Dilemma Selepas Kifarah

Assalamualaikum semua. Ni antara confession aku yang paling latest. Aku rasa macam aku tak tau nak luah kat siapa.

Oh lupa nak cakap, aku Bourne. Duda, anak 3. Dah hampir 2 tahun setengah aku hidup menduda, anak² ada bersama ex wife aku. Hak jagaan dapat pada dia.

Aku yang beri, sebab family mertua aku minta nak jaga, aku akur sebab kenangkan kondisi aku yang sendiri tak stabil.

Perkahwinan diusia yang sangat muda sememangnya sangat mencabar. Tapi aku yakin, Allah sebaik-baik perancang. Aku dikurniakan 3 orang anak selama 7 tahun perkahwinan, aku kerja biasa, ofis boy dan niaga malam minggu.

Sebagai seorang suami dan ayah aku sedar yang tanggungjawab aku besar so aku agak struggle nak survive dalam ekonomi yang keras ni. Semua berubah bila PKP bermula. Time tu la aku berpisah dengan ex bila dia kantoi curang dengan client dia.

Sakit? Ya sakit. Aku trauma nak hadap, sebab dia ibarat aku tak sangka langsung yang dia tergamak belakangkan aku sebab kehidupan kami memang takda masalah. Memang takda problem yang besar² sebab kami jenis selalu bincang kalau ada isu.

Gaduh² sikit tu biasa la rumahtangga. Jadi perpisahan yang berlaku ni memang 1 perkara yang tak pernah aku jangka. Cerai takda dalam kamus hidup aku.

Aku tersentak bila terima surat dari mahkamah yang mengatakan aku kena hadir untuk proses penceraian.

Dipendekkan cerita, segala proses tu dipermudahkan lancar je. Maybe sebab aku da hilang rasa waktu itu, even aku tak pernah niat nak ceraikan dia.

Tapi dia yang filekan so pada aku, dia dah takda hati dah pada aku. Orang da tak sudi, untuk apa kita tunggu lagi. Selepas lafaz cerai, urusan hak jagaan anak. Aku terus bawa diri.

Dalam hati yang membara time tu, aku pernah bersumpah yang kifarah akan ajar dia. Sebab sakitnya hati ini Tuhan je yang tahu, so biar Tuhan yang ajar dia pada aku.

Walaupun sudah bercerai, aku still contact lagi la dengan dia sebab kami ada anak bersama dan hubungan aku dengan dia pun masih ok, boleh bercakap lagi.

Sampailah baru² ni, setelah 2 tahun lebih kami berpisah. Aku masih sendiri, tak da contact, takda cari atau terfikir nak berkawan dengan mana² perempuan.

Hati aku da kosong, maybe sebab trauma peristiwa lalu. Selama ketiadaan aku tu. Berbeza sekali dengan dia. Dia da bertukar² pasangan. Aku tau pun, sebab dia kadang² ada cerita dekat aku. Ye lah, selama aku kenal dia, aku lah tempat dia luah segalanya.

So bila da bercerai pun, aku still lagi boleh dengar kisah dia even sakit, tapi hati aku kata nak buat macam mana, dah dia je wanita yang satu² nya aku pernah sayang. Aku kuatkan juga dengar cerita dia. Sayang? Mungkin?

Baru² ni dalam tengah² pagi kul 4 macam tu dia wasap aku kata dia kena pukul. Aku bagai nak gila bila dengar khabar tu. Aku try untuk call dan wasap dia berjela² tapi tak da respond.

Dalam berapa jam lepas tu dia cakap dia ok. Dia nak rest. Aku macam blank kejap. Apa yang dia cuba sampaikan ni?

Sebenarnya aku da hampir boleh move on dah. Aku da tak teringat dah tentang dia. Tapi tu lah, tiba² setelah lama tak contact dapat wasap macam tu. Hampir gugur jantung aku. Dengan tengah malam lagi. Mau tak risau?

Hari tu, dia bagi aku gambar muka dia yang lebam sebab kena pukul dengan BF dia. Aku jadi berang juga. Sebab selama aku bersama dia, jentik dia pun aku tak pernah.

Bila aku desak nak tau laki tu siapa dia mengelak. Dia cuma cakap ini kifarah yang dia dapat. Dia da dapat balasan dia katanya.

Selama perkahwinan kami, aku boleh dikatakan sentiasa dengar dan ikut cakap dia. Aku turutkan sebab tak nak panjangkan cerita. Dia jenis kepala angin.

So da takdir aku dulu, aku hadap je la sebab aku anggap ni ujian dalam rumah tangga. Sampai la bila dia kantoi berskandal dengan client dia.

Aku terus hilang rasa pada dia dan kami pun bercerai. Betul la, ada quotes yang kata orang yang berpisah, yang setia akan single buat beberapa ketika. Yang curang akan terus berpasangan. Seperti kami.

Dia da ada pasangan, aku sampai ke hari ini, nak ayat perempuan pun da lupa nak buat macam mana. Hahaha.

So lepas peristiwa dia kena pukul tu, dia kata yang bf dia yang dia sangkakan boleh bahagia. Tapi dapat yang kaki pukul. Tak macam aku katanya.

Aku bila dia mengeluh tu aku dengan nada yang gelak² aku pun cakap lah, dulu da dapat yang elok² gi buat hal. Kan da mendapat.

Angin dia time tu. Tapi dalam perbualan kami tu aku tau, riak dia boleh nampak yang dia menyesal. Kalau la dia tau, perasaan aku masih sama macam dulu.

Tapi aku tak da kekuatan nak ungkap kata rujuk. Sebab aku risau, trauma dengan kejadian dulu. Now aku dalam dilemma nak cakap atau tak.

Mungkin kedengaran agak kejam kalau aku anggap apa yang dia dapat sekarang ni tak setimpal dengan perbuatan dia terhadap aku.

Aku dicurangi tatkala aku tak tau apa dosa aku pada dia. Sampai sekarang dia tak pernah cakap kenapa dia curang.

Maybe dia terikut nafsu dan circle dia yang tak berguna tu. Tapi damage already been done. Luka berparut masih ada.

Tapi rasa cinta aku pun masih ada. Aku buntu. Perlukah aku cakap untuk get back balik? Atau biar dia terlusuri kehidupan ni supaya dia belajar? Aku kenangkan anak².

Aku nak balik semua kenangan yang ada dulu. Sebab anak² tengah membesar, diorang perlukan father figure dalam kehidupan. Maybe sebab tu la ex aku desperado nak cari pasangan. Kut? Aku bersangka baik je la.

Now aku dalam perhitungan hari mencari kekuatan nak cakap yang aku rindu sangat dengan dia dan anak² . Aku risau aku beria² cakap rupanya dia pulak takda perasaan da kat aku, kan ke naya? Hahaha.

So akhir kalam, aku perlukan doa korang semua. Hidup ni singkat, jadi aku perlu keputusan yang tepat.

Aku ada bagi syarat pada dia. Dia mintak masa nak settle dengan BF dia. Aku boleh bagi masa seberapa banyak pun dia boleh nak ada. Sebab aku boleh sabar bertahun².

Kalau dia bersedia untuk berubah, aku akan ajak dia rujuk. Kalau dia masih sama lagi macam dulu. Takda sebab lagi untuk aku sayang dia.

Doakan aku. Assalamualaikum..

– Bourne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *