Diluah Mati Mak, Ditelan Mati Bapak

Assalammualaikum. Ini adalah pertama kali aku hantar confession. Sebabnya dah tak tahan lagi membendung rasa. Mungkin untuk setengah orang akan rasa benda yang aku nak cerita ni simple. Tapi bagi kami adik beradik ianya barah untuk family kami. Aku nak jugak dengar pendapat korang yang pelbagai, dari different background of family history, mana yang boleh aku pakai aku akan sorting satu-satu.

Untuk pengenalan cukup kenal aku sebagai Mrs dreamer. Ye memang aku kuat berangan, tak salah kan.hahaha. Tp tak sampaila mcm mat jenin, Aku anak kedua dari 3 orang adik beradik. Aku dah kawen dan ada 4 orang anak. Umur kami suami isteri sebaya middle 30, alhamdulillah bahagia, ada flaws and claws macam orang lain. Kakak aku ada 2 orang anak. Adik laki aku tak kawen lagi tinggal serumah dengan mak ayah.

Mak pula dalam lewat 50 an sebaya dengan ayah aku. Mak aku suri rumah full time dari sejak kawen. Ayah pulak retired. Sekarang jadi guard dekat taman area rumah aku. Aku dengan kakak aku tinggal berdekatan dengan mak ayah aku, Alhamdulillah, nampak perfect kan.

Now came the real story. Mak dengan ayah aku ni tak tahu la aku nak cakap macam mana. 24jam bergaduh je sentiasa dari sejak kami adik beradik kecik. Kalau ikutkan mak aku cerita memang sejak dari hari pertama kawen dah bergaduh. Masa tu sebab apa aku tak tahu. Tapi ayah aku ada pernah cerita (which is aku malas nak ambil port sangat sebab masa tu aku skola menengah lagi ) yang mak aku ni ada calon lain tapi kena paksa kawen dengan ayah aku sebab ayah aku masa tu dah agak stabil dari segi financial.

Tapi sekarang dah almost 40 yrs of anniversary tak kan la takde rasa cinta sikit pon kan. Kekadang kami adik beradik pon pelik ape lak agaknye lagi yang tak kena. Bila tanya dengan mak, dia akan jawab entah la ayah kau tu semua tak betul kalau mak yang buat. Bila tanya ayah pulak, mak kau tu ajar banyak kali pon tak pandai-pandai. Hello readers nampak macam acah-acah manja je kan. No no no. Ni gaduh yang sampai periuk belanga terbang tau. Rasanya jiran-jiran semua pon dengar sebutir-sebutir ape yang dia orang gaduhkan tu.

Bila console dengan mak, Mak aku ni jenis tak tunjuk depan orang dia tak kan cerita dekat sesiapa pun ape masalah dia. Tapi sejak akhir-akhir ni ada la dia bukak sikit, which katanya ayah aku tak pernah berubah sejak dari kawen. Bukan nak bukak pekung tapi, inilah realiti.

Ayah aku masih pergi ke kedai judi kata mak, masih culas untuk solat, masih melepak di kedai kopi walaupon azan maghrib. Masih nak layanan perfect walaupon dia tak perfect, katanya tu dosa dia dengan Allah, mak masih perlu jalankan tanggungjawab seorang isteri. Allahu, tolonglah sama-sama doakan ayah aku eh instead dari kecam dia. Aku sayangkan dua-dua.

Bila kami slow talk dengan ayah pulak, katanya mak leka dengan kawan-kawan reunion. Mak dah jarang masak, mak asyik nak keluar dengan kawan-kawan. Mak keluar dah tak minta izin. Mak saja buat benda yang ayah tak bagi contohnya, kalau nak keluar biarlah semua perempuan, mak cakap mana boleh dalam group tu semua ada(lelaki dan perempuan). Ayah tak izinkan, mak mengamuk, akhirnya mak pergi juga walau ayah tak redha. Allah Allah, kau ampunilah mak aku.

Most of the time memang aku stress bila hadap benda ni. Mana nak hadap dengan masalah sendiri lagi, masalah mak ayah yang dah makan 40 tahun. Sepanjang kami kecik memang macam ni lah. Smpai satu masa dulu kakak aku pernah kumpul kan kami adik beradik dalam bilik kunci pintu sambil menangis sebab mak dengan ayah tengah bergaduh dekat hall. Kami takut sebab diorang akan menengking dan kadang kadang pegang senjata (kayu/pisau). So far tak pernah ada yang tercedara. Tapi bila dah gaduh memang akan escalate dan diorg tak kan hiraukan sesiapa lagi dah waima kami masih kecik lagi masa tu.

Masalah akan selalu saja timbul walaupon tengah elok elok tengok tv, tengah makan dekat kedai ke tengah masak ke. Tak pernah sekali aku tengok mak ayah berborak duduk sebelah menyebelah.
Perubatan islam semua kami dah bawak dah cuba. Even pergi pejabat agama untuk kaunseling pon pernah. Sudahnya bergaduh dalam bilik tu, kaunselor pon angkat tangan.

Family mak dan ayah malas dah nak masuk campur masalah yang tak sudah-sudah ni. Semua faham dah. Dulu malu jugak dengan husband dan family mertua, tapi sekarang dah hilang rasa malu aku. Tinggal lagi rasa kesian kat dia orang. Kesian sebab tak pernah merasa bahagia even dah 40 tahun bersama.

Kesian dekat adik laki aku sebab dia stress duduk dalam rumah macam tu. Kesian kadang aku tengok status FB dia. Aku tahu dia depressed sebab tu dia banyak duduk dalam bilik main game. Macam tak de life dah aku tengok dia. Balik kerja duduk dalam bilik. Dia malu agaknya dengan jiran-jiran kawan sebaya dia. Aku? dah tebal muka.

Kakak pulak dia rigid orang nya. Kalau ayah mengadu apa-apa dia nak kan penyelesaian. Selalu memang akan gaduh dengan ayah balik sebab kakak akan bentangkan satu-satu salah ayah. Ayah aku dia buka senang terima pendapat orang. Sebab tu dia banyak mengadu dengan aku, aku ni jenis masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Memang macam tu pon ayah aku nak, dia sekadar nak luahkan perasaan.

Now kakak kata, berpisah untuk mak ayah lebih baik. Adik laki aku tak setuju, katanya boleh berubah kalau nak. Dia masih lagi berharap yang mak ayah akan berubah. Mak aku hesitate, yang ayah pulak main tarik tali. Kejap kata nak bercerai sekejap kata boleh berubah.

Macam mana ni. Agaknya dia orang dah biasa hidup 40 tahun macam tu. Tapi its toxic! dan hari -hari kumpul dosa. Aku kadang kadang sampai sedekahkan semua pahala kebaikan aku hari hari untuk diorg. Sebab aku nak diorg bahagia. Dah la tak bahagia di dunia, apatah lagi di akhirat, takut untuk aku bayangkan.

Salah ke kami nasihat runtuhkan masjid mak ayah? ade ke penyelesaian lain untuk ayah yang ego dan mak yang degil? Demi Allah tuhan sekalian alam, kami sayangkan mereka, kami mahukan mereka di syurga in or out this marriage.

– Mrs dreamer

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *