehilangan ibu di usia yang kecil.

Perkenalan aku dengan suami dalam tempoh singkat yang amat..kenal sebulan, bertunang, 6 bulan kendian, nikah..

Walhal time tu aku baru lepas few weeks before that mencanang pada ibu ku, kalau aku tak ditakdirkan bernikah dalam 2-3 tahun lagi, akan ku hantar diriku ke Pondok2 pengajian, untuk bekalan akhirat; sebab aku tak punya apa2 utk aku bahagiakan ayahbonda, jadi aku pasang niat tu.

Ibu pun ada pujuk “takpe, nanti Rasulullah SAW tunggu orang2 yang tak bernikah di pintu syurga, usaha utk jadi salah seorang.. ibu doakan..”

Masa ni aku memang dah redha kalau ditakdirkan tak berjodoh.. dah asik yang datang bodoh je semua.. letih kecewa katanya.. tak dan dan, tetiba dia pun sampai.. habis punah impian ku ke pondok. Hehew. Kidding! Yang bebenornye, Allah has a greater plan for me, alhamdulillah ‘ala kulli haal.

Long story short, aku terima lamaran dia pada hari pertama kami berjumpa, with one condition, anak2 dia kena terima aku seadanya. Kalau ada yang tak suka dengan aku walaupun seorang, hubungan ni takkan diteruskan, sbb aku tak nak paksa2 orang untuk sayang aku.

Alhamdulillah, anak2 terima baik kehadiran aku.. especially yang sulung. Wallahi, masa ni aku tak fikir perasaan aku lansung, tak fikir langsung apa akan jadi in future. Aku cuma fikir, kesian anak2 syurga ni.. kesian derang terpaksa menjalani hidup tanpa kasih sayang seorang ibu..

Time tu aku tak tau dapat keyakinan dari mana ntah that i can be one. Lepas dah terima tu, berdebar pulak rasa. Mampu ke aku ni.. Gatal betul kau ni Sakti!

Kekadang rapuh jugak keyakinan tu. Selalu je nak back off. Especially dalam tempoh bertunang. Aku tau bukan senang suami aku nak terima orang baru dalam hidup dia dan anak2, he tried his best possible utk adapt dengan aku yang dah terbiasa sendiri for almost 40 years ni..

Aku ni, bak kata kakak & kakak ipar aku kepada suami aku the moment dia sah jadi suami aku; “good luck la ye?? Sakti ni is not easy to handle. Kitorang dah penat dah melayan dia, pass kat kau pulak lah!”

Memang, aku mengaku. Sakti is someone that too hard on the surface, but too soft inside. Dalam pada tak mudah nak dihandle pun, selalu je dipergunakan oleh jejantans keparats tahmanamana tu.

Not to compare, tapi perangai aku almost 100% berbeza dengan arwah. Ada aku lebih, ada arwah lebih. Aku lebih tak sabar, arwah lebih sabar. That is one thing for sure.

Arwah jenis memendam, aku jenis voice anything out. Dalam pada being vocal pun, BP aku naik daripada 100 kepada 120 recently. Kenmain hebat penangan berkahwin dengan duda pakej buy 1 free not only 1 ni ye..

Tapi kan korang, bila aku tengok yang bongsu, hati aku pecah, Allah ambil ibunya diusia 3 tahun, meanwhile aku masih lagi diberi peluang ada ibu sehingga sekarang..tu memang kelemahan aku la..

Dan atas keyakinan janji Nabi SAW untuk mereka2 yang menyantuni anak2 yatim, aku pertaruhkan jalan hidup aku untuk mereka. Semoga ada kebaikan.

Kenapa dilemma? Sebab kau tak tahu cemana nak react accordingly. Bila kau garang, orang cakap kau OVERLY TOXIC STEPMOTHER.

Bila kau diam, dikata pulak tak sayang anak2, nak kawen dengan bapak nye aja. Bila kita concern, dikatanya pulak “tu bukan anak2 kau pun yang kau nak pening2 kepala fikir! Biar bapak dia yang fikir mcm mana nak ajar!”. Serba tak kena.

Tu belum lagi bila ibu kau luah perasaan pada kau beserta air mata di hari raya baru ni –

“Ibu mintak maaf, ibu rasa kau dah jadi macam kuli batak dekat budak2 ni dah.. bapak dia pun macam tak peduli je bila kau marah2.. ibu kesian dengan kau.. asik kene masak untuk derang, kang tak kena selera, masak lain pulak..kemas itu ini untuk derang, macam2..”

Aku macam, eh, sebelum kawen ni pun memang aku akan memasak untuk semorang dalam rumah ni whenever aku ada chance.

Lagi pulak kitorang in PJJ, lagi susah aku nak coordinate anak2 syurga aku ni. Derang manja je dengan aku, tapi bila nakal, kene jugak lah bebel tu.. tak tahan sangat ku tarik telinga.

Semua ni depan bapak dia kita buat.. takde sorok2.. kalau kita bising, bapak dia diam.. kalau bapak dia yang dah mula bising, dengan kita2 takut, terus pujuk bapak dia..bukan pujuk anak2.. hadoi..

In conjunction with current issues berkenaan PEDO lately, buat hati seorang emak tiri dalam diri aku ni merintih.. thinking about those adorable girls & boys, sekiranya diperlakukan begitu ketika aku jauh dari mereka..

Apalah daya aku.. disaat itu, mampu tak aku handle situation yang telah pun jadi.. i am very sure can control it, at least.. but how? Aku jauh kat utara, derang nuun kat Selatan.. jumpa pun sebulan 2x..

Anak2 aku, mereka selayaknya seperti anak2 lain, yang senang digula2kan dengan amusement parks, swimming pools, jajan, and what not. Waima aku pesan berkali2, jangan ambil apa2 dari siapa2 yang tak kenal, they are just being kids.

Lagi2 anak2 aku duduk transit aunty dia, lagi aku risau. Selalu sangat dibawak keluar tanpa pengetahuan kami. As usual, bila kita react, cakap tak percaya dgn family sendiri.

Lagi pedih, kau siapa, kau bukan mak dorang pun, kau mak tiri je! Terus hibernate mode aku dengar ayat ni. Sudahnya aku luahkan emosi aku dekat suami aku dalam bentuk mencari pasal.

Kadang2 kesian dengan suami. Ye lah, anak2 dengan dia..dia uruskan dari 5am sampailaah anak2 tido.. tak pernah dia biarkan anak2 keluar rumah tanpa sarapan walaupun cuma roti & air milo.. and i never expect untuk rumah berada di dalam keadaan rapi teratur setiap kali aku balik.

Cuma i feel bad bila aku balik sesekali, tapi tak sempat nak kemas betul2 rumah tu. Due to barang yang terlalu banyak.

Banyak barang2 suami bersama arwah dari rumah lama mereka. Tak ter-unboxing lagi.. macam takde masa. Rumah kami kecik je, standard rumah kampung.. memang jauh beza dengan apa yang family aku sediakan untuk aku..

Ada jugak cubaan pujuk suami to relocate. Tapi dia cakap, dia masih ada tanggungjawab dengan mak ayah dia. For years dia dah merantau, bagilah dia duduk dekat dengan parents. The only son pun dia tu..memang rumah kami dekat je dengan rumah mertua.

Mula2 aku bentak jugak. Aku cakap tanak pindah sebab nak dekat dengan kubur arwah letuwwww~ tapi macam kelako kan? Nak jeles dengan orang yang takde. Silly me.

In the end, akibat selalu rasa diri bukan isteri yang baik, aku ikut keputusan dia, tapi aku mintak jangan paksa aku untuk tidur rumah mertua aku. Duduk lama2 boleh, tapi bukan bermalam. Especially bila beramai2. I have my own justifications.

Aku dalam proses nak relocate myself. Sedang actively hunting for job. Tanak dah job susah2, dapat macam gaji sekarang pun ok, just to cover my commitment.

Lebih utama, aku dekat dengan suami dan anak2, lebih utama, aku boleh jadi ibu sepenuh masa utk derang, isteri sepenuh masa untuk suami.. Tapi tu lah, dari 45 companies yang aku dah apply, satu pun tak lekat. Agaknya derang tanak orang tua kot ek?

Of course aku ada suarakan pasal nak tender ni pada HOD aku, tapi dia tak setuju. Dah bila ramai tau aku nak pindah ikut suami, bising pulak.. “Kalau dia betul sayang kau, mesti dia yang ikut kau..kau terima dia dengan anak2 dia kottt!”

Ala..aku macam..entahlah..aku cerita sebab kitorang memang close..dan dia memang ada pesan, nak berhenti jangan terkejut2, bagitau. So aku cakap, aku memang akan berhenti. Aku sedang mencari, dapat yang serasi, aku pergi. Niat aku untuk anak2 dan suami.

Tapi aku lebih kepada nak ikut pesan arwah ayah – tempat awak disisi suami. Semenjak ayah pergi, aku betul2 lost. Walaupun masih ada ibu, tapi tetap rasa kosong. Sepi. Sebab tu aku jadi tak sabar nak ikut suami aku. One of the factor, aku dah rasa macam orang asing dalam rumah aku sendiri.

Suami aku, dia tak kaya pun. Makan cukup2 je. Gaji aku lagi besar dari dia, tapi takde lah gaji aku cecah 3k pun walaupun aku buat kerja 3 exec (Compliance + Halal Exec + osh-C).

Aku siap buat part time sbb nak cover cost tusyen anak2 – aku yang nak anak2 tusyen, as in return aku tak dapat nak ada dengan dorang setiap hari..tapi tu lah, bila aku terlalu busy kat office especially August onwards, tak dapat pulak focus dgn part time aku tu. Ni dah 3 mggu aku tak on part time aku tu.

Kadang2 rasa overwhelmed dengan hidup sekarang. Setan tu memang setan betul bila dia bisikkan “lagi best tak kawen kan? ada me-time.. duit pun tak abis utk anak2 & kos ulang alik, yadda yadda yaddaaaaaa..ni dah kawen, kene fikir pelajaran anak2, baju makan pakai anak2, kesian kau~”.

Selalu benda2 cenggini buat aku gaduh dengan suami, pastu nyesal, sebab ikut hasutan setan. Terlepas jugak kekadang mintak cerai. Astaghfirullah. Nasib baik suami aku baik sangat2..penyabar..

Suami selalu pesan. Kawan2 baik pun selalu pujuk; Allah takkan uji kalau kita tak mampu..

It is. Allah tau aku mampu. Allah tau anak2 ni boleh jadi asbab untuk aku ke syurga kalau kena dengan caranya. Just get things right. Do it right.

I know this might triggers anyone dalam ni yang kenal aku. Confirmed. Pesanan arwah ayah tercinta tetap tersemat dalam hati – “Ayah dah takde hak ke atas awak, sekarang awak hak suami awak. Jaga suami dan anak2, jadi isteri solehah..” Memang arwah nampak tenang lepas nikahkan aku.

Tapi kan korang, aku ralat dan kecewa sampai sekarang.. takde sekeping gambar pun aku dengan both of my parents dari bertunang, nikah sampai ke sanding..setiap kali teringat, aku akan jadi marah dan menangis..aku cemburu tgk gambar adik beradik aku kawen ada dengan parents, but not me..

Suami pujuk, sebab Allah tak nak aku kecewa yang terlalu..makanya Allah izinkan simpan semua kenangan tu dalam hati. Indeed.. alhamdulillah, paling tidak seminggu sekali Allah izinkan ayah bertamu dalam mimpi aku dalam keadaan dia senyum, muka mudaa sangat..aku yakin, ayah sedang Bahagia di sana..al-fatihah buat ayah..

Dia, ALWAYS and ALWAYS say this to me – “Ayah lega dapat nikahkan awak..ayah dah sedia kalau Allah nak ambik nyawa ayah..ayah dah dapat apa yang ayah doa selama ni; untuk nikahkan anak2 perempuan ayah sendiri..”

Genap 128 hari bersamaan 4 bulan 8 hari, ayah tinggalkan aku. Ibu ingatkan aku – macam tempoh iddah kan ayah lepaskan awak? Terkesima aku. Makanya aku tahu yang ayah sangat yakin, dia nikahkan aku dengan orang yang tepat.

Selama ni, aku bergerak di atas keyakinan ayah terhadap diri ku..dan kini, aku menjalani kisah sebagai seorang ibu tiri, dengan penuh confused & dilemma

(which i never mentioned it to anyone. Aku akan selalu sebut mereka anak2 aku, aku ibu mereka. The word TIRI never came out from my mouth, neither from my husband’s kalau berborak dengan orang..rasa macam taboo).

Aku bergerak di atas keyakinan suami aku dan anak2 syurga aku. Aku mohon semoga Allah menjaga setiap Langkah aku, suami dan anak2 ku..dalam menuju syurga-MU, ya Rahman ya Rahim..

Aku mohon secebis doa buatku, moga dimakbulkan dan dipermudahkan urusan kami sekeluarga. Moga doa2 yang baik itu kembali buat kalian semua. Aamiin YRA~

– Bima Sakti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *