Dimana Anak-anak Mama

Assalamualaikum n terima kasih kepada admin kiranya sudi menyiarkan artikel saya ni.
Saya lebih selesa digelar mama lsma,hanya surirumah biasa,berusia 44tahun n menjalankan bisnes online kecil-kecilan.mempunyai 8 orang anak yang berusia 24 hingga 7 tahun.walau mempunyai ramai anak namun ketika artikel ini ditulis,saya keseorangan.jangan ditanya kemana n dimana suami saya.mungkin saya akan menceritakan kisahnya satu hari nanti tapi bukan sekarang.

Serius,setiap saat saya rindukan anak-anak namun mungkin kerana kesilapan saya dimasa silam,terlalu sibuk mencari rezki demi membesarkan anak-anak hingga terlupa untuk memberi perhatian n kasih sayang secukupnya.kini bila anak-anak membesar mereka lebih selesa untuk bersama kawan-kawan n hidup berdikari diluar sana.
Kehidupan yang terlalu dhaif membuatkan saya gigih berusaha melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak dapat mengisi perut dengan rezki yang halal.peristiwa 4 hari tiada makanan dirumah sewaktu saya dalam pantang hingga menyebabkan anak2 kelaparan membuatkan saya bertekad untuk tidak membiarkan ianya berulang sekali lagi.dari membuat n menjual kuih,nasi lemak hinggalah akhirnya saya mampu menarik nafas lega.lega kerana anak-anak tidak kelaparan lagi n dapat pergi kesekolah walaupun belanja poket sering tidak mampu saya adakan.

Terlalu banyak kekurangan saya sebagai ibu,tidak mampu memasak n menyediakan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak,tidak dapat menyediakan baju baru saban tahun n kelengkapan sekolah yang sempurna seperti anak orang lain.apatahlagi membawa anak-anak bercuti kemana-kemana.antara anak-anak ada yang menerima keadaan n ada yang dalam diam memberontak n mempersoalkan kenapa dia x mampu untuk memperolehi n menikmati keperluan hidup seperti orang lain..?kesudahannya,ada yang meninggalkan alam persekolahan tanpa dapat dipujuk lagi.bekerja atas alasan tidak mahu menyusahkan saya .tinggal bersama majikan n kawan-kawan.semakin jarang pulang n hingga kini ada yang baru 2 kali pulang menziarahi saya setelah keluar dari rumah selepas menamatkan peperiksaan spm 6 tahun lepas.

Diantara 8 orang anak,ada seorang darinya telah berumahtangga.dulu dialah yang banyak membantu saya menguruskan adik-adiknya,tempat saya berkongsi cerita tapi kini…yang penting saya tahu dia bahagia bersama suaminya.bila terlalu rindukan dia hanya doa n airmata yang menemani sebagai pengubat rindu.x mengapa,yang penting saya tahu dia bahagia.bahagia yang tidak dapat dinikmati sewaktu bergelar anak kepada saya.

Si bongsu 7 tahun,satu-satunya sumber kekuatan untuk saya terus berusaha n meneruskan kehidupan.satu-satunya anugerah lllahi yang sangat bermakna dalam hidup saya.saat ini airmata mengalir laju,rindu ingin mendakap n memeluknya.rindu ingin berbual n gelak ketawa bersamanya.namun demi masa depannya saya tahankan rindu ini,sebagai gantinya doa yang tidak putus untuknya semoga dia akan menjadi hafiz n dan dapat memimpin tangan saya untuk masuk kesyurga bersamanya nanti..Aamiin
Azan subuh..saya terpaksa hentikan tulisan ni,mungkin saya akan sambung lagi sekiranya admin menyiarkannya,n diizinkan Allah..mudah2an..

– Sayang mama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *